RAMAI...Adi dikerumuni peminatnya yang tidak melepaskan peluang bergambar kenangan.
DEWAN persidangan bersaiz sederhana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi meriah dengan sorakan peminat pada 14 Julai lalu seolah-olah menyaksikan berlangsungnya sebuah acara konsert menampilkan artis besar yang menjadi pujaan ramai.
Bagaimanapun, kelainannya mereka bukanlah menonton persembahan penyanyi yang sudah popular dengan beberapa album, sebaliknya menikmati persembahan daripada pelakon hebat Adi Putra yang ternyata turut berbakat besar dalam bidang nyanyian.
CERIA...Adi bersama isterinya Aida yang turut hadir pada majlis istimewa ini.
Inilah kelainan majlis ulang tahun pertama kelab peminat Adi Putra digelar Hotlovers yang menggamit kehadiran lebih 200 peminatnya termasuk dari luar Kuala Lumpur seperti Kedah, Pulau Pinang dan Singapura.
Majlis ulang tahun ini pastinya meninggal�kan kenangan tersendiri buat mereka yang hadir kerana berlangsung dalam suasana penuh intim sebagaimana yang dijanjikan kerana pelakon berimej macho ini benar-benar menghargai setiap peminat yang hadir.
Majlis ulang tahun ini pastinya meninggal�kan kenangan tersendiri buat mereka yang hadir kerana berlangsung dalam suasana penuh intim sebagaimana yang dijanjikan kerana pelakon berimej macho ini benar-benar menghargai setiap peminat yang hadir.
Memulakan acara pada jam 3.30 petang bagi memberi peluang mereka yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya teruk tiba, Adi memulakan segmen pertama dengan menyampaikan empat buah lagu iaitu Warna Dunia yang disusuli Cinta Dunia Nyata, Kau Yang Aku Sayangi dan Kelahiran yang kesemua ciptaannya sendiri.
Ternyata, pelakon berusia 31 tahun ini hebat kerana mempunyai vokal yang cukup baik untuk bergelar penyanyi. Bahkan dia juga berupaya mempelbagaikan konsep nyanyiannya dengan pelbagai rentak biarpun masih berada dalam jalur muzik pop.
Tidak mahu menunggu lama, Adi terus melontarkan kata-kata penghargaan buat peminatnya yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Dia seterusnya meninggalkan pentas dan turun ke bawah untuk bersalaman dan bergambar dengan mereka.
Ini sudah cukup menjadikan peminat yang rata-ratanya wanita bersorak teruja kerana dapat mendekati bintang yang popular menerusi drama siri Tentang Dhia lakonannya bersama Nora Danish yang mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat sebelum ini.
Pada persembahan segmen kedua, Adi tampil dengan lagu Beranta Cinta, Katil Dan Aku, Tiada Kasih Tiada Cinta dan mengakhiri per�sembahan dengan lagu yang paling ditunggu-tunggu iaitu Tentang Dhia yang juga menjadi lagu tema drama Tentang Dhia.
Dibantu oleh penampilan rakan lamanya, Roslan Shah sebagai pe�ngacara, majlis petang itu berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti yang disusun, antaranya acara yang turut membabitkan peminat dan cabutan bertuah.
Adi juga beruntung kerana peminat setianya, pasangan suami isteri Muni dan Sid Haleza dari I Can Bake Magic menghadiahkan kek setinggi lima tingkat pada majlis ini menjadikan ia satu hari yang bermakna buatnya dan Hotlovers.
Barisan penaja lain yang turut me�nyumbang ialah Narsqo Holidays (tiket pelancongan), Nurfiza Emilina dari Qmax Creative (penataan dewan), Zalina Zainudin dari WZ Homemade Chocolate (cenderahati), Tengku Suriati Tengku Ismail (doorgift) dan komitee 1Hotlovers (hadiah cabutan bertuah dan acara permainan).
Sesuatu yang bermakna apabila majlis ini turut dihadiri oleh isterinya Aida Yusof dan ibunya, Noorbanoor Khan Muhammad yang datang dari Singapura bersama beberapa anggota keluarga lain.
Aida yang ditemui berkata, perasaannya senang apabila melihat peminat yang meluangkan masa hadir untuk ulang tahun pertama Hotlovers sangat gembira.
“Sebagai isteri, saya sentiasa sokong suami dan tak kisah walaupun kebanyakan peminatnya adalah kaum wanita. Saya faham dalam industri ini sesiapa pun akan hadapi benda yang sama. Saya tak rasa cemburu langsung. Ini perkara biasa kerana mereka bukannya selalu dapat jumpa Adi.
“Saya sebenarnya suka berada di belakang tabir, tapi Adi ajak saya turut serta dan saya akur dengan permintaannya. Saya ada karier sendiri dan biarlah orang fokus pada Adi. Selepas ini, saya bercadang takkan muncul lagi bersama dia kecuali pada majlis tertentu,” katanya yang gembira kerana mentuanya turut serta.
Ibu Adi yang berusia 60-an memberitahu, perasaan gembiranya dengan kejayaan anak bongsu daripada tiga beradik ini dalam bidang seni. Dia tidak menyangka anaknya mempu�nyai bakat besar dalam bidang ini.
“Ketika membesar, dia tak tunjuk langsung bakatnya. Dia juga seorang anak yang dengar cakap. Apabila dewasa barulah makcik nampak minatnya dalam seni. Ketika dia cakap nak datang Kuala Lumpur untuk berlakon, makcik keberatan juga untuk benarkan.
“Akhirnya makcik ikut sekali dan tinggal bersama dia selama 4 tahun sehinggalah dia berkahwin. Sebenarnya nenek Adi berasal dari Malaysia dan berkahwin dengan orang Singapura. Hubungan kami dengan saudara-mara di Kuala Lumpur tak pernah putus. Malaysia sangat dekat di hati kami.
“Sebagai ibu, makcik bersyukur dengan kejayaan Adi dan sering mendoakan kesejahteraannya. Mengenai krisis yang berlaku dalam rumah tangga mereka baru-baru ini, makcik memberikan nasihat agar dia buat yang terbaik. Makcik harap semua orang pun mendoakan begitu juga untuk mereka,” katanya yang memberitahu Adi agak berisi ketika kanak-kanak.
Adi yang ditemui selepas acara berakhir tidak menyangka majlis ini menerima sambutan hangat daripada peminat. Biarpun dirancang dalam masa yang suntuk, peminat tetap hadir memberikan sokongan.
“Ia satu majlis yang indah. Saya ucapkan penghargaan buat komitee Hotlovers dan merancang akan buat lagi sempurna selepas ini. Saya lihat semua yang hadir datang secara ikhlas dan itu adalah nilai yang begitu tinggi buat saya.
“Saya terharu kerana ada yang datang dari jauh bagi melahirkan sokongan. Ada yang yang baru dan tak pernah berjumpa sebelum ini. Pada saya ini adalah satu majlis keluarga dan bertujuan mengerat�kan silaturahim, bukannya kerana semata-mata mereka peminat saya.
“Saya seorang pelakon, tapi pada majlis ini saya hadiahkan mereka dengan lapan lagu kerana ini majlis mereka. Kesemua lagu-lagu ini adalah lagu hit nyanyian saya dalam drama. Kalau nak buat acara permainan saya dan peminat, ini sangat biasa.
“Jadi saya pilih menyanyi kerana majlis ini untuk peminat.
Saya pilih hiburkan mereka dan mudah-mudahan ia akan meninggalkan kesan buat mereka selama-lamanya. Insya-Allah, saya bercadang nak buat satu mini showcase buat peminat dan kenakan harga yang berpatutan.
“Saya sentiasa nakkan kepuasan dan itulah yang akan saya berikan kepada mereka nanti,” katanya yang pernah muncul dengan album solo berjudul Kelahiran, tetapi
hanya dijual kepada peminat terdekat.
sumber dipetik dari :http://www.hmetro.com.my
0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:
Post a Comment