Movie Download

Anda boleh mendownload pelbagai movie diblog kami sila klik button download diatas.

Download Mp3 dan Lirik

Anda boleh mendownload mp3 dan lirik disini klik button download diatas.

Get free Download Sotfware

Anda boleh mendapat software diblog kami sila klik button download.

Games

Anda juga boleh mencari games online atau pc disini klik button download.

T-shirt Design

Anda juga boleh menempah design t-shirt sila klik button printing

Bunting dan Banner

Anda juga boleh menempah bunting dan banner disini sila klik button printing.

Novel Bersiri

Anda juga boleh menbaca novel bersiri disini mengikut esp cerita sila klik button novel

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

04 January 2013

Keagungan masjid lumpur

MASJID Besar Djenne menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk beribadat.

DJENNE merupakan sebuah kota purba yang terletak berhampiran delta Sungai Niger di wilayah Mopti di Republik Mali.

Sejak kewujudannya pada kurun kesembilan, ia pernah menjadi pusat perdagangan dan perkembangan ilmu Islam khususnya ketika pemerintahan empayar Songhai, Sonni Ali.

Salah satu tarikan di kota itu ialah Masjid Besar Djenne yang dipercayai dibina pada kurun ke-13.

Diceritakan pada asalnya masjid itu merupakan sebuah istana dan dijadikan masjid selepas pemerintah Mali ketika itu, Sultan Koi Kunburu memeluk agama Islam.

Pemerintah seterusnya, Sheikh Amadou Lobbo yang menawan Djenne semasa Perang Tukulor, mengarahkan masjid asal dirobohkan pada 1834. Dia kemudiannya merancang sebuah masjid baharu berhampirannya pada 1896.

Bagaimanapun, penjajah Perancis yang berkuasa selepas itu telah mengarahkan pembinaan semula Masjid Besar Djenne di lokasi asalnya pada 1906.

Seorang arkitek tempatan, Ismaila Traore telah diberi tanggungjawab tersebut.

Menggabungkan gaya seni bina Islam dan Sudan, Masjid Besar Djenne tampak unik kerana tidak menggunakan konkrit sebaliknya lumpur sebagai bahan asas binaannya.

Memandangkan kedudukannya yang terletak berhampiran delta Sungai Niger yang sering dilanda banjir, Ismaila telah membina pelantar tinggi berkeluasan 5,625 meter persegi sebagai tapak masjid.

ELEMEN seni bina Islam dan Sudan menyerlahkan keindahan masjid yang berusia lebih satu abad itu.
 Bahagian tiang-tiang masjid menggunakan blok lumpur kering sebelum dilapisi dengan lumpur basah bagi memastikan ia kelihatan licin dan halus.

Dindingnya pula mempunyai ketebalan yang berbeza antara 0.4 meter hingga 0.6 meter.

Dahan pokok palma turut dimasukkan ke dalam binaan dinding bagi mengurangkan rekahan akibat perubahan mengejut suhu di samping bertindak sebagai tangga ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan setiap tahun.

Kiblat masjid itu ditanda oleh tiga menara besar berbentuk segi empat yang dibina lebih tinggi daripada dinding utama.

Menara yang puncaknya seperti kon itu juga turut dilengkapi tangga berputar yang menghala ke arah bumbung masjid.

Ruang solat

Umumnya, terdapat dua ruang solat utama disediakan iaitu ruang terbuka dan ruang tertutup.

Ruang tertutup yang mampu memuatkan kira-kira 3,000 jemaah disokong oleh 90 buah tiang merentasi dewan sembahyang bagi memastikan ketahanan strukturnya.

Aspek pengudaraan dan pencahayaan juga diberi penekanan pada ruang itu bagi keselesaan jemaah. Beberapa buah lubang udara turut dibina bagi menyalurkan udara bersih di samping penggunaan kaca seramik sebagai pencahayaan semula jadi.



KIRI: Setiap tahun ratusan sukarelawan berkumpul dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan masjid.

Biarpun, Djenne jarang menerima hujan, Ismaila turut membina corong bagi mengalirkan air daripada bahagian bumbung ke longkang bagi mengelakkan dindingnya daripada diresapi air.

Masjid Besar Djenne berjaya disiapkan pada 1907, iaitu setahun selepas pembinaannya. Di samping menjadi ruang beribadat penduduk sekitar ia juga menjadi antara mercu tanda di Republik Mali.

Setiap tahun, sebuah pesta khas yang meraikan budaya dan muzik tempatan iaitu Festival Crepissage dianjurkan berdekatan dengan masjid itu. Ratusan penduduk di bandar tersebut berkumpul dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan masjid secara sukarela.

Pada 1988, Masjid Besar Djenne telah diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

04 October 2012

Mendapat hidayah untuk memeluk Islam



NIBONG TEBAL: “Pada mulanya, pak cik tak tahu apa itu Islam tetapi entah kenapa hati tertarik dengan agama ini ketika anak bongsu, Abdul Ghani, 38, mengajak pak cik memeluk Islam.

“Bagaimanapun, pada masa sama, isteri, Siti Khatijah Lim Abdullah, 72, agak keberatan, namun alhamdulillah, akhirnya kami berdua menerima hidayah dan mengucapkan dua kalimah syahadah pada 2003,” kata warga emas, Muhammad Fauzi Abdullah, 80.

Sekadar gambar hiasan

Muhammad Fauzi berkata, banyak cabaran dihadapi dia dan isterinya, terutama tentangan anak sulung dikenali sebagai Tony yang tidak dapat menerima keputusan mereka berhijrah ke agama baru.

Anak keempat, Jenny pula tidak menghalang tetapi belum bersedia untuk memeluk Islam.


Namun, dia bersyukur kerana tiga lagi anaknya yang memeluk Islam sentiasa memberikan sokongan moral kepada mereka berdua dalam menghadapi cabaran sebagai saudara baru.


Katanya, sejak memeluk Islam, dia dan isteri berasa begitu tenang dan berhasrat menunaikan haji, namun kekangan kewangan membantutkan hasrat mereka.

Bagi memastikan hasrat mereka terlaksana, dia berusaha menyimpan wang pencen diperoleh setiap bulan sedikit demi sedikit, ditambah bantuan anak ketiga, Muhammad Shafee, 40, sebelum wang itu mencukupi untuk dia dan isteri menunaikan haji.


“Alhamdulillah, saya gembira tahun ini dapat juga kami menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya mahu berdoa di depan Kaabah supaya kedua-dua anak saya, Jenny dan Tony dibukakan hati memeluk Islam,” katanya yang berlepas ke Makkah Sabtu lalu.

Pasangan suami isteri itu ditemui pada majlis bacaan Yasin dan sumbangan kepada bakal haji di Masjid Bukit Panchor, di sini.


Seramai 72 bakal haji dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal menerima sumbangan berupa wang tunai pada majlis berkenaan.


Terdahulu, sumbangan kepada bakal jemaah haji disampaikan Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman.

19 September 2012

Kisah Benar Kebaikan Bela Ikan Puyu Dalam Rumah


Sebut saja ikan puyu tentu anda semua terbayangkan sejenis ikan yang sangat lasak terutamanya didalam air tawar seperti bendang atau sawah kerana habitatnya memang senang dijumpai di situ.Ikan ini mempunyai sisik yang keras serta mampu bergerak diatas atas jika ia mahu untuk bergerak ke tempat lain dengan memanjat tebing bendang.
Sebab itu ikan ini mampu hidup dan bertahan lama di atas darat selama beberapa jam tanpa air.Lagi satu sepsis ikan ini suka sangat bergerak secara berkumpulan dan mudah ditangkap dengan jarring ikan dan pukat.

Orang tua-tua dulu mempercayai ikan puyu ini ada kelebihan tersendiri yang mana ia mampu menghalang gangguan makluk halus dan juga mematikan sihir. Ada sebuah kisah yang berkaitan dengan kisah ikan puyu ini:

Seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor berkata:

Ada kes dimana melibatkan siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim bertanya kepada pencuri warga Indon tersebut' "Kenapa kamu masuk 3 rumah sekali gus pada satu malam dan kenapa kamu tak masuk rumah yg ditengah² yg lebih besar?" "Saya tidak boleh masuk pak kerna dalamnya ada ikan puyu (tuan rumah ada bela ikan puyu) dan ilmu saya tidak menjadi", jawab pemuda indon tadi. Seluruh mahkamah riuh dgn kenyataan indon ini.

Benar atau tidak dan mungkin juga adalah kebetulan saja kisah yang diceritakan tadi wallahhualam tetapi yang pasti hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mampu menjadi pendinding sihir.

Walaubagaimana pun jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihirtetap terkena kepadanya juga.

Jadikan lah ayat-ayat al-quran sebaik-baiknya sebagai pendinding diri anda daripada musibah ilmu hitam dan gangguan halus.bukan rambut halus


Sumber: Kebaikan Bela Ikan Puyu Dalam Rumah | Kakiharu Blog™ http://kaki-haru.blogspot.com/




Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus isu Filem Innocence of Muslim



Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Ustaz Azhar Idrus : Saya tidak pernah buat statement spt yg tertulis dibawah ini. Sudah banyak tersiar di fb.. harap maklum

"...Filem Innocence of Muslim tu memang la menghina Islam tapi dia ada bagi kita satu motif dan sebab.antara sebabnya diorang nak tahu berapa ramai umat Islam yang HIPOKRIT! Kamu semua marah dan menyumpah seranah pengarah yang mengarahkan filem itu kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad Saw, tapi tidakkah kamu semua sedar yang kamu sendiri menghina Islam, Muhammad Saw dan seluruh hadis hadis Muhammad Saw? Nabi menyuruh kita sembahyang 5 waktu sehari semalam, "solat itu tiang agama dan bagi sesiapa yang tidak menunaikan maka dia meruntuhkan agama mereka". Tapi adakah KAMU SEMUA MENUNAIKANNYA? Tidak menunaikan solat 5 waktu samalah seperti menghina Nabi Muhammad dan hadis hadis mereka, kerana hadis Nabi untuk diikuti, bukan setakat dengar sahaja. Rasulullah Saw itu nakhoda kapal islam kita, kita sebagai anak kapal hendaklah mematuhi arahan nakhoda kita kalau tidak mahu kapal agama kita tenggelam. Tidak dengar arahan Nabi umpama menghina Nabi sendiri. Kita menyumpah saranah pengarah filem tersebut tetapi apabila kita menyumpah mereka, mereka mengertawakan kita kerana kita HIPOKRIT! Dari mengutuk atau mengecam pengarah filem tersebut, lebih baik kita berdoa agar pengarah tersebut diberikan hidayah oleh Allah Swt. Kita mengutuk mereka, kita dapat dosa. Nabi tidak ajar kita mengutuk orang kafir, sebab itu zaman Rasulullah Saw mereka tertarik dengan Islam kerana Islam itu lembut tapi tidak bermakna Islam itu lemah...."

Klik disini untuk membaca info seterusnya:Ustaz.Azhar.Idrus.Original

16 September 2012

OIC kesal filem hina Nabi, kutuk serang kedutaan




JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di Benghazi. Setiausaha Agung OIC, Prof Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, beliau terkejut dengan tindakan keji itu, yang tidak boleh diterima atas sebarang alasan.

Christopher Stevens terbunuh apabila sekumpulan penunjuk perasaan menyerang pejabat konsul Amerika menggunakan roket pelancar bom, sebelum membakar bangunan berkenaan kelmarin.


Keganasan itu dikatakan berpunca daripada penerbitan sebuah filem yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Dalam kenyataannya, Ihsanoglu menyuarakan kebimbangan mendalam beliau berkaitan serangan terhadap kedutaan Amerika di Kaherah kerana membantah filem yang diterbitkan di Amerika itu.

Katanya, dua kejadian itu mempamerkan akibat buruk yang boleh tercetus daripada tindakan menyalahguna kebebasan bersuara, seperti yang sentiasa diberi ingatan oleh OIC.

Walaupun penerbitan filem berkenaan amat dikesali kerana boleh menyalakan api kemarahan, namun tindakan melakukan keganasan, yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah, juga tidak boleh diterima, katanya.

Dalam perkembangan yang lain di San Francisco, syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul.

Mencintai Rasulullah saw merupakan puncak kepada keimanan seorang Muslim. Dalam suatu hadis, tanda kemanisan itu ada tiga, dan salah satunya adalah apabila seseorang mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi dari cintanya terhadap yang lain. Justeru, menafikan tuduhan-tuduhan dan gambaran yang salah terhadap Rasulullah saw adalah bahagian dari mencintai Rasulullah.

Namun, niat tidak menghalalkan cara. Sewajarnya, protes dilakukan tanpa mengakibatkan kematian orang yang tidak bersalah. Apatah lagi, dalam keadaan umat Islam digambarkan secara salah dalam media massa sebagai orang-orang yang pengganas. Insiden keganasan ini malah akan menjadi bukti bagi orang bukan Islam bahawa Islam sememangnya agama pengganas. Semoga mereka mendapat hidayah.

Sumber: Sinarharian.com.my

Siapakah Syaitan & Jin




SIAPAKAH SYAITAN

Syaitan adalah sejenis makhluk yang berasal daripada jin. Sebenarnya setiap jin yang jahat disebut sebagai syaitan. Oleh itu, jin adalah umum kerana ada jin b aik dan ada jin jahat. Jin jahat dipanggil syaitan. Bahkan manusia yang jahat  juga sebenarnya adalah syaitan. Firman Allah bermaksud:

"Dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin,"( Surah al-An’am :112)

PERBEZAAN JIN DAN SYAITAN

Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa jin itu ada dua golongan :

1. SYAITAN : Golongan yang lansung tiada kebajikan baginya buat selama-lamanya dan namanya akan bertukar menjadi MARID dan ‘IFRIT.
2. JIN     :  Golongan ini ada yang soleh dan ada yang fasik, mereka sama dengan golongan manusia, ada yang baik, ada yang jahat, aa yang mukmin dan ada yang kafir.

Firman Allah swt bermaksud:

"Dan Bahawa Sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan Yang baik keadaannya, dan ada di antara kita Yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara Yang berlainan"(Surah al-Jinn :11)

Firman-Nya bermaksud:

"Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar, adapun orang-orang Yang menyeleweng dari jalan Yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam."
(Surah al-Jinn :14-15)

SIAPAKAH PULA QARIN?

Tidak ramai yang mengetahui tentang “Qarin” ini. Sebenarnya begitulah kehendak Allah swt bahawa manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman ke mana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang, mengajaknya mengerjakan kejahatan dan menahannya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.

Untuk mengimbangkan kekuasaannya maka Allah mengutuskan pula malaikat atau syaitan. Sabda Rasulullah saw daripada Abdullah Mas’ud r.a :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدً إِلَّا وَمَعَهُ قَرِينُهُ مِنَ الجِنِّ وَقَرِينُهُ مِنَ المَلَائِكَةِ قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رسولَ اللهِ قَالَ وَإِيَّايَ وَلَكِنِّ اللهَ تعالى أَعَانَنِي عليه فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ

Maksudnya : “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga ada Qarin daripada bangsa malaikat. “Mereka bertanya, ‘Engkau juga ya Rasulullah.’ Sabdanya : “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”( Riwayat Ahmad dan Muslim )

Aisyah r.h.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah saw keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata, “ Aku merasa cemburu,” tiba-tiba baginda berpatah balik dan baginda bertanya: “ Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu.” Aku berkata : “ Bagaimana aku tidak cemburu orang yangseumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” sabda baginda : “Setiap insan ada syaitan iaitu (Qarin).” Aku bertanya lagi : “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Ya, tetapi Allah telah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.”  (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah saw :

فُضِّلْتُ عَلَى آدَمَ بِخَصْلَتَيْنِ كَانَ شَيْطَانِي كَافِرًا فَأَعَانَنِي اللهُ عَلَيْهِ حَتَّى أَسْلَمَ وَكَانَ أَزْوَاجِي عَوْنًا لِي وَكَانَ شَيْطَانُ آدَمَ كَافِرًا وَزَوْجَتُهُ عَوْنًا على خَطِيئَتِهِ

Maksudnya : “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara iaitu pertama, syaitanku kafir, lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu daku tetapi syaitan Nabi Adamtetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.”( Riwayat Baihaqi )

Al-Imam Nawawi r.a menghuraikan perkataan " أسلم "   dalam dua pengertian :

1. Baginda Rasul terselamat daripada kejahatan fitnahnya
2. Qarin itu menjadi Islam dan beriman justeru mengajak kepada kebaikan semata-mata

Dalam hal ini, bagaimana pula kaum Muslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adalah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya Kaum Muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibn Abid-Dunya daripada Abi Hurairah r.a :

إِنَّ المُؤْمِنَ يُنْضِي شَيْطَانًا كَمَا يُنْضِي أَحَدُكُمْ بَعِيرَهُ فِي السَّفَرِ

Maksudnya : “ Sesungguhnya orang Mukminin boleh melemahkan syaitannya sebagaimana salah seorang antara kamu melemahkan kudanya di dalam perjalanan.”( Hadis dhaif)


Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatannya kepada Allah seperti membaca al-Quran, membaca “ Bismilllah” ketika makan, berpakaian dan sebagainya.

Kesimpulannya, Qarin ini ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para nabi atau rasul. Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasulullah yang telah Islam. Walau bagaimanapun, malaikat turut diutuskan untuk mengimbangkan perana antara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan :
Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus , “ Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu, “ Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata, “ Aku sentiasa makan dengannya dan begitu juga minum.”

01 September 2012

Waspada Terhadap Golongan Syaitan (Hizbusy Syaitan)


Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Sejarah Bapa Manusia dan Bapa Syaitan



Sejak awal diciptakan manusia, Allah SWT telah menunjukkan dalam bentuk yang nyata kepada Nabi Adam AS bahawa musuh utama manusia adalah iblis laknatullah. Babak keingkaran iblis untuk sujud kepada Nabi Adam AS seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT telah menjadi titik tolak penentangan iblis terhadap manusia dan terhadap perintah Allah. Takabbur telah menjadi sifat Iblis yang utama sepertimana firman Allah:

“Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis, ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia daripada golongan yang kafir.” (Al-Baqarah: 34)

Tiada siapa yang tahu hakikat kesombongan iblis sehinggalah Allah Yang Maha Mengetahui mencipta situasi sedemikian yang menonjolkan sifat keji iblis tersebut. Sifat yang dominan ini telah dikuatkan lagi dengan ungkapan iblis yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

“Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” (Al-A’raaf: 12)

Ya, merasa dirinya lebih baik, lebih mulia. Aku lebih baik daripada dia. Aku begini, dia begitu. Sejak itu, iblis dilaknat Allah. Statusnya yang tinggi dalam syurga dicabut oleh Allah dan Allah menimpakan kehinaan ke atasnya.

“Allah berfirman: “Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya. Oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau daripada golongan yang hina”.” (Al-A’raaf: 13)

Pun begitu, iblis tetap dengan kesombongannya yang dahsyat. Tanpa merasa bersalah, dia menyalahkan Allah. Iblis malah masih meminta kepada Allah agar dipanjangkan umurnya sehingga hari kiamat.

“Iblis berkata: “Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”. Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.” (Al-A’raaf: 14-15)

Sedikitpun ia tidak mengakui kesilapannya, bahkan ia menuduh Allah atas kesesatannya, dan berikrar untuk menyesatkan umat manusia.

“Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.” (Al-A’raaf: 16-17)

Misi iblis pun bermula, misi memesongkan umat manusia daripada jalan yang lurus. Misi yang melibatkan seluruh potensi yang ia miliki untuk mendatangi manusia daripada segenap penjuru. Misi membalas dendam kerana status kemuliaannya tercabut sejak penciptaan Adam AS.

Walaupun Allah telah menonjolkan permusuhan iblis terhadap manusia secara jelas terhadap Nabi Adam AS, tetap sahaja iblis berjaya melakukan tipu daya terhadap baginda. Kata-kata iblis yang manis, memujuk dan meyakinkan, telah membuatkan Nabi Adam AS terlanjur memakan buah yang dilarang oleh Allah di dalam syurga.

Iblis telah mengingkari perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam AS, demikian pula Nabi Adam AS telah mengingkari Allah dengan memakan buah larangan, hasil tipu daya iblis. Namun, tidaklah sama sikap seorang Nabi dan seorang iblis terhadap keingkaran yang dilakukan. Adapun Nabi Adam AS, baginda bertaubat kepada Allah dan mengakui bahawa baginda yang bersalah kerana menzalimi diri sendiri.

“Mereka berdua (Nabi Adam AS dan isterinya Hawa) merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.” (Al-A’raaf: 23)

Allah menerima taubat mereka, kemudian Allah hantar manusia ke dunia. Pada peringkat awal lagi, Allah telah berpesan untuk sentiasa berwaspada terhadap tipu daya iblis dan konco-konconya.

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-A’raaf: 27)

Sejak itu, sentiasa ada perlawanan antara yang hak dan yang batil, yang benar dan salah.

Perlawanan yang tiada hujungnya

Sehingga usia dunia ini berakhir, iblis dan konco-konconya tidak pernah berhenti memesongkan manusia. Syaitan yang terdiri daripada kalangan jin dan manusia telah bergabung bersama-sama dalam misi global iblis yang mengambil masa sehingga usia bumi berakhir. Golongan-golongan syaitan terus direkrut untuk membantu usaha menyesatkan umat manusia. Ya, golongan syaitan yang terdiri daripada kalangan jin dan manusia!

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.” (Al-An’am: 112)

Dalam buku Musnad Imam Ahmad, disebutkan hadith dari Abu Dzar RA, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya, “Wahai Abu Dzar, mohonlah engkau kepada Allah perlindungan dari syaitan-syaitan dari jenis manusia dan jin.” Lalu kutanyakan, “Apakah ada syaitan dari jenis manusia?” “Ya,” jawab baginda.

Penghasutan, penyimpangan, pemesongan, dan segala upaya dilancarkan oleh golongan syaitan untuk menentang kebenaran dan meninggikan kebatilan. Bermula sejak perlawanan antara Habil dan Qabil di awal sejarah kemanusiaan, sehinggalah ke hari kiamat. Pasti tidak akan surut pertentangan antara hak dan batil, kerana iblis laknatullah telah berjanji akan memesongkan manusia sehingga akhir hayatnya (iblis).

Golongan-golongan syaitan terus memusuhi para nabi yang diutuskan. Nabi Nuh AS ditentang oleh kaumnya yang akhirnya didatangkan banjir besar untuk menghancurkan mereka. Nabi Ibrahim AS ditentang raja Namrud sehingga golongan syaitan mencampakkan baginda ke dalam marak api yang besar, Nabi Lut AS dengan kaumnya yang homoseks, Nabi Musa AS ditentang Firaun dan konco-konconya, Nabi Sulaiman berhadapan dengan puak-puak yang dipesongkan syaitan berupa penyembah matahari (kerajaan Puteri Balqis), Nabi Isa disalib, dan Nabi Muhammad SAW yang kita cintai juga tetap berhadapan dengan tipudaya dan kejahatan puak syaitan ini.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW sebagai penutup kepada para nabi dan rasul, golongan syaitan tidak pernah terhenti dalam upaya menyekat kebenaran dan melaungkan perjuangan kebatilan. Dengan izin Allah, perlawanan itu terus wujud dan berlaku sehingga ke hari kiamat. Daripada siri-siri perlawanan itu, Allah membezakan antara hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan mendapat petunjuk daripada mereka yang sesat termakan tipu daya syaitan.

Demikianlah kehendak Allah yang tiada siapa boleh persoalkan sama sekali. Dia tidak ditanya tentang apa yang Dia perbuat, kitalah yang akan ditanya tentang apa yang kita lakukan. Allah telah berjanji bahawa neraka itu pasti akan dipenuhi oleh sebahagian jin dan manusia.

“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu), maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin”. Dan (bagi menolak rayuan itu Allah SWT berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat), tetapi telah tetap hukuman seksa dari-Ku. Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.” (As-Sajdah: 12-13)

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raaf: 179)

Sesungguhnya neraka itu menanti untuk disumbat ke dalamnya golongan-golongan syaitan daripada kalangan jin dan manusia. Golongan-golongan yang ketika di dunia mereka termakan pujuk rayu iblis laknatullah dan bersama-sama dalam jema’ah iblis, sesat lagi menyesatkan.

Dalam perlawanan yang tiada penghujungnya selagi usia dunia masih tersisa ini, kita berada dalam puak yang mana? Puak penjulang kebenaran, atau pembela kebatilan? Hizbullah (golongan Allah) atau Hizbusy syaitan?

“…ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.” (Al-Mujaadalah: 19)

“…ketahuilah! Bahawa golongan Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” (Al-Mujaadalah: 22)

Kita harus membuat pilihan

Allah memberikan kepada manusia kemampuan untuk memilih. Memilih untuk mengikut jejak langkah syaitan, atau memilih mengikut ketetapan dan petunjuk daripada Allah. Petunjuk itu telah tersurat dalam kalam-Nya yang agung, dan dalam panduan Rasulullah SAW yang ulung. Jangan kita katakan bahawa petunjuk itu belum sampai kepada kita sehingga kita tidak dapat mengikutinya. Bahkan, kitalah sebenarnya yang telah mengabaikan petunjuk-petunjuk tersebut dan memilih untuk menyusuri jalan-jalan puak syaitan.

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Asy-Syams: 7-10)

Maka kita harus memihak. Membawa hati kita kepada salah satu antara dua jalan yang diilhamkan, fujuur atau taqwa, hak atau batil, jalan Allah atau jalan iblis. Tidak ada istilah berkecuali bagi kita untuk selamat daripada siksa api neraka. Kita harus memihak. Sesungguhnya yang tidak memihak itu adalah golongan munafik, bukan memihak kebenaran, dan bukan pula memihak kebatilan. Hakikatnya, sifat munafik itu berada dalam kebatilan.

Hanya ada satu jalan sahaja untuk kita selamat daripada azab Allah, kita wajib berpihak kepada kebenaran dan petunjuk Allah. Wajib bagi kita memilih untuk bertaqwa. Wajib bagi kita memilih untuk mengingkari langkah-langkah syaitan. Jangan sampai kita merasa selamat dengan tidak berpihak. Jangan sampai kita merasakan berpihak itu tidak penting, sehingga kita sebenarnya direkrut untuk menjadi puak syaitan, penyembah iblis laknatullah.

Ayuh, lancarkanlah peperangan terhadap puak syaitan, julang tinggilah kebenaran, jauhkanlah diri kita daripada dijaring masuk ke dalam puak-puak syaitan, dan sentiasalah berwaspada agar kita tidak terpedaya dengan langkah-langkah golongan syaitan untuk menyesatkan umat manusia. Ya, golongan syaitan yang terdiri daripada kalangan jin dan manusia! Na’udzubillahi Min Dzaalik.

Wallahua’lam.

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT


Barisan pertama: 

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka". 



Barisan ke-2: 

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu. 



Barisan ke-3: 

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka. 



Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal. 



Barisan ke-5: 

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. 



Barisan ke-6: 

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu. 


Barisan ke-7: 

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran. 



Barisan ke-8: 

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka". 



Barisan ke-9: 

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya. 



Barisan ke-10: 

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya. 



Barisan ke-11: 

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya. 



Barisan ke-12: 

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnyadalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"





Tak Solat Jumaat Sebab Sambut Merdeka

Kesal seorang Ibu

Inilah contoh sekarang sikap manusia sekarang,lebih penting hal dunia dari kewajipan untuk melakukkan ibadah.Ramai yang bercerita kerana pelbagai alasan takut tidak dapat masuk dalam stadium dan ada yang berkata sampai seruan azan lasung tidak kedengaran atau menperlahankan sewaktu azan berkumbang.Mana sikap kita sebagai seorang islam,seorang ibu terasa kesal kerana ingin menyambut merdeka sehingga lupa melakukkan ibadat solat.Siapakah harus dipersalahkan? -Sumber-


29 August 2012

Kisah Seram – Kaki Mencari Jasad

Sumber:Melayukini.net – Kisah Seram – Kaki Mencari Jasad | Apabila menyebut tentang manusia, sudah tentu ia berkait rapat di antara hubungan roh dan jasad. Seperti diri kita, badan kita adalah jasad, dan roh merupakan diri kita sendiri. Berbalik kepada kisah ini, ia merupakan sebuah kisah seram yang sebenarnya diambil dari Majalah Seri Dewi & Keluarga Mac keluaran 2000. Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita baca kisah seram ini di bawah.


Sebuah kisah di mana si berasa sedih apabila menerima berita kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Namun demikian, ia ternampak kelibat kaki suaminya. Mengapa ini terjadi?


Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.
Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.
“Tunggu sambal tumis masak sekejap bang,” ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.
“Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu,” ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.
Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.
Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.
Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.
“Ya Allah…abang..,” tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.
“Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya,” ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.
Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.
Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.
“Kucing agaknya,” bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.
“Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik,” pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.
“Mak! tapak kaki siapa ni mak?” jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?
Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?
Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.
Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.
“Ya Allah, abang Hashim…” bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.
Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.
“Memang saya nampak kaki dia Tok,” ujar Zaoyah sedih. “Apa alamatnya tu Tok?” soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.
“Ada yang tak kena ni Yah”, ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.
“Subhanallah,” tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.
“Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan,” ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.
“Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam,” ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.
Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

Melayukini.net - Sebelum ini pernah juga menonton sebuah drama Tanah Kubur kalau tidak silaplah, mengenai seorang lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya, akan tetapi dia sering ternampak kelibat si mati. Rupa-rupanya ada anggota badan yang masih belum dikebumikan lagi. Wallahu’alam.

12 August 2012

Apa Itu Hukum Hudud??




Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

- Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat . ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221 ).Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :

Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )

Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq

Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .

( al-Quran, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;

Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .

( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :

Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;

Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).

( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :

Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )

Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya. Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafka untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.

Dan aku tertarik dengan Menteri Besar Terengganu ni..klik kat sini :Mat Said Setuju hukum hudud dijalankan

08 August 2012

Hukum Manusia Berkahwin Dengan Bunian


Katanya Gambar di atas adalah jin bunian yg ditemui di sumatera barat. Wallahu'alam

Hukum Manusia Berkahwin Dengan Bunian

SOALJAWAB BERSAMA DATO HARUN DIN

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.

1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?

Jawapan 1

Puan,

Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya):
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).

Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.

Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.

Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, 
"Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.

Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.

Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87 (mahfumnya):

"Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya".

Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentangIslam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan. 

Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.

Jawapan 2

Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.

Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?

Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam. 


03 August 2012

Hukum Menggunakan Ayat Al-Quran Dan Azan sebagai Nada Dering Telefon




Didapati masih ramai lagi di kalangan kita yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone/nada dering. Niat mereka mungkin baik iaitu mungkin mendapat pahala apabila mendengar ayat-ayat suci tersebut.

Tetapi, tanpa mereka sedari amalan tersebut sebenarnya dilarang dalam Islam.


Satu mesyuarat Majlis Fatwa Ulama’ Saudi telah diadakan pada 17 Nov 2007 membincangkan perkara ini. Majlis ini dihadiri oleh 70 org perwakilan figh dunia dan ianya dipengerusikan oleh Mufti besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali Al-Syeikh. Hasil daripada perbincangan, ulama-ulama berpendapat:

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Sheikh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh., pada hari Khamis 12 November 2009 telah mengharamkan penggunaan penggunaan Al-Quran sebagai nada dering kata beliau:

“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar:

“ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.”

Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Kata Sheikh Dr Mahmoud Ashour:

“ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”.

Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut:

“orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Ini disepakati oleh Darul Ulum Deoband India yang juga mengharamkan amalan ini. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur:

“Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-


Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan.

Wallahua’lam.

31 July 2012

Benarkah sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ?


Seringkali dicanang dan dimomokkan dalam Cerita Seram yang ditayang di TV bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini memang meragukan kerana tidak pernah Didakwa Asas sandarannya daripada al-Quran dan hadis. Walau bagaimanapun ia seolah-Sukan sudah menjadi FAKTA Yang Diperolehi ramai sehingga para Penerbit filem Seram Berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan dalam filem mereka.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan Malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata (al-A'raf [7,27]), manusia tidak Boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca al-Quran dan al-Sunnah. Hanya kedua sumber Islam itu sahaja yang mampu menelah dan menembusi alam Jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam Jin perlu terlebih dahulu merujuk kepada kedua sumber Islam supaya Umat Islam tidak berpegang kepada Asas yang Rapuh, tidak berasas atau disuap dengan FAKTA karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman atau minda.

Kenyataan yang terlalu umum "sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia" secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian Jin Islam yang dipuji Allah dan disebut super Soulmate mereka dalam al-Quran. Mereka ini jugalah Generasi awal Jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada bangsa Jin kerana Jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di Akhirat kelak (al-Rahman [55:31-36]).

Generasi awal Jin Islam yang disebut super Soulmate mereka dalam al-Quran ini juga selayaknya digelar sahabat Nabi kerana memenuhi perisai serta takrifan para ulama 'hadith iaitu sesiapa sahaja yanag Bertemu dan beriman kepada Nabi Muhammad SAW. Sekiranya kenyataan tersebut berterusan dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi jauh lebih jahat daripada manusia sedangkan para ulama over mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.


Generasi awal Jin ini juga dikitiraf sebagai Rasul atau Utusan pendakwah di kalangan mereka. Firman Allah:

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang Memfail kepada kamu ayat-ayatKu (Perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang Mesyuarat kamu dengan hari (kiamat) ini?) (Al-An'am [ 6:130].

Sudah dimaklumi semua bahawa para Rasul hanya diutus dari kalangan manusia, Namun Begitu rasul dari kalangan Jin dalam ayat ini dimaksudkan wakil kepada Rasul (yang sebenar) atau para pendakwah dari kalangan Jin yang mendengar bacaan al-Quran yang di baca oleh Nabi Muhammad (Tafsir al -Razi). Kisah mereka direkodkan oleh al-Quran, Firman Allah:

Dan (ingatkanlah Peristiwa) Semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan Ajaran Al-Quran itu dengan) memberi amaran dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami sesungguhnya manusia itu menyaksikan kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa yang menegaskan Kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada Kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang Saksama (ugama Islam). "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang Menyeru ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata "
(Al-Ahqaaf [46:29-32]).


Sebuah hadis merekodkan Baginda Rasulullah pernah memuji para sahabatnya dari golongan Jin yang Begitu sensitif terhadap al-Quran. Baginda pernah membacakan surah al-Rahman dari awal sehingga akhirnya kepada para sahabat. Setelah selesai membaca Baginda lalu bersabda: Mengapakah kamu semua (sahabatnya) hanya pandai dan biasa melakukannya? Sesungguhnya manusia itu menyaksikan golongan Jin jauh lebih lebih baik reaksi (Jawapan & penerimaan) mereka terhadap ayat ini (maka yang mana satu di antara Nikmat-Nikmat Siak kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai Umat manusia dan jin? [53:13]-ayat ini berulang 31 sebanyak kali dalam surah al-Rahman) Setiap kali sampai kepada ayat dalam mereka akan segera menjawab: Tiada satupun antara ni'matMu wahai Siak kami yang kami dustai, maka bagiMu sahajalah segala pujian (Sunan al-Tirmidhi & Tafsir Ibn Kathir) .

Selain itu, para ulama 'hadis seperti Imam Ibn Hajar al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal Jin bersama nama para sahabat Nabi yang lain. Antara nama mereka yang disebut adalah Zawba'ah, al-Arqam, al-Adras, Hasir, Khasir dan Sebagainya (al-Isabah fi Ma'rifat al-Sahabah).

Mungkin segelintir pihak yang cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut akan mengatakan Bukti harian jelas Menunjukkan Jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadabannya terhadap manusia. Words sekali hasutan, rasukan berlembutlah yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadaban tidak hanya mungkin berpunca daripada Jin, Sebaliknya ia juga mungkin berpunca dari kejahatan manusia SEBAGAIMANA firman Allah:

Telah KEROSAKAN berbagai kerosakan dan bala bencana di Darat dan di laut dengan Sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasai mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan Buruk yang mereka telah LAKUKAN, supaya mereka kembali (Intan dan bertaubat). Katakanlah: "Mengembaralah kamu di Muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik" (al-Rum [30:41-42]).

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga pihak yang galak menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian pukul borong sebegini berlembutlah. Al-Quran sebagai sebuah Kitab Suci yang maha Sempurna menyarankan manusia agar berlembutlah adil dan tidak mengamalkan pukul borong sembrono dalam banyak ayatnya kerana Syurga juga disediakan untuk Jin. Sekiranya sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia, maka semua Jin Islam di dunia ini langsung tidak lagi anda berpeluang untuk ke Syurga.





24 July 2012

Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda


“Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda “ beginilah tajuk buku yang akan aku cuba reviewkan kepada anda.Aku membuat review tentang buku ini kerana didalam buku ini terdapat berbagai-bagai pengetahuaan mengenai asal-usul kejadiaan dajjal yang sangat jarang diambil tahu oleh orang ramai pada masa kini walaupun nabi kita Nabi Muhammad S.A.W telahpun memperingatkan kepada kita tentang perihal dajal ini semasa zaman baginda lagi.
      Rasullullah S.A.W bersabda,"Wahai sekalian manusia,sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Nabi Adam dan keturunannya yang lebih dasyat daripada dajjal.Aku adalah nabi terakhir,dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula.Dajjal pasti keluar dari tenggah-tengah kamu.Jika ia keluar,sedang aku diantara kamu,maka aku akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku.Jika ia keluar setelah aku tiada maka setiap orang akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya.Allah adalah pengantiku bagi setiap muslim…”
Buku yang aku ingin review ini adalah karya daripada Muhammad Isa Dawud dan satu lagi karya beliau adalah dialog dengan jin islam.Buku setebal 433 mukasurat yang hanya berharga RM18.00 ini sangat berbaloi untuk anda membelinya kerana banyak maklumat mengenai asal usul dajjal yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini berserta bukti-buktinya sekali.
Didalam buku ini ada menceritakan asal usul dajjal yang dilahirkan sebelum masa kenabian nabi musa a.s lagi.Dajjal yang dikutuk oleh Allah mempunyai umur yang panjang yang ditangguhkan kematiannya (min al-munzharin) oleh Allah S.W.T.Dajjal dilahirkan dari lelaki dan perempuan dari keturunan Yadhuza setelah masa 31tahun perkahwinan maka lahirlah seorang anak yang sangat membahayakan kedua orang tuanya,sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W
“kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
Di awal kelahiran Dajjal telah pun menunjukkan bahawa dia ini akan membawa bencana yang besar kepada manusia.Dia dilahirkan cacat kedua belah matanya dan suka tidur malam dan siang serta jarang untuk bangun untuk menghisap susu sehingga menyebabkan kematiaan ibunya kerana terkena penyakit tertahan air susu.Didalam buku ini juga ada menceritakan yang Dajjal sewaktu kecilnya dipelihara oleh Malaikat Jibril setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T kerana Malaikat Jibril mendapat perintah dari Allah S.W.T untuk menghancurkan negeri tempat tinggal Dajjal itu kerana rakyatnya yang suka membuat maksiat dan berbagai-bagai keburukkan lagi dan dajjal ditinggalkan di suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut laut yaman.Malaikat Jibril selalu membawa makanan kepada Dajjal diatas perintah Allah S.W.T dan Allah S.W.T sangat menyanyangi anak itu,seraya berfirman kepada Malaikat Jibril.
“Hai Jibril,anak itu adalah hambaku,tetapi di akhir zaman ia mengaku sebagai Tuhan yang disembah di muka bumi.Aku mengutus orang yang akan menyeksakannya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu saat tertentu yang tidak diingkari oleh hambaku.Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan akan menjadi wali,tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.”
Didalam buku ini ini juga ada dicerikan tentang Dajjal dijaga oleh seekor binatang yang sangat besar,berbulu lebat dan mempunyai dua mata menonjol seperti mata lembu dan binatang itu juga boleh berkata-kata.Antara kata-katanya kepada Dajjal.
“Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa yang dasyat ketika bumi terbalik,yang terjadi di negeri samirah.Engkau dibawa oleh malaikat agung iaitu Jibril.Ia membawamu kesini.Dan ia juga mengurus makan minummu.Oleh kerana itu janganlah engkau mengkhianati janjimu dengan Allah.Sebab pada setiap hati anak adam telah tertanam ketundukkan kepada Allah dan keimanan kepada-Nya selama mana ia masih berada dalam fitrah kesuciannya.Oleh itu.engkau sendiri mesti menjadi muslim dan mukmin yang yakin dan taat kepada Tuahn Pencipta Alam ini.Dialah tuhan yang maha esa.”
Selama Dajjal didalam penjagaan haiwan itu dia telah diajar supaya taatkan Allah dan diajar mengucap dua kalimah syahadah dan berbagai-bagai ilmu lagi.didalam buku ini juga ada menceritakan akan perihal dajjal sewaktu zaman nabi Musa dan dialah juga yang telah menyesatkan kaum nabi Musa semasa Nabi Musa pergi menerima wahyu dari Allah S.W.T.Anda boleh rujuk kisah ini didalam Al-Quraan surah(Toha ayat:83-98).
Sewaktu perjalanan Dajjal dia telah mendapat banyak ilmu pengetahuaan dan dia juga telah memutuskan untuk membuat penopang berbentuk piramid seperti bentuk piramid firaun di Puertorico dan Pulau bermuda.Kalau mengikut akal kita memang logiklah kerana berbagai-bagai kejadian misteri yang berlaku di tiga segi bermuda itu.Dan di dalam buku ini juga menceritakan tentang persahabatan Dajjal dengan Iblis dan juga menceritakan akan kehodohan rupa Iblis itu yang sangat menyeramkan sehingga hampir-hampir sahaja membekukan darah dalam saluran Dajjal.Diantara kata-kata iblis kepada Dajjal.
“Wahai manusia (tanda) kiamat,aku telah menantimu sejak jutaan tahun.Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan Nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kita.Permusuhan antara kita dan mereka tidak hilang.Entah mereka yang menang atau kita yang menang.Kalau kita menang,kita telah mengalahkan Allah.Kalau kita mengalahkan Allah kita memjadi tuhan bersamanya,yang tidak ada sekutu bagi kita.Itulah saat kita mencipta sebagaimana dia mencipta.Jika tidak katakanlah kepadaku darimana Allah mendatangkan makhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun?Pasti dia belajar dari Tuhan sebelumnya dan dapat memahami rahsia-rahsianya.Kemudian mengkhianati dan menciptakan ini dengan apa yang diketahuinya dari rahsia-rahsia itu.Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapainya hanya dengan memusnahkan umat ini.Allah telah mengampuni Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang,memberi mereka malam al-qadar yang lebih baik dari seribu bulan,memberi mereka tempat wukuf di Arafah.Mereka kembali dari Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya,memberi mereka istigfar (permohonan ampun) dan lalu dia pun menerima ampunan mereka,dan memberi mereka taubat dan menerima taubat mereka selama belum sakarat.Dia telah memuliakan mereka,lantas,megapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan nafsu dan cubaan hidup berupa harta,anak,wanita,emas,hukum,kekuasaan,dan kedudukan?Kita kirim kepada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan,jin dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta merobek Al-Quraan dalam dada mereka sehingga mereka menjadi muslim dalam nama saja.Kita jadikan orang orang-orang Yahudi,bangsamu itu,sebagai pemenang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga kita mereka menetapkan pajak dan memperoleh apa yang dijanjikan kepada mereka untuk menguasai palestina.Dengan begitu,mereka menjadi penguasa seluruh dunia.Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas arsy dan kekuasaan.”
Dalam buku ini ada bercerita tentang perihal tentang adanya piring terbang (ufo) berserta bukti-buktinya yang dikatakan sebagai kenderaan dajal.dan tidak mustahillah dajal boleh pergi dari satu tempat ke satu tempat hanya dengan sekelip mata kerana kecepatan piring terbang itu.Dan perlu diakui yang Dajal adalah seorang yang sangat geniues tetapi geniues yang jahat dan dia juga mengetahui akan kelebihan besi dan penulis buku ini mengambarkan yang piring terbang ini diperbuat daripada magnesium murni dan sangat jarang didapati dan penulis juga merasakan ia diperbuat daripada kepingan besi dengan daya magnet dalam tingkat tertentu,atau dari besi magnet sebagai mainan tetapi diberi sentuhan seni yang tinggi.Setelah itu dibuat pesawat yang tidak seorangpun mendahului Dajjal dalam pembuatannya.Walaupun kekufuran dan kesesatannya,ia mengetahui dengan baik “rahsia besar” dalam firman Allah;
“Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manafaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu),dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong  agamanya dan rasul-rasulnya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesunguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa (surah al-Hadid:ayat25)
Didalam buku ini juga penulis menceritakan tentang simbol Dajjal yang ada terdapat diatas duit 1dollar Amerika.lihat gambar dibawah sebagai contoh.


Penulis menyebut menurut pendapat Batt robertson,cahaya mata yang terdapat diatas piramid itu adalah cahaya atau mata tuhan orang mesir kuno (Osiris),dua kata yang tertera dibahagian bawah lambang dengan bahasa Latin itu,yakni ‘Annuit Coeptis’,bermakna “sesungguhnya kepentingan kita sarat dengan pelbagai keberhasilan.Dan kata-kata ‘Novus Ordu Seclorum’, menjelasakan sikap kepentingan mereka yang bermakna “Tata Masyarakat baru”.Sementara itu Pear happies menulis sebuah buku berjudul’Jalan Menuju Dunia Diktaktor Yahudi’.ia menyatakan bahawa dolar amerika adalah murni matawang Zionis Israel.Kerananya tidaklah aneh kalau raja Zionis meletakkan capnya pada matawang  amerika itu.Dengan begitu ia memerintah dunia di bawah slogan “Tata Dunia Baru”.Sebelum itu pada tahun 1884,menteri kehakiman perancis seorang keturunan asli Yahudi,anggota elit kelompok Masuniyyah tingkat ke-33 dan salah seorang tokoh Gerakkan Puak Yahudi sedunia menulis.
“Hari ini telah dekat masanya,ketika Orchalma menjadi rumah sembahyang (bait as-solah).Disini akan berkibar satu-satunya bendera israel,bendera Allah dan akan naik diatas pantai-pantai yang sangat jauh,Tidak mungkin orang Yahudi menjadi teman bagi orang masehi atau kristian atau muslim sebelum memancarkan sinar keimanan dan satu-satunya agama rasional,yang masa kedatangannya kedunia ini telah dekat.Inilah isyarat kehadirannya yang terdapat pada lembaran wang dollar amerika itu.ia memancarkan cahaya pada setiap orang yang membawa wang itu untuk mendapat kesenangan dengan lahirnya ‘Tata Dunia baru’.Yang menandai kembalinya Sang Juruselamat"(Dajal).
Demikianlah serba sedikit penerangan daripada aku tentang Dajjal ini.dan jika ada terdapat sebarang kesilapan didalam tulisan ini itu adalah disebabkab atas kecuian semasa aku menulis.Semoga anda mendapat manafaat dari tulisan aku ini.Dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cerita ini anda bolehla mencari buku ini kerana aku yakin buku ini akan membuka minda anda apa yang sedang berlaku didalam dunia ini.Dan setelah membaca buku ini juga akan dapat memperkuatkan lagi keimanan kita kepada Allah.Semoga kita semua dijauhi daripada fitnah Dajjal ini.Sekian

Sumber diambil dari :http://www.arieyblog.com


1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites