04 October 2012

‘Usah kerat kaki saya’


BUTTERWORTH: “Saya sudah kehilangan kaki kiri dan tidak mahu kehilangan kaki kanan pula,” kata Nasir Khan Md Ismail, 39, yang terlantar di rumah sejak empat tahun lalu akibat kencing manis.
Penjual roti itu menjalani pembedahan pertama pada 2009 apabila kaki kirinya dipotong hingga paras paha dan sejak itu, dia tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga.

Untuk perbelanjaan harian, dia yang menumpang di rumah adiknya di Taman Suka Ria, Mak Mandin, dekat sini, mengharapkan simpati saudara dan rakan untuk menyara isteri dan empat anak berusia antara 3 hingga 18 tahun.
Menurutnya, pada Mac lalu, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Pakar Bagan memaklumkan kaki kanannya tidak dapat diselamatkan dan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan.

Sekadar Gambar Hiasan

“Bagaimanapun, doktor di Hospital Deva Doss, Madurai, India memaklumkan kaki kanan saya tidak perlu dipotong kerana masih boleh diselamatkan. Jadi, setakat ini saya masih mempunyai kaki kanan walaupun tanpa jari dan boleh berjalan dengan bantuan kaki palsu tetapi kos rawatan keseluruhan mencecah RM20,000,” katanya.

Baru-baru ini, Nasir Khan dikunjungi Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang yang menghulurkan sumbangan peribadi RM500.
Nasir Khan berkata, sebelum ini, dia sudah menjalani pembedahan kaki kanan di India dengan bantuan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang menghulurkan sumbangan RM18,000.

Sebaik pulang dari India, dia bergantung pada kerusi roda untuk bergerak tetapi perlu menjalani rawatan sekali lagi termasuk pemasangan kaki palsu yang membabitkan kos RM20,000 termasuk belanja rawatan.
“Saya buntu untuk mencari RM20,000 sedangkan tidak bekerja. Kimma sudah bantu sebelum ini dan berharap sumbangan orang ramai supaya pemasangan kaki palsu di India itu menjadi kenyataan.

“Jika mempunyai kaki palsu, saya boleh berdikari untuk menyara keluarga,” katanya yang bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat dengan masing-masing menghulurkan bantuan RM300 sebulan.

Sementara itu, Chua berkata, buat permulaan, beliau menghulurkan sumbangan peribadi dan akan cuba mencari bantuan lain termasuk melalui Dana 1MCA.

“Syarat untuk menerima bantuan dana berkenaan ialah menerima rawatan di hospital kerajaan dalam negara tetapi Nasir menerima rawatan di luar negara. Saya akan cuba supaya dia turut menerima dana berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nasir Khan di 012-4565021 atau memasukkan wang ke akaun Agro Bank melalui nombor 2-00-7161-00006793-7.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites