04 October 2012

Lelaki bogel diberkas, rungutan dapat perhatian



SEREMBAN – Perbuatan seorang lelaki warga Bangladesh di Kampung Limbok, Temiang, di sini, yang sengaja berbogel di depan rumah untuk dilihat jirannya, membawa padah apabila dia ditahan, malam kelmarin.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dengan hanya memakai kain pelekat selepas ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin yang mengetuai operasi berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit yang sebelum itu berada di rumah dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Tiga rakannya yang disoal siasat memaklumkan lelaki terbabit sentiasa berwaspada dengan bunyi kenderaan dan akan bersembunyi atau melarikan diri jika mendapati ada pihak tidak dikenali datang ke
rumahnya.
Sekadar gambar hiasan

“Jadi sebaik sahaja menyedari kehadiran kami, dia berlari keluar menggunakan pintu belakang tetapi berjaya ditahan 100 meter dari rumahnya,” katanya.

Menurutnya, walaupun lelaki terbabit mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah, namun tindakan tetap diambil terhadapnya berikutan aduan penduduk yang terganggu dengan kelakuan kurang sopannya.

Abdul Kadir berkata, serbuan itu susulan laporan Sinar Harian berhubung keluhan penduduk yang rimas dengan sikap warga asing selalu membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam.

“Difahamkan, lelaki terbabit bekerja di sebuah kilang berhampiran tetapi kita masih menyiasat sama ada dia masih bekerja di situ atau sebaliknya.

“Kami menahannya atas kesalahan mengganggu keselesaan orang awam yang bertentangan dengan syarat kerja di bawah undang-undang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu katanya, serbuan turut dilakukan di dua lagi lokasi berasingan iaitu Jalan Quek Kai Dong dan Taman Pinggiran Senawang yang berjaya menahan 24 warga asing atas pelbagai kesalahan.

Abdul Kadir berkata, semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun, melibatkan warganegara India, Myanmar dan Bangladesh.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal lebih masa.

“Mereka dibawa ke Depot Tahanan Lenggeng untuk tindakan lanjut,” katanya.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites