04 October 2012

Cantik tanpa mengenakkan solek

Sekadar Gambar Hiasan
KECANTIKAN bukan saja berkait rapat dengan kebersihan tapi lebih utama apabila ia membabitkan tahap keyakinan dalam diri.

Penggunaan alat solekan yang tebal juga tidak memadai andai wajah tidak bersih dan penuh dengan masalah kulit. 

Justeru, wajah yang dibersihkan dengan betul bukan saja mengelakkan wujudnya cela pada wajah malah memberikan tanda kesan kulit anjal, sihat dan cantik semula jadi. Nyata, Dermalogica turut menyokong amalan ini menerusi kempen kebersihan tanpa solekan yang membabitkan penggunaan produk penjagaan kulit yang teratur.


Dengan slogan ‘Kulit sihat tidak perlu disembunyikan’, kempen Dermalogica Get Naked ini bertujuan menggalakkan pembersihan muka daripada solekan tebal serta bahan lain yang dioles pada wajah agar dapat menyerlahkan kesihatan kulit sebenar.

“Pengguna sering bergantung kepada solekan untuk menutup cela pada kulit mereka, tanpa menyedari bahawa kadangkala punca masalah kulit mereka disebabkan bahan kimia dalam produk solekan yang digunakan. 


“Debu dan bakteria dalam udara sekeliling yang melekat pada kulit juga boleh menyebabkan cela hingga ia menjejaskan muka serta jerawat. 


“Oleh itu, kunci bagi mendapatkan kulit yang bebas cela walaupun tanpa solekan adalah dengan amalan membersih yang komprehensif. Dengan menghilangkan bahan asing serta gangguan kulit secara efektif, pengguna tidak lagi perlu menyembunyikan masalah wajah mereka dengan bahan kosmetik,” kata Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif EIG Bhd, Roderick Chieng. 


Bagi rutin cucian yang berkesan, pasukan profesional Dermalogica terdiri daripada pakar kesihatan kulit menyarankan pembersih berganda harian, yang membabitkan proses menggabungkan penggunaan minyak PreCleanse dan gel Special Cleansing. PreCleanse, pembersih ringan yang berasaskan minyak zaitun dan biji aprikot serta diperkuatkan dengan kacang kukui, biji borage serta minyak beras, bertindak membantu kulit bersedia untuk dibersihkan. 


Penggunaannya sebelum pembersihan lebih mendalam amat penting kerana boleh menyingkirkan sebum dan kotoran berminyak pada permukaan kulit, lantas kotoran terbabit dapat dicuci dengan mudah tanpa meninggalkan kesan berminyak. 


Rutin diteruskan dengan gel Special Cleansing, gel berbuih yang tidak mengandungi sabun, di mana fungsinya bertindak lebih mendalam bagi menghilangkan kotoran tanpa mengganggu tahap kelembapan semula jadi kulit. 


Untuk mendapatkan kulit yang lebih berseri dan mulus selepas menjalani proses sebelum pembersihan terbabit, Daily Microfoliant yang berasaskan beras digunakan bagi menanggalkan permukaan luar yang kusam. 


Jika kulit berminyak menghambat keyakinan diri, pencuci Dermal Clay membantu menghilangkan lapisan berminyak dan menghaluskan tekstur kulit. 


Satu dos rawatan pengelupasan dengan Daily Resurfacer dapat membantu memberikan kulit mulus tanpa mengakibatkan kemerahan, malah mengurangkan tanda penuaan awal, sekali gus menjadikan ton kulit lebih sekata dan meningkatkan keupayaan kulit untuk menyimpan kelembapan. 


“Dermalogica menekankan formula penjagaan kulit yang efektif tanpa sebarang bahan tambahan. Oleh itu, semua produk kami bebas daripada wangian atau warna tiruan bagi memastikan kesihatan kulit yang menyeluruh bagi pengguna,” tambah Chieng. 


Selain menyokong kempen ini dengan menggunakan produk pembersihan yang betul, Dermalogica menawarkan ganjaran menarik bagi setiap pembelian produknya. Kotak hiasan comel akan diberikan menerusi pembelian bernilai RM480 ke atas bermula 1 hingga 30 September ini. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.dermalogica.com.my.


0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites