21 July 2012

Gaga bogel dalam iklan


MUNCUL sebagai bintang terkenal yang sinonim dengan imej tersendiri memudahkan Stefani Joanne Angelina Germanotta atau nama pentasnya, Lady Gaga mencipta fenomena meskipun melangkaui imaginasi kebiasaan.
Selepas mencetus kisahnya dengan imej dan pemakaian yang pelik dan melampau, kini bintang terkenal berusia 26 tahun ini muncul pula dengan aksi berbogel untuk iklan terbaru wangiannya sendiri, Fame. 
Produk pewangi yang diangkat sempena judul album sulungnya, The Fame itu baru saja dilancarkan dan iklan komersial itu menonjolkan Lady Gaga yang berbaring bogel dengan ilustrasi lelaki penuh ghairah yang kecil bagai seekor kala jengking yang memanjat seluruh tubuhnya. 



Jika diperhati dari jauh, iklan pewangi Fame itu jelas mencerminkan sebuah konsep seksi dan tersendiri namun buat Gaga sendiri yang sempat berkongsi pandangannya menerusi lama twitternya, ia satu pengalaman yang cukup berbeza dan memberikan kepuasan.

“Saya tidak mampu berbohong, yang sebenarnya proses penggambaran iklan ini memberikan saya perasaan bimbang dan sangat risau. Saya rasa sudah lama tidak berkongsi sesuatu yang aneh dan pelik dengan peminat dan mungkin inilah kelainan yang ingin saya berikan kepada anda semua,” katanya dalam ruangan peribadi twitter yang kini sudah melebihi 25 juta pengikut.

Tambah penyanyi yang sudah mempunyai tiga album studio sepanjang berkecimpung menjadi penyanyi sejak empat tahun lalu termasuk The Fame (2008), The Fame Monster (2009) dan terbaru tahun lalu, Born This Way, meskipun berbogel dan memberikan kontroversi kepada beberapa pihak yang menilai, iklan pewangi Fame ini adalah satu hasil karya yang cukup menarik.

“Saya begitu berbangga dengan hasil kerja Steven Klein yang merakamkan gambar itu dengan cukup sempurna. Steven berjaya merealisasikan apa yang saya gambarkan malah apa yang terhasil adalah sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan. Ia begitu indah dan menarik bersesuaian dengan konsep pewangi yang ingin saya perkenalkan ini.

“Steven bukan sekadar jurugambar yang hebat dan terkenal, malah dia punya perspektif dalam merakamkan gambar saya itu dan tidak hanya memberi tumpuan kepada aksi bogel semata-mata. Apa yang ingin disampaikan adalah maksud dan impak fesyen di sebalik gambar itu. Saya tidak perlu mempertikaikan kredibilitinya kerana Steven sudah banyak menghasilkan karya yang menakjubkan.

“Malah dia pernah bekerja dengan ikon terkenal, Madonna dalam beberapa projek khas. Lantas saya yakin apa yang diberikan itu adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya lagi.

Pewangi Fame itu datang dalam dua saiz dan bentuk yang menarik yang mana setiap satunya dijual pada harga yang begitu berpatutan.




0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites