04 October 2012

Misteri kubur lama



TASEK GELUGOR: Kewujudan sebuah kubur dipercayai berusia 200 tahun di tepi jalan dekat Permatang Tok Jaya, di sini, menjadi tanda tanya kerana kawasan berkenaan bukan tanah perkuburan.

Setakat ini tiada sesiapa mengetahui siapa yang dikuburkan di situ, tetapi dipercayai kubur penduduk asal ketika kampung dibuka seorang ulama yang juga pahlawan dari Indonesia, Raden Asma Jaya atau Tok Jaya.

Hanya sebuah kubur ditemui dengan sepasang batu nisan sepanjang hampir satu meter, manakala kerja penggalian sedalam lebih satu meter di tempat asalnya tidak menemui objek lain.


                                                                     
                          Gambar Hiasan  
                                                                                   
Baru-baru ini, kubur berkenaan dipindahkan berikutan pemilik tapak itu, Zainol Umar, 68,menjualnya lebih setahun lalu selepas tidak lagi  menetap di situ.
Zainol berkata, tapak berkenaan milik datuknya. tetapi sudah dijual kerana dia sudah berpindah ke tempat lain.

“Ketika kecil, saya memang tahu ada kubur berhampiran rumah, tetapi tidak pasti milik siapa. Orang kampung pun tidak tahu siapa dikuburkan di situ.

“Selepas tapak dijual, saya memaklumkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengenai kubur itu sebelum keputusan diambil untuk memindahkannya,” katanya.


Kerja menggali kubur itu membabitkan beberapa penggali kubur dipantau kakitangan JHEAIPP, penyelidik Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) dan anggota polis.

Kubur itu dipercayai berusia 200 tahun berdasarkan bentuk batu nisan yang tiada lagi kini. Difahamkan, ada beberapa kubur di tapak berkenaan, tetapi nisannya tidak kelihatan dipercayai tertanam dalam tanah.


Sementara itu, jurucakap JHEAIPP berkata, kubur berkenaan dipindahkan selepas dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa berikutan tapak berkenaan dijual kepada pihak yang mahu memajukannya.


“Kubur lama tidak boleh dipindahkan sesuka hati kecuali selepas diputuskan Jawatankuasa Fatwa. “Hanya batu nisan ditemui dan kerja penggalian sedalam lebih satu meter tidak menemui objek lain. Batu nisan berkenaan bersama tanah kubur asal dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Jaya,” katanya.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites