04 October 2012

Makanan tambahan bantu tingkat kecergasan

    



FAKTOR kesibukan menyebabkan juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi bagi mengekalkan kecergasan.

Memandangkan jadual yang padat dan menuntut untuknya bergerak ke mana saja apabila menerima undangan, Muhammad Asyraf lebih gemar mengambil makanan tambahan agar kekal cergas.





                                      Produk Pati Ikan Haruan Asli
                 
Katanya, disiplin perlu ada bagi menjaga kesihatan bagi memastikan kehidupan lebih berkualiti.“Setiap pagi kita mesti tampil cergas kerana otak yang tepu sebenarnya tidak bagus untuk memulakan hari anda. Kecergasan badan dapat menjamin kualiti tugas yang dilakukan.

“Otak yang tidak tepu memerlukan makanan tambahan agar tidak berasa letih di permulaan hari apatah lagi jika melakukan tugas yang banyak setiap hari.

“Mengamalkan pengambilan buah sebelum menikmati makanan adalah cara terbaik agar khasiat yang terkandung di dalamnya dapat diserap oleh tubuh badan dengan cepat,” katanya.

Tambahnya, selepas mengambil buah-buahan dalam tempoh 15 minit, barulah
nikmati sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Amalan disiplin dalam pengambilan makanan sebegitu baik untuk menjaga kesihatan berbanding menikmati hidangan utama terlebih dulu kemudian baru mengambil buah-buahan.

Untuk menambah kecergasan setiap pagi, Muhammad Asyraf turut mengamalkan pengambilan minuman kesihatan iaitu Pati Ikan Haruan Harwany.

Katanya, walaupun baru lima bulan mengamalkannya, dia dapat merasai perbezaan sebelum dan selepas meminum minuman kesihatan jenama itu.

“Setiap pagi saya akan pastikan untuk mengambil sebotol minuman kesihatan ini. Saya mengamalkan pengambilan pati ini bukan saja untuk kesegaran tubuh badan bahkan membantu dalam menjaga kesihatan perut.

“Cara pengambilannya juga saya amalkan seperti buah-buahan iaitu 15 minit sebelum sarapan pagi untuk merasai kesannya,” jelasnya ketika ditemui pada majlis berkongsi pengalaman dan kebaikan mengamalkan pati ikan haruan.

Pada majlis berkenaan, Muhammad Asyraf yang dipilih menjadi duta produk berkenaan turut menikmati makan tengah hari dan beramah mesra bersama pengguna serta peminatnya di Alamanda, Putrajaya.

Sementara itu, rangkaian Pati Ikan Haruan Harwany boleh didapati dalam empat jenis iaitu original, gamat, ginseng Amerika dan aloe vera yang mempunyai khasiat tersendiri.

Pati Ikan Haruan Original mengandungi kebaikan semula jadi protein, asid amino dan mineral mudah meresap ke dalam badan yang boleh digunakan selepas pembedahan atau mereka yang bekerja sepanjang hari.

Jenis gamat pula membantu meningkatkan sistem imun badan, peredaran darah, menggalakkan kecergasan dan mencantikkan kulit manakala ginseng Amerika untuk menjaga kesihatan.

Untuk mereka yang inginkan lembapan pada kulit, rangkaian aloe vera boleh digunakan bagi membantu membekalkan oksigen kepada sel kulit.

Tambahan aloe vera dan kurma di dalamnya membuatkan ia tidak berasa hanyir sesuai bagi mereka yang mementingkan penjagaan kecantikan dan membantu memberi keremajaan pada kulit.
http://www.e-socials.com

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites