06 May 2012

Ke Langit, Aliff Aziz mungkir janji

BILA mahu ke majlis anugerah, biasanya pereka fesyen menjadi tumpuan para artis untuk dapatkan tajaan baju. Kalau tak artis yang minta, biasanya ada juga pereka fesyen yang membuka tawaran untuk jadi penaja. Maklumlah, kalau artis itu dipuji ramai kerana penampilan yang menawan, pereka fesyen pun tumpang gembira dan rasa dihargai.
Untuk satu majlis anugerah yang baru berlangsung, dengarnya ada seorang pereka fesyen baharu terasa dirinya tidak dihargai oleh kumpulan KeLangit dan Aliff Aziz. Kisahnya, KeLangit dan Aliff Aziz mula-mula berjanji mahu memakai baju rekaan pereka berkenaan ke majlis anugerah besar di Genting Highlands, awal April lalu, pereka fesyen tadi pun bersengkang mata menyiapkan baju-baju untuk dipakai artis-artis terbabit. Malangnya, tiba hari yang dijanjikan, masing-masing lesap tanpa berita. Baju dah siap si pemakai pula entah di mana.
"Kalau tak jadi pergi dan tak jadi pakai baju aku sekali pun, cakap boleh tak? Susah sangat ke nak telefon dan cakap terang-terang. Ini tidak, aku punyalah gigih menjahit sampai ke pagi, alih-alih dapat penat sahaja. Rasa tak dihargai sangat," adu pereka berkenaan kepada seorang kawan Diva.


0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites