29 August 2012

Bayi perempuan ditemui di depan kedai surat khabar



KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat ditemui di depan sebuah kedai menjual surat khabar di Jalan Sultan Omar di sini, hari ini.

Bayi yang dibalut dengan tuala berwarna biru dan hanya memakai lampin itu diletakkan di dalam beg pakaian dan ditinggalkan di depan pintu kedai berkenaan. Rozlan Shahril Hamzani, 31, yang menemui bayi itu ketika ingin memulakan perniagaan pada jam 6 pagi, berkata beliau mendengar suara bayi menangis tetapi tidak menghiraukannya apabila bunyi tangisan itu hilang tidak lama kemudian.
"Masa nak buka kedai, saya nampak ada beg depan pintu dan tidak menyangka di dalamnya ada bayi. Saya terus alih (beg) letak atas bangku sebab ia diletak betul-betul di depan pintu kedai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Rozlan Shahril berkata, beliau kemudian memulakan kerja memasukkan sisipan surat khabar di perhentian bas sebelah kedai itu sebelum sekali lagi mendengar bunyi tangisan bayi.

"Masa itulah baru saya cuba periksa beg itu dan mendapati beg itu tidak ditutup...saya terkejut apabila nampak ada bayi dalam beg itu," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Doktor mengesahkan bayi itu sihat dan dipercayai dilahirkan beberapa hari yang lalu berdasarkan keadaan bayi itu," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites