TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba muncul cerita mengenai penyanyi comel Adira yang kini mula rapat dengan AG yang merupakan seorang komposer dan pemain gitar untuk band Hujan dan Coco.
Memetik kenyataan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 21, dalam sebuah portal hiburan, dia mengakui AG kini merupakan lelaki yang paling rapat dengannya dan tidak menolak andai ditakdirkan AG menjadi suaminya pada masa hadapan.
Namun, tegasnya, hubungan mereka belum sampai ke tahap bercinta. Adira kini sibuk dengan program realiti Mania di Astro Ria, manakala AG pula sibuk dengan program realiti Versus di TV9 bersama band Hujan. Mereka enggan kisah peribadi mendahului kerjaya masing-masing.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama AG atau nama sebenarnya Hedzry Hafiz, 27, baru-baru ini.
Kosmo!: Benarkah AG dan Adira bercinta?
AG: Bukan bercinta tetapi kami rapat dan saling mengambil berat antara satu sama lain.
Adira mengakui anda merupakan lelaki yang paling rapat dengannya buat masa ini. Anda bagaimana pula?
Memang kami rapat sejak mula bekerjasama dalam program Akustik Adira kira-kira hujung Mac lalu.
Apakah yang membuatkan anda tertarik dengan Adira?
Dia baik, pandai ambil hati dan mengambil berat mengenai saya yang masih solo dan ada penyakit lemah jantung. Saya sering terlupa untuk makan ubat dan dia selalu mengingatkan saya. Dia tegas seperti ibu saya. Memang dia selalu buat saya gembira.
Andai ditakdirkan bercinta dengan Adira, bagaimanakah anda menerimanya kerana Adira seorang penyanyi popular?
Saya tidak memilih atau meletakkan piawaian wanita macam mana harus menjadi jodoh saya. Kalau wanita itu seorang penyanyi popular saya harus terima dia seadanya termasuk dunia glamor yang menjadi bidang kerjanya.
Selaku seorang pemuzik, adakah anda rimas apabila nama dikaitkan dengan gosip?
Saya tidak kisah dan tidak ambil peduli, sebab bagi saya ini memang asam garam industri hiburan. Mahu tidak mahu saya harus terima. Cuma saya akui, sedikit sebanyak timbul rasa pelik sebab saya bukannya artis atau orang popular, saya hanya seorang pemuzik.
Boleh ceritakan pengalaman dalam program Versus?
Sumber dipetik dari :http://www.kosmo.com.my
Sila klik disini untuk mengikut perkembangan hiburan http://jomlayanfmhiburan.blogspot.com/
0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:
Post a Comment