04 October 2012

Eksekutif akaun didakwa mencabul


REMBAU – Seorang eksekutif akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, dekat sini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang penumpang kereta api.

D Sivanesan, 40, beralamat di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pegawai mahkamah selesai membaca pertuduhan ke atasnya dalam bahasa Tamil.

Mengikut pertuduhan, Sivanesan dituduh mencabul kehormatan seorang remaja berusia 15 tahun dengan cara memegang buah dada dan kemaluan gadis berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam Keretapi Ekspress Senandung yang ketika itu berhampiran Stesen Keretapi Gemas , kira-kira jam 2.15 pagi pada 30 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,  jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman tersebut.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zahid Ahmad.

Mohamad Zahid turut  memohon jumlah wang jaminan terhadap terdtuduh sebanyak RM6,000.

Majistret Mahyun Yusof menetapkan 29 November ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Gemas dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites