RAMADAN tiba lagi dengan membawa segala keberkatan daripada Allah SWT. Sayang bagi mereka yang tidak mahu ambil tahu mengenai keistimewaan bulan mulia ini yang hadirnya hanya setahun sekali. Tanpa mengira siapa dan status diri, hayatilah bulan Ramadan ini dengan seikhlas hati dan tinggalkan barang seketika urusan duniawi kerana keredaan daripada Allah SWT itu akan mengatasi segala-galanya.
Bagi pengantin baru seperti Nurul Huda dan Awal Ashaari, mereka berasa sangat seronok untuk menjalani ibadah puasa bersama pasangan. Mereka semua berazam untuk memberi tumpuan kepada Ramadan ini.
Si bujang Azam Pitt pula sudah tiga kali berpuasa sendirian. Sempena kedatangan Ramadan ini juga, mereka mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.
Awal Ashaari
“Saya sangat teruja untuk berpuasa bersama isteri (Scha Alyahya). Dua hari sebelum puasa, kami pergi beli barang dapur dan semalam buat kali pertama dapatlah kami bersahur bersama-sama. Tetapi, sayang sekali hari ini dan esok kami tak dapat berbuka bersama-sama kerana Scha ada penggambaran drama dan saya pula dengan program bual bicara. InsyaAllah pada puasa ketiga barulah dapat kami dapat memasak dan berbuka berdua.
Kalau diikutkan saya ini jenis yang makan sahur awal sebelum tidur. Scha pula memang kena bersahur dan saya sudah semestinya saya akan temankan dia. Tetapi saya dah pesan padanya jangan sediakan makanan yang berat, cukup ada roti yang dicecah sambal ikan bilis atau pun sotong goreng kunyit.
Kami juga akan berbuka di rumah keluarga yang mana emak saya tinggal di Subang dan keluarga Scha pula di Hartamas. Scha juga tidak pernah terlepas satu waktu pun mengerjakan solat tarawih dan tahun ini kami berusaha untuk melaksanakan ibadah itu sebaik mungkin.
Sumber dipetik dari :http://www.hmetro.com.my
0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:
Post a Comment