SKUAD anjing pengesan turut digunakan dalam usaha mencari dan menyelamatkan Zainab. |
Sabak Bernam: Kehilangan seorang wanita warga emas sejak Isnin lalu menimbulkan tanda tanya bukan saja dalam kalangan ahli keluarga, malah penduduk kampung apabila dia gagal ditemui sehingga kini.
Zainab Lani, 85, didakwa hilang secara tiba-tiba selepas dilihat membersihkan kebunnya di Jalan Tok Johan, Kampung Bagan Tunjang, di sini.
Sejak Zainab dilaporkan hilang, keluarga dan penduduk dengan bantuan pihak berkuasa menjalankan operasi mencari di sekitar kampung.
Menantunya, Abdul Rahim Basri, 49, berkata kehilangan ibu mentuanya dianggap misteri kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kehilangan Zainab dengan unsur jenayah.
“Emak akan ke kebun setiap pagi dan pulang selepas selesai membersihkan kebun. Kebiasaannya dia pulang ke rumah selepas tiga jam tapi tidak berbuat demikian sehinggalah keluarga sedar kehilangannya,” katanya.
0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:
Post a Comment