04 October 2012

Sultan Ahmad Shah: FAM akan pertimbang rayuan Butler

KUANTAN - Mungkin ada berita baik buat jurulatih bola sepak Terengganu, Peter Butler apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan rayuan berhubung penggantungannya selama enam bulan dalam skuad Terengganu baru-baru ini.
   
Presidennya, Sultan Ahmad Shah bertitah pihaknya telah menerima rayuan jurulatih dari England itu dan akan membuat pertimbangan sewajarnya dengan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat.
   
"Saya dimaklumkan Jawatankuasa Disiplin Terengganu telah menerima rayuan itu dan beliau turut membuat rayuan kepada Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

 Sultan Ahmad Shah                                                      "Saya akan meneliti rayuan yang dikemukakan kerana bukan perkara yang mudah untuk menghakimi seseorang kerana perlu memikirkan implikasi atau kesannya kelak," titah baginda kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi melihat pembinaan Jambatan Kampung Kawah, Sungai Lembing di sini hari ini.
   
Sultan Ahmad Shah bertitah keputusan berhubung rayuan jurulatih berusia 46 tahun itu memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru.

"Mungkin di Terengganu dia didapati bersalah, mungkin bila merayu ke FAM lain pula... kita tengok. Ini kerana saya memerlukan masa sebab perkara ini perlu dilihat secara terperinci dan tidak boleh hari ini merayu dan esok (mahu tahu) keputusannya," kata baginda.
   
Dalam pada itu baginda menaruh harapan tinggi kepada skuad bola sepak Pahang untuk memenangi perlawanan menentang Kelab Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.
   
"Harapan saya nak kita menang walaupun kita (Pahang) tidak ada pemain berstatus 'bintang' tetapi kita akan mempamerkan permainan yang mantap dan insyaAllah kita akan menang," katanya. - Bernama


0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites