04 October 2012

Langkah mudah hilang parut jerawat




SETELAH jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau parut hitam pada kulit wajah.

Adakalanya ia membuatkan kita berasa rendah diri dan bertambah sedih apabila parut jerawat memenuhi wajah manakala proses merawatnya juga bukanlah singkat.

Untuk berusaha menghilangkan parut jerawat, sikap putus asa harus diketepikan.


                                            Sekadar gambar hiasan

Selain menjaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan kulit, krim atau gel bagi mengurangkan kesan parut juga diperlukan bagi mendapatkan hasil lebih berkesan.

Justeru, gel Hiruscar Post Acne diperkenalkan bagi membantu mereka yang mengalami masalah berkenaan apatah lagi jika masalah berlarutan agak lama.

Pengurus Jenama Eksekutif, DKSH Thailand, Poraweeya Waisaya, berkata produk rawatan parut jerawat yang diperkenalkan di Malaysia itu mempunyai ciri penting.

“Ia mudah disapu, cepat meresap, tidak berminyak dan berbau harum. Rumusannya juga tidak menimbulkan alahan dan mengakibatkan masalah kulit selain dihasilkan tanpa alkohol supaya kulit tidak terasa panas,” jelasnya pada majlis pelancaran produk berkenaan baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Penolong Pengurus Jenama DKSH Malaysia, Desryne Heng; Pengurus Kanan Jenama DKSH Malaysia, Ng May Lee; Naib Presiden Unit Perniagaan Kesihatan DKSH Malaysia, Marc Franck; Pengarah Pemasaran Medinova AG Regional OTC, Pamela Tan; penulis blog Careen Tan; model, Fiqa Liyana Chong serta David Lian.

Hiruscar Post Acne yang dihasilkan Medinova AG, Switzerland dan diedar DKSH Malaysia Sdn Bhd itu dirumus khas untuk kegunaan harian. Ia boleh didapati di farmasiMulticare, Helathlane, Constant dan Watsons di seluruh negara.

Gel yang disarankan untuk disapu selepas serangan jerawat itu turut mengandungi rumusan tiga dalam satu. Ia diuji secara klinikal untuk membantu menghilangkan parut jerawat dalam tiga langkah mudah.

Pertama, ia membantu memulih dan melicinkan kulit parut jerawat yang dalam. Kedua, membantu mencerahkan bintik hitam serta mengurangkan kemerahan selepas jerawat pulih dan ketiga, mengelakkannya daripada muncul semula.

Sementara itu, penari, Cecilia Yong juga mengakui mengalami masalah jerawat dan parut disebabkan gaya hidup agak memenatkan kerana sering berlatih serta terbang ke serata dunia untuk bertanding.

“Kadangkala saya keletihan tetapi waktu tidur singkat, ditambah dengan perubahan persekitaran setiap kali saya melancong dan ini mendatangkan kesan pada kulit.�

“Melihat jerawat yang baru tumbuh tatkala saya bangun pagi begitu merisaukan
apatah lagi tugas sebagai penari.

“Jerawat datang dan pergi tetapi parutnya mungkin kekal berbulan lamanya. Namun, dengan bantuan Hiruscar Post Acne, ia boleh hilang dalam masa seminggu,” kata pemenang program tarian realiti, So You Think You Can Dance musim kedua ini.

Menurut Cecilia, penggunaannya juga mudah dengan menyapu bahagian parut jerawat sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari dan boleh digunakan bersama solekan atau dijadikan amalan harian penjagaan kulit.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites