SEMPENA Ramadan ini, pakej Indo Pek yang mempertaruhkan dua saluran, Bintang (Astro 141) dan Pelangi (Astro 142) turut tidak ketinggalan menyediakan program menarik untuk tatapan penontonnya. Terdapat tiga program istimewa disiarkan di Bintang manakala dua lagi di Pelangi yang pastinya hebat.
Antara program di Bintang, Tabligh Akbar Syiar Ramadan yang menampilkan ustaz Maulana dengan hiburan menarik dendangan artis terkenal Indonesia seperti Ungu, Syahrini, Nidji, D-Bagindas dan Geisha akan disiarkan pada 29 Julai dan 5 Ogos, jam 10 malam. Tidak ketinggalan, program Gema Ramadan disiarkan setiap Sabtu, 10 malam.
Bukan itu saja, disiarkan juga program bual bicara, Pas Mantab dihoskan pelakon Opera Van Java iaitu Parto, Andre dan Sule menemui penonton setiap Rabu, jam 10 malam.
Bagi saluran Pelangi pula, ditayangkan program Perjalanan Islam Indonesia, setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.30 petang dan Kata Ustadz Solmed, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.
Bagi saluran Pelangi pula, ditayangkan program Perjalanan Islam Indonesia, setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.30 petang dan Kata Ustadz Solmed, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.
Selain ini, kepada peminat sinetron Indonesia disiarkan juga siri baru, Pesantren & Rock n’ Roll yang menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3.15 petang bermula 9 Julai lalu. Barisan pelakon yang menjayakan sinetron itu, Ali Syakieb, Aulia Sarah, Ramzy, Wawan Wanizar dan Ferry Gustian Sinetron menarik ini mengesahkan Wahyu Subuh, seorang anak muda dari Jakarta yang hidup dalam kemewahan. Pun begitu, hidup Wahyu terabai kerana kesibukan ibu bapanya pada urusan kerja. Jadi, Wahyu membesar menjadi anak muda liar, bebas dan manja. Malah, Wahyu juga aktif dalam nyanyian yang diminati.
Suatu hari, Wahyu membuatkan bapanya marah kerana dengan selamba menolak peluang kerja yang bagus. Justeru, sebagai pengajaran kepadanya, Wahyu dihantar masuk ke pesantren Kyai Abdullah di Yogyakarta. Biarpun, ditentang oleh ibunya tetapi bapa Wahyu nekad menghantar dia belajar di pesantren.
Biarpun bukan jiwanya, Wahyu tetap masuk ke pesantren itu dan dia bertemua dengan Tsania Qotrunnada atau mesra dipanggil Nada. Gadis manis ini adalah anak bongsu Kyai Abdullah. Sejak berkenalan dengan Nada, sikap Wahyu semakin berubah dan dia sentiasa mahu mendampingi si jelita yang berjaya menambat hatinya.
Namun, bukan mudah bagi Wahyu mendekati Nada. Justeru, pelbagai helah dilakukannya untuk bersama Nada. Pelbagai insiden lucu dan mencuit hati berlaku dan apakah kesudahannya membawa kejayaan kepada Wahyu untuk memiliki hati Nada.
Malah, apakah Wahyu dapat berubah menjadi lebih baik seperti diharapkan bapanya.
Selain Pesantren & Rock n’ Roll, terdapat juga sinetron popular lain yang disiarkan di Pelangi iaitu Dewa, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 petang.
Diikuti, Putri Yang Ditukar, jam 2 petang, juga setiap Isnin hingga Jumaat.
Tidak terkecuali, tayangan semula sinetron Ketika Cinta Bertasbih, jam 12 tengah hari mulai 6 Julai lalu.
Sumber dipetik dari :http://www.hmetro.com.my
0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:
Post a Comment