04 October 2012

Misi Rohingya Malaysia tiba di Myanmar


SHAH ALAM - Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) selamat tiba di Pelabuhan Yangon, Myanmar, 30 September lalu.

Presiden KPIM, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata, 20 kontena yang membawa barang keperluan perubatan akan ditunda dalam tempoh empat hari menggunakan tongkang ke Pelabuhan Sittwi di Rakhine.
"Kumpulan sukarelawan dijangka sampai hari Ahad," katanya.


Bantuan makanan diberikan kepada etnik Rohingya bagi membantu mereka yang tertindas

Pasukan pendahulu itu merupakan sebahagian daripada 57 peserta misi kemanusiaan tersebut, yang terdiri daripada 21 pengamal media, 10 pakar perubatan, lima sukarelawan dan selebihnya wakil KP1M.

Misi berkenaan bertujuan menghulurkan bantuan kepada masyarakat Rohingya dan Myanmar yang kini tertindas dan menjadi pelarian berikutan krisis etnik di negara tersebut.

Menurut Abdul Azeez, kumpulan perubatan diketuai Penasihat Perubatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana KP1M, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman, manakala pasukan media diketuai Ketua Pengarang Berita, Berita Harian, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Setakat ini, KP1M melaksanakan 26 misi bantuan kemanusiaan di luar negara, termasuk di Pakistan, Gaza, Palestin dan Somalia.

Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 25 September lalu.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites