Movie Download

Anda boleh mendownload pelbagai movie diblog kami sila klik button download diatas.

Download Mp3 dan Lirik

Anda boleh mendownload mp3 dan lirik disini klik button download diatas.

Get free Download Sotfware

Anda boleh mendapat software diblog kami sila klik button download.

Games

Anda juga boleh mencari games online atau pc disini klik button download.

T-shirt Design

Anda juga boleh menempah design t-shirt sila klik button printing

Bunting dan Banner

Anda juga boleh menempah bunting dan banner disini sila klik button printing.

Novel Bersiri

Anda juga boleh menbaca novel bersiri disini mengikut esp cerita sila klik button novel

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

23 June 2013

Padah ingin kongsi cerita



Kuala Lumpur: Mulanya sekadar mahu berkongsi cerita, pengalaman dan perjalanan kehidupan harian dengan kawan rapat dan ‘pengikut’ setia laman sosial. Bagaimanapun, apabila mereka secara sengaja atau tidak memuat naik aksi terlampau dan sama ada klip video atau gambar seksi, ia dengan cepat tersebar meluas di alam maya.

Itulah padah diterima beberapa artis dan selebriti tempatan yang terpalit dengan kontroversi selepas mempromosikan diri di beberapa laman sosial terutama Facebook, Twitter dan terbaru, Keek.

Tindakan itu ternyata mengaibkan diri sendiri apabila gambar dan video mereka yang terlalu peribadi dan tidak sesuai ditonton secara terbuka dimuat naik pula ke laman sosial lain, blog dan media massa.

Antara artis yang terbabit dengan kontroversi ini ialah Sharifah Sakinah, Nabila Huda dan Zarina Anjoulie.


Sakinah dihentam kerana klip videonya yang dimuat naik ke laman sosial Keek seakan mengejek dan mempermainkan individu lain. Nabila Huda pula terpalit dengan video separuh bogelnya dimuat naik ke laman sosial sama manakala Zarina Anjoulie kerana pelbagai gambar seksi dan tidak senonoh miliknya sering dipaparkan di Facebook.

04 January 2013

Farra juara Idola Kecil 5

FARRA (tengah) diapit Darling (kiri) dan Zul.

VOKALNYA yang matang dan mantap serta persembahan penuh memukau membuatkan Farranisha Shazwany Mohd. Faizul atau nama glamornya Farra berjaya mencuri hati juri lantas memilihnya sebagai juara Idola Kecil 5 (IK5).

Kemenangan Farra itu sekali gus mengetepikan empat finalis lain iaitu Wan Adlyn Massyah Mohammad Shah atau Darling yang muncul sebagai naib juara, manakala Muhammad Zelfeka Nasrun atau Zul di tempat ketiga.

Selain mereka, Muhammad Benladin Munshi atau Ben dan Nur Adlina Batrisya Zuraimi atau Tisyia turut memberikan saingan sengit pada konsert akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam, Sabtu lepas.

Bakat yang dimiliki oleh Farra yang baru berusia 12 tahun itu sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila dia berjaya menyampaikan lagu Listen yang dipopularkan oleh Beyonce secara acapella pada pusingan pertama dengan lontaran vokal yang memukau.

Kehebatan persembahan Farra diakui oleh Edry Abdul Halim yang bertindak sebagai juri jemputan di samping Erra Fazira, yang menganggap nyanyian secara acapella daripada Farra itu merupakan suatu percubaan yang berani, dan ternyata 'eksperimen' yang dilakukan oleh gadis yang berasal dari Labuan itu berjaya.

"Saya memang berminat untuk menceburi bidang nyanyian semenjak berumur lima tahun dan berharap agar kemenangan ini dapat menjadi platform untuk saya meneruskan minat saya ini.

"Saya juga berharap agar saya dapat seimbangkan antara akademik dan nyanyian dengan cara memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika di dalam kelas dan terlibat dengan aktiviti seni mengikut kelapangan saya," ujarnya yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah baru-baru ini.

Sementara itu, saingan yang diberikan oleh empat lagi peserta turut tidak boleh dipandang ringan kerana masing-masing mempamerkan persembahan yang hebat sehingga para juri mengalami kesukaran untuk memilih pemenang.

Perkara ini diakui oleh Alyah yang bertindak sebagai juri tetap semenjak minggu pertama, dengan mengatakan bahawa setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing dalam setiap persembahan mereka.

"Selain Farra, Darling turut mempunyai vokal yang matang yang menjadi pesaing terdekat kepada Farra, selain Zul yang bijak menguasai pentas sehingga membuatkan persembahannya tampak seperti penyanyi profesional.

"Ben pula mempunyai aura tersendiri kerana dia mampu menari dengan baik, manakala Tisyia pula sering mempamerkan persembahan yang konsisten pada setiap minggu," ujar penyanyi lagu Kau Yang Terindah ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sharina Nordin, program IK5 berjaya mencapai sasarannya apabila kesemua peserta menunjukkan prestasi yang meningkat dari minggu ke minggu.

"Disebabkan perkara ini, jumlah penonton mingguan IK5 telah mencecah sehingga lebih daripada satu juta orang, dan ini merupakan satu perkara positif buat program ini.

"Reaksi yang positif daripada penonton ini menjadikan kami berasa teruja untuk meneruskan lagi program ini untuk musim yang akan datang," ujarnya kepada pihak media pada sesi sidang akhbar selepas final IK5.

Selain persembahan daripada peserta, konsert akhir yang dihoskan oleh Alif Satar itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Najwa Latif yang berduet dengan bintang-bintang Idola Kecil musim terdahulu iaitu Harris dan Hairul, Karmal dan DJ Fuzz, gabungan Fida, Jeff A to Z dan Stella, serta penampilan istimewa daripada Aliff Aziz.

Juara membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi, manakala naib juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi, sementara tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5,000 serta trofi.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2GwP5KYXO

Aizat ganti Yuna di AJL 27

AIZAT mengakui dia memikul tanggungjawab yang berat untuk menyanyikan lagu hit Yuna, Terukir Di Bintang pada AJL 27 yang bakal berlangsung pada 6 Januari ini.


TANDA tanya siapa yang akan menggantikan tempat penyanyi lagu Terukir Di Bintang, Yuna yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) terjawab apabila penyanyi itu memilih Aizat untuk menyanyikan lagu tersebut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2GwKjHj60

Bukan sebab RM500,000

BERSAING hebat. Kumpulan Jambu dan Saywho menunjukkan daya saing untuk melangkah ke final Maharaja Lawak Mega 2012.

PROGRAM Maharaja Lawak Mega 2012 yang masih berbaki tiga minggu lagi sebelum aksi pentas final di Johor Bahru, Johor nanti menyaksikan peserta tempatan, Jambu terus mendapat perhatian peminatnya setiap minggu.
Mana tidaknya, lawak Jambu setiap minggu sentiasa menarik perhatian sehingga membuat penonton tidak kering gusi sehingga tahap mengalirkan air mata dengan keletah dua ahli kumpulannya iaitu Taukeh dan Yus.
Zamatul Amri Zakaria (Taukeh) dan Yussy Edoo (Yus) yang masing-masing berumur 37 tahun itu sering tampil dengan pakaian merah jambu ketika beraksi kini merupakan saingan terdekat kumpulan Jozan yang dianggotai oleh pelawak terkenal Zizan Razak dan Johan yang sentiasa berada di kedudukan pertama.
Jambu mula dikenali ketika menyertai pertandingan Maharaja Lawak pada tahun 2010 telah berjaya mendapat tempat di hati peminat dalam program Maharaja Lawak Mega 2012 apabila sentiasa membawa lawak lucu dan kelainan setiap minggu.
Tidak kurang hebatnya juga kumpulan pelawak dari Indonesia, Saywho yang tampil buat kali kedua selepas program yang sama tahun lepas dengan mendapat tempat ketiga.
Saywho yang dianggotai oleh Eko Sugiyanto (Eko), 27, Muhammad Abdi Zein Bancin (Bocil), 29 dan Refika Novianti Faturohman (Vicha), 24, turut kini memberi saingan kepada kumpulan tempatan untuk merebut tempat pertama dengan hadiah bernilai RM500,000.
Setiap minggu, Saywho cukup pandai mengambil hati pengundi dalam kalangan penduduk di negara ini apabila sering mengetengahkan watak-watak yang dekat dengan hati penonton walaupun mereka dari Indonesia.
Membuat mimik watak seumpama Datuk K. Rajagopal, Wan Zack Haikal dan beberapa individu terkenal yang lain termasuk pandai meniru dialek penduduk negara ini terutama Kelantan merupakan senjata Saywho yang telah berjaya memancing undi penonton dan juri.
Kedua-dua kumpulan itu sedang bekerja keras untuk menampilkan lawak yang bernas dan mencuit hati apabila pertandingan program ini sudah berbaki tiga minggu lagi.
Tolak semua kerja
Disebabkan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada Maharaja Lawak Mega 2012, kumpulan Jambu terpaksa menolak sebarang tawaran kerja untuk berlakon filem, drama mahupun telemovie.
Mereka terpaksa berbuat demikian disebabkan ingin mengambil pengajaran terhadap kekalahan pertandingan Maharaja Lawak 2010 disebabkan kering idea pada beberapa minggu terakhir.
Kata Yus, Jambu memang mengambil pengajaran terhadap perkara itu dan mereka telah menolak semua tawaran sebarang penggambaran dalam tempoh dua bulan ini kecuali jemputan persembahan.
"Sepanjang pertandingan ini kami memang tolak sebarang tawaran, jemputan persembahan sahaja kami terima sebab ia hanya ambil masa sejam dua jam saja," ujarnya ketika selepas Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ketujuh di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
"Dulu disebabkan sibuk, saya dan Taukeh jarang bertemu untuk mengatur persembahan kami setiap minggu, jadi idea lawak yang dibuat datang ketika latihan sebelum pertandingan sahaja," jelasnya yang berasal dari Perlis.
Bekas juara Raja Lawak musim pertama ini juga berharap perkara tersebut (kering idea) tidak berulang lagi pada pertandingan kali ini kerana dia dan Taukeh lebih mempunyai banyak masa untuk mencari idea dan berlatih.
"Idea selalu datang ketika berborak dengan Taukeh, kami tiada masalah untuk mengolah idea itu untuk menjadi satu lawak yang baik setiap minggu," katanya yang telah mengenali Taukeh sejak 12 tahun dahulu.
Serasi dengan Yus
Taukeh pula mengharapkan kegagalan memberi persembahan konsisten pada pertandingan Maharaja Lawak 2010 tidak lagi berulang.
Pada pertandingan itu, Jambu telah mempamerkan persembahan yang membanggakan pada minggu terawal tetapi pada minggu-minggu terakhir mereka seolah-olah kering idea.
"Kali ini kami memang betul-betul nak tumpu kepada pertandingan, dulu masa agak suntuk, jadi kali ini harap tiada masalah kering idea lagi, kami betul-betul nak fokus.
"Kami akan gunakan segala pengalaman dan kemahiran untuk membuatkan semua penonton terhibur, ini bukan soal hadiah kemenangan RM500,000 tetapi kami akan bangga apabila ada orang terhibur dan tergelak sakan bukan hanya senyum sahaja," jelasnya.
Menganggap Yus sebagai seorang yang berkarakter, Taukeh bersyukur kerana rakannya itu adalah seorang yang seusia dengannya kerana beranggapan mereka akan memahami antara satu sama lain.
"Sebab kami sama usia, jadi kami boleh bertepuk tampar secara automatik kami boleh tahu apa yang tidak boleh kami buat apa yang boleh kami buat lawak satu sama lain," ujarnya.
Tambah Taukeh, persahabatan dirinya dengan Yus bukan sahaja di atas pentas sebaliknya terus berlanjutan sebaliknya sehingga ke hari ini.
Mengenai hadiah kemenangan yang begitu besar pula, Jambu sepakat untuk tidak meletak nilai itu sebagai batu lonjatan untuk mereka berjaya.
"Masuk pertandingan ini bukan sebab hadiah tetapi ingin memberi penghargaan kepada peminat tempatan yang sentiasa menyokong kami," ujarnya.
Katanya lagi, Jambu tidak mengejar hadiah kerana jika mereka menang disebabkan niat berkenaan akan menyebabkan Tuhan akan meredai kemenangan mereka.
"Jambu naik pentas nak pastikan orang tergelak, kalau gelak orang kurang mesti ada yang tidak kena, nak pastikan orang ketawa bukan sekadar senyum itu misi kami, kalau penonton nilai kami disebabkan bakat kami, insya-Allah kami akan selalu dalam industri bukan disebabkan hadiah," jelasnya.
Rahsia Saywho
Selain Jambu, Saywho turut dekat dengan hati rakyat Malaysia, khususnya peminat Maharaja Lawak Mega 2012.
Bakat tiga anak muda iaitu Eko, Bocil, dan Vicha sudah diketahui apabila menyertai pertandingan program ini tahun lalu dan kembali lagi kali ini dengan lawak yang lebih segar.
Mencungkil rahsia mereka, Vicha mendedahkan, sepanjang pertandingan berlangsung mereka berada di negara ini dengan menyewa sebuah pangsapuri di Damansara, Kuala Lumpur.
"Kami semua baca surat khabar dan program TV di Malaysia, kami juga berjalan-jalan di pusat beli-belah untuk melihat gelagat penduduk di sini, itu membuat kami sering buat lawak yang dekat dengan penonton Malaysia," ujarnya.
Ujar Vicha lagi, ketika demam bola sepak baru-baru ini juga, mereka bertiga turut menonton pertandingan itu di stadium bersama peminat bola sepak tempatan yang lain bagi mencari idea lawak yang terkini dan mengikut keadaan semasa.
"Sekarang juga kami sudah banyak bertutur dalam dialek Malaysia bagi memudahkan penonton memahami apa yang kami cakap," ujarnya yang menerima kritikan juri pada tahun lalu yang tidak memahami lawak kumpulan mereka dengan hati terbuka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2GwHeenXE 

21 October 2012

Top Most Beautiful Women in Asia


Jom Kenali artis-artis tercantik diasia,jom tonton video ni..klik sini video terbaik Top Most Beautiful


NEGARA :
  1. INDONESIA - SANDRA DEWI
  2. JAPAN - KEIKA KITAGAWA
  3. MALAYSIA - SITI NURHALIZA
  4. PHILIPPINES - RHIAN RAMOS
  5. SOUTH KOREA - SONG HYE KYO
  6. TAIWAN - RAINIE YANG


http://laszlofarkas.mastercomputertools.com

04 October 2012

Mencipta momen seram dalam Paku

Gambar Hiasan

KETIKA Harian Metro tiba di lokasi penggambaran filem Paku di Taman Cemerlang, Hulu Klang, baru-baru ini, kru dan pelakon sedang rancak merakamkan babak di pejabat yang membabitkan Johan As’ari, Diana Johor, Azad Jazmin, Datuk Aziz Singah, Pekin Ibrahim dan Diddy Hirdy.

Johan As' ari
Diana Johor

Azad Jazmin
Pekin Ibrahim



Datuk Aziz Singah


Menariknya mengenai filem ini, walaupun untuk watak kecil, pihak produksi tetap mengambil artis popular untuk membawakannya kerana bagi produser dan juga pengarah Nusantara Seni Karya (NSK) sekecil mana pun watak itu, ia tetap akan memberi impak yang besar kepada penonton. Oleh itu, bagi menghasilkan filem yang bermutu, mereka tidak mahu berkompromi mengenai pemilihan pelakon.
Misalnya, Diddy hanya muncul seketika saja, tetapi wataknya tetap dianggap penting.


Julung kali NSK menerbitkan filem mereka serius dalam berkarya. Filem pertama bukanlah sebagai percubaan, tetapi sebagai penanda aras untuk menerbitkan filem berkualiti dan filem ini banyak menggunakan kesan imej janaan berkomputer (CGI) untuk lebih meyakinkan penonton.


Filem arahan P Ramesh bersandarkan kepada skrip yang dikarang oleh penulis skrip dari Indonesia, Alexander yang berpengalaman luas dalam menulis skrip cerita seram di negaranya. Untuk menyesuaikan skrip itu mengikut acuan dan budaya negara ini, skrip itu diolah semula oleh Shahriza Mahmud.
Menurut Ramesh, cerita yang dicorakkan ideanya oleh Alexandar ini sangat menarik dan ia skrip terbaik yang pernah dihayatinya setakat ini.

“Alexandar memang pakar dalam penulisan skrip dengan garapan yang kemas dan lengkap memudahkan saya mengarahkan filem ini. Apa yang saya perlu buat ialah terjemahkan dalam bentuk visual dan setiap watak menzahirkan emosi yang terkandung dalam jiwa masing-masing.

“Dalam cerita ini banyak plot yang menarik. Walaupun ia adalah cerita seram, tetapi masih ada nilai kekeluargaan dan cinta agung suami dan isteri. Kita sedia tahu cerita Indonesia macam mana, oleh itu yang mana ada elemen asing dan sensitif terpaksa dibuang.

“Namun ada adegan tertentu terpaksa juga diadakan untuk menghidupkan jalan cerita iaitu membabitkan babak di ranjang lakonan Johan dan pelakon baru, Aishah Alias serta Azad dan Diana. Untuk mengelakkan kontroversi dan menjaga sensitiviti masyarakat, saya tidaklah menggambarkannya secara nyata, tetapi lebih kepada mainan perlambangan saja. Masyarakat sendiri boleh faham apa yang tersirat atau tersurat.

“Sebelum sampai ke Lembaga Penapisan Filem (LPF), kami mahu menapisnya sendiri dan saya berharap ia tidak menimbulkan masalah. Unsur seram dalam filem ini pun, saya tidak memaparkannya secara keterlaluan, tetapi saya beri sedikit saja. Seram bukan bererti makhluk aneh itu akan muncul setiap masa, tapi pada ketika tertentu saja,” katanya.

Tambah Ramesh, perjalanan penggambaran filem ini berjalan lancar dan dijangka siap sebagaimana dirancang iaitu 18 hari. Mereka bekerja keras siang malam bagi mengejar jadual.

“Penggambaran bermula tengah hari dan habis jam lima atau enam pagi kerana Paku banyak membabitkan penggambaran pada sebelah malam. Tiada masalah
dengan pelakon kerana semuanya memberikan komitmen yang sangat baik. Saya
mengambil Aishah berlakon kerana selain ada rupa dia ada semangat tinggi untuk belajar.

“Watak Aishah dalam filem ini sangat mencabar kerana terpaksa memainkan peranan isteri yang sudah mati, tetapi ‘dihidupkan’ semula dengan bantuan bomoh kerana suaminya terlalu mengasihinya.

“Aishah membuat adegan lasak sendiri dan dia menunjukkan kesungguhan dalam setiap lakonannya. Lakonan Johan pula tidak perlu dipertikaikan. Wataknya kali ini sangat berlainan dan sarat dengan emosi. Dia betul-betul memberi apa yang saya mahukan. Saya yakin Paku dapat memuaskan hati penonton kerana semua elemen seram ada di dalamnya. Ia dijangka memasuki pawagam tahun depan,” katanya.

Ramesh, anak jati bumi bertuah menimba pengalaman luas mengarah filem seram di India. Selama 15 tahun menjadi pengarah di sana, dia sudah mengarahkan 12 filem dan satu drama.

“Saya akan menggunakan pengalaman di India untuk mengarahkan filem di Malaysia. Pun begitu, saya tidak berminat mengarah drama kerana saya sudah biasa menerbitkan filem yang berskala besar,” katanya.


INFO:

Syarikat produksi - Nusantara Seni Karya (NSK)
Produser - Shanker
Eksekutif Produser - Devraj Nair
Pengarah - P Ramessh
Penolong pengarah 1 - Othman Basri (Man Kobena)
Penolong pengarah 2 - Kamarul Azman Bin Ramli (Boy Kavalera) dan Muralee Tharan
Pengurus penerbitan - Arie Zaharie
Ko ordinator - Mat Jaafar bin Ahmad (Park)
Penolong produksi - Nor Sofiatul Akmar Saufi (Along Nima)
Penolong produksi - Mohd Azlan Mohd Nor (Azlan Zaharie)
Penolong produksi - Salisa Salim (Lisa Kobena)
Penolong produksi - Mohammad Afzanizam b Ayoup
Pengarah seni - Zaidi Mohd Noor (Zaidi Rock)
Penolong pengarah seni 1 - Helmi Lim b Sani Lim (Apek)
Penolong pengarah seni 2 - Wan Ismaile Anis b Wan Mahmud
Penolong pengarah seni 3 - Zai bin Hamzah
Konti - Mohamad hidir bin Sani
Clapper board - Radzmi bin Riko (Rico)
Make up artis - Suzana Ismail
Pembantu make up - Nurazreen
Effect - Kit Hew Yoon Yin
Pembantu effect - Abdul Mutalib b Md Noor (Wanda)
Wardrobe - Desmond Wong Kit Mun
Pembantu wardrobe 1 - Mohd Ibmi Ifral bin Jayadi (sha)
Pembantu wardrobe 2 - Mohd Zarul bin Aiman (Zarul)

Videographer dan photographer - Hakmal Rabah Mustapha Kamal, Mohd Hafizi Mohd Kodari, Hadzmir Haron

Audio Department - Nurfitri Abd Rahman, Abu Hanifah Reduan@Redzuan, Nur Soffian Mohamad

Stuntmen dan rigging - Kee Jiak Liang (Ronnie), Lee Boon Chuon, Kong Pau Soon, Chin Kok Chiu, Muhammad Aiman Abdullah

Penolong pengarah photographi 1 - Din Sabah
Penolong pengarah photographi 2 - Nor Hasbullah Rashhid b Mohammad
Penolong pengarah photographi 3 - Indra Hisham b Azman
Grip - Noor Rahim Abdul Hamid
Best boy - Zainal Md Nayan (Uncle)
Gaffer - Hazami Aliyas (Mie Conggo)
Best boy lighting - Ruddy Armizal b Othman (Cik Boy)
Spark - Hazizi Yais Razal (Bung Gigas)
Loader - Sheikh Fadzly Sheikh Ahmad
Penulis skrip - Shahriza Mahmud
Runner 1 - Ahmad Rahizal Rahim
Runner 2 - Md Johan Dihani Mohd Zaidi (John)
Handy 1 - Mohd Aizol Mahammad (Joe Merong)
Handy 2- Mohd Aliff Mahammad

Pelakon - Aishah Alias, Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Azad Jasmin, Diddy Hardi, Zaidi Omar, Wan Hanafisu, Kamal Adli, Jenny Cortez, Datuk Aziz Singah, Sidek Hussin, Maisara Shahira, Eliza Shadan, Baharuddin Hj Omar & Yus Raja Lawak

Tayangan: 2013


Hantu Kapcai 3 juta dalam masa 3 hari ditayangkan



Remy Ishak
MEMANG seram sejuk melihat kaunter tiket panggung tempatan akhir-akhir ini. Ramai produser mengeluh filem Malaysia mula memasuki zaman gerhana kerana kutipan mula merudum termasuk pada musim raya. Apakah peminat sudah mulai jemu menonton filem Melayu?

Nanti dulu. Mungkin tanggapan itu perlu dikaji semula. Hakikat ini kerana filem Melayu tidak terus merudum kerana tiba-tiba saja Hantu Kapcai muncul menjadi penawar kepada rasa cuak di hati karyawan filem.


REMY...memegang watak sebagai Tiger.

REMY...mencuba kelainan dengan peranan antagonis.

HAIRUL...diberi peluang pegang watak penting dalam Hantu Kapcai.

HAIRUL...mampu memegang watak pelumba dengan baik..

FIZZ FAIRUZ dan ZIZAN RAZAK membuatkan filem Hantu Kapcai bertambah lucu dan  menarik
 Filem komedi seram yang mempertaruhkan Zizan Razak, Fizz Fairuz dan Remy Ishak sebagai pelaris ini terus mendapat sambutan memberangsangkan apabila berjaya membolosi kutipan hampir RM3 juta selepas tiga hari tayangannya.

Angka itu terus meningkat dan terkini, pihak produksi memaklumkan bahawa kutipan filem sulung arahan Ghaz Abu Bakar ini sudah pun mencatatkan kutipan lebih banyak dan lebih menggembirakan apabila karya ini berjaya masuk ke minggu tayangan kedua.


Minggu ini makin ramai peminat berbaris di panggung wayang untuk berhibur dengan filem ini yang turut menampilkan Neelofa selain bakat baru Hairul Azreen yang dulunya bekas pelakon lagak ngeri.


Biarpun terpaksa bersaing dengan filem Hollywood seperti Looper, Hantu Kapcai masih berjaya menewaskannya apabila tersenarai di tangga pertama carta box-office filem yang ditayangkan dalam masa seminggu.

Apa yang pasti, Hantu Kapcai berupa sebuah filem yang mudah diterima dan mampu mengukir senyuman sebaik melangkah keluar dari dewan tayangan. Mungkin cerita sebeginilah yang cukup diinginkan penonton kita.

Nyata Hantu Kapcai juga ibarat penawar yang mengubati luka KRU Studios selepas kegagalan filem 29 Februari pada bulan lalu.

Mengutip kurang daripada RM500,000 di pawagam sedangkan kos pembikinannya jauh lebih mahal, teraju utamanya, Remy Ishak bagaimanapun tidak kecewa.

“Saya masih anggap 29 Februari sebagai filem yang hebat kerana ia sangat unik dari sudut pembikinan dan penceritaan. Memang ia gagal dari segi kutipan tiket dan kurang menerima sambutan, namun kita tidak sepatutnya mengatakan filem itu tidak berkualiti. Sebagai pelakon saya melihat 29 Februari mempunyai mesej yang tinggi.

“Cuma aspek perniagaan jangka pendek ia dianggap gagal namun saya tidak sesekali kecewa sebaliknya tetap berbangga dan bersyukur kerana berpeluang melakonkan watak utama dalam filem itu. 29 Februari adalah filem yang mencatat sejarah tersendiri dalam industri perfileman tempatan,” katanya.

Dalam Hantu Kapcai, Remy melakonkan watak antagonis iaitu sebagai Tiger. Dia bersyukur kerana doanya kali ini dimakbulkan apabila Hantu Kapcai berjaya mendapat kutipan pecah panggung yakni diterima dengan baik.

“Seperti mana pelakon, produser dan pengarah lain, mulanya saya memang risau melihat sambutan ke atas filem tempatan dan import pada ketika ini.
Bagaimanapun, selepas saya dikhabarkan bahawa Hantu Kapcai sudah melepasi kutipan RM1 juta dan seterusnya panggung semakin sesak, saya pun sangat bersyukur dan sangat gembira.

“Sebagai pelakon, saya sudah memberikan yang terbaik namun segala-galanya terpulang kepada penerimaan penonton. Sudah pasti kalau ada yang mengkritik apatah lagi ia tidak mendapat sambutan, saya juga akan berkongsi rasa sedih.
Namun untuk Hantu Kapcai yang mana percubaan pertama saya melakonkan watak jahat, saya bertuah kerana ia disukai penonton,” ujarnya lagi.

Bagi bintang baru yang kacak, Hairul Azreen, dia terharu kerana langkah pertama dalam filem turut ditonton ramai penggemar filem Melayu. Kesannya dia juga mendapat tempias apabila lakonannya dapat dinilai penonton.

“Peluang berlakon filem ini memang seronok namun seperti mana juga Remy, saya bimbang dan takut kalau-kalau penonton masih kurang datang ke pawagam.
Bagaimanapun apabila diberitahu kutipan dan sambutan hangat diberikan, saya terus bersyukur kerana Hantu Kapcai menyuntik nafas baru kepada industri perfileman Malaysia.

“Inilah percubaan pertama saya di layar perak dengan watak penting dan sudah pasti Hantu Kapcai saya sifatkan sebagai permulaan yang sangat memberangsangkan buat kerjaya lakonan saya. Kalau ikutkan sudah lebih tiga tahun saya menceburi bidang ini. Rezeki dan kepercayaan yang diberikan oleh Showbiz Productions untuk saya membintangi filem ini sangat-sangat saya hargai.

“Mungkin inilah jawapan pada persoalan apa lagi yang diinginkan penonton kita.
Sebuah karya ringan, komedi dengan suntikan seram yang dilakonkan pemain karektor terkenal seperti Zizan, Remy dan Fizz,” katanya.

Hantu Kapcai yang mengisahkan perjalanan seorang Mat Rempit, Ajib (Zizan Razak) yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang. Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger lakonan Remy Ishak.
Namun dalam persaingan itu nyawanya terkorban.

Lalu Roh Ajib yang tidak tenteram mula berlegar dan secara kebetulan ia mampu dilihat seorang pemuda Ibrahim lakonan cemerlang Fizz Fairuz. Walaupun sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya, Ibrahim perlu mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib mengenai roh yang dilihatnya itu.

Ibrahim juga bertanggungjawab untuk memberikan semangat kepada adik Ajib iaitu Akim untuk menuntut bela atas kematian abangnya sekali gus menebus semula hutang Ajib.

Tambah Hairul yang mula dikenali sebagai pelakon ‘stunts’ dalam siri Bionik sebelum diberikan peranan dalam Ponti Anak Remaja dan Indera Joned, kali ini fokusnya lebih banyak kerana Hantu Kapcai adalah pertaruhan sulung di pawagam.

“Inilah peluang terbaik yang diberikan Ghaz kepada saya. Syukur juga Zizan, Fizz dan Remy sendiri banyak membantu dan tidak henti-henti memberikan tunjuk ajar. Maklumlah saya masih terlalu baru untuk beraksi di depan kamera filem dan mereka semua selalu pastikan saya tidak tersasar jauh baik dalam aspek lakonan.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih dengan peluang ini dan insya-Allah saya akan lebih berusaha lagi untuk percaturan akan datang,”
katanya yang akan muncul dalam filem Gila-Gila Remaja II dan Pak Pong tidak lama lagi.


Bieber 'cemburu buta'

BINTANG remaja, Justin Bieber dilaporkan berang melihat kekasihnya, Selena Gomez bersama pelakon Spring Breakes, James Franco.

Menurut laporan Showbizspy, perkara itu berlaku setelah Bieber melihat gambar mesra mereka berdua.

"Bieber melarang kekasihnya itu meneruskan hubungan dengan aktor itu meskipun sekadar teman rapat.



Justin Biber

"Walaupun Gomez menjelaskan hubungan itu hanya sekadar teman, namun Bieber terus menyalahkan Fanco kerana mendekati kekasihnya itu," kata sumber.

Bagaimanapun, Gomez telah memberi amaran akan meninggalkan Bieber sekiranya tidak bersikap matang.

Julia Perez berlagak bagus?



SABAN minggu, ada sahaja cerita kontroversi membabitkan artis sensasi Indonesia, Julia Perez.

Terbaru, khabarkan pemilik nama sebenar Yuli Rachmawati ini enggan lagi terlibat dalam filem seram sebaliknya mengimpikan naskhah yang baik dan sekali gus membuatkan dia terkenal seperti artis Hollywood.

"Saya kini sedang terlibat dalam penggambaran filem Tanah Air arahan Hanung Bramantyo. Saya berharap filem ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Julia Perez

"Saya juga tidak mahu lagi dikenali sebagai pelakon filem seram. Sebaliknya ingin menjadi pelakon yang lebih baik, seperti artis Hollywood," katanya.

Julia atau lebih mesra disapa Jupe berkata, dia juga mahu membuktikan kepada pihak-pihak yang sering melihat bakatnya dengan sebelah mata.

"Saya mahu mencontohi Angelina Jolie, dia cantik, seksi dan sering menampilkan lakonan yang mantap," ujarnya.

Aliff sakit kerana Anne?





SEJAK seminggu lalu, hubungan cinta membabitkan aktres, Anne Ngasri dan Aliff Aziz menjadi perhatian selepas Anne mendedahkan hubungan yang terjalin sejak awal tahun ini sudah berakhir.

Namun, Anne enggan mendedahkan puncanya dan menyebabkan ramai pihak beralih dan berharap untuk mendapat kenyataan daripada penyanyi yang kini popular dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku itu.

Malah, jejaka berusia 21 tahun itu juga mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan pihak pengurusannya, Sony Music Entertainment Malaysia telah mengeluarkan larangan kepada Aliff memberi kenyataan di media berkaitan isu berkenaan.

Bagaimanapun, Ahad lalu, Aliff terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum sempat membuat persembahan sempena PJ Half Marathon 2012.

Justeru, ramai pihak membuat spekulasi, bahawa Aliff jatuh sakit disebabkan terlalu kecewa selepas putus cinta minggu lalu.

Tidak mahu ramai pihak berteka-teki, Sony Music mengeluarkan satu kenyataan yang menegaskan hal kesihatan Aliff tidak ada kena-mengena dengan isu hubungan cintanya yang dikatakan sudah putus bersama Anne."Sidang media akan diadakan selepas Aliff kembali pulih untuk menjawab semua spekulasi yang melanda dirinya kini," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, Aliff telah disahkan mendapat serangan palpilasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) dan dinasihatkan doktor untuk berehat selama sebulan.

Bagi memastikan kesihatannya pulih sepenuhnya, Aliff telah di bawa pulang ke Singapura oleh keluarganya bagi mendapatkan rawatan susulan.

Pihak Sony Music juga berharap agar semua pihak mendoakan kesihatan penyanyi itu agar pulih seperti sedia kala.

Doa Rossa depan Kaabah

BERDOA soal jodoh, kehidupan dan keluarga. Begitulah rencana penyanyi terkenal Indonesia, Rossa yang akan menunaikan ibadah haji bermula 12 Oktober hingga 1 November kelak.Pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta ini akan berangkat ke sana bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga.Menurut Rossa, dia sudah membuat segala persiapan bagi memastikan dapat menunaikan rukun Islam kelima itu dengan baik dan sempurna."Apa yang penting, saya mahu mendekatkan diri dengan Allah SWT. Mahu berdoa agar kehidupan saya lebih baik zahir, batin, dunia dan akhirat."Insya-Allah saya juga akan minta dipertemukan jodoh yang baik dari Allah SWT. Bohonglah andai dikatakan saya tidak berdoa soal jodoh. Saya harap semua doa saya akan dimakbulkan," ujarnya.

Sementara itu, Rossa menegaskan tidak pernah merancang untuk rujuk kembali dengan bekas suaminya, Yoyo, biarpun hubungan mereka semakin baik.

"Seperti orang lain, walaupun sudah berbaik dan rapat, tidak semestinya kami harus menjadi suami isteri," katanya yang berharap agar cerita-cerita sebegini dihentikan bagi mengelakkan salah faham.


Sumber



24 September 2012

Zizan Dituduh tidak komited

Zizan bersama krew yang terlibat dalam menjayakan program Travelog ini.

Sebagai artis yang giat mencipta nama, pelawak dan pengacara popular, Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan Razak, tidak pernah terlepas daripada kontroversi dan gosip yang boleh menjatuhkan kariernya.

Pernah dituduh tidak komited terhadap promosi filem lakonannya, Zizan, kini membuat keputusan untuk menerima tawaran tertentu sahaja dalam satu masa.

"Tuduhan kononnya saya gagal memberikan kerjasama untuk promosi filem adalah disebabkan saya mengambil tawaran banyak dalam satu masa.

"Jadi, saya tak sempat nak hadiri kesemuanya. Sebab itulah saya akan menolak tawaran lain sekiranya tawaran sedia ada masih belum selesai.

"Saya tidak selektif dalam memilih tawaran. Tapi, saya tidak mahu perkara ini dibangkitkan semula. Lagipun, ia juga bersangkut-paut dengan masalah kesihatan yang terjadi kepada saya sebelum ini," ujarnya yang kini sibuk mempromosikan filem Hantu Kapchai serta membuat persediaan untuk pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012.

Kongsi pengalaman di Jepun

Tidak mahu terlalu memikirkan kontroversi yang menimpanya, juara Raja Lawak musim pertama ini di Astro, ini semakin bijak mengatur karier seninya.

Selain membintangi beberapa filem, kariernya dalam dunia pengacaraan juga bertambah baik. Terbaru programnya, Jejak Jepun Bersama Zizan yang ditayangkan menerusi Astro Prima setiap Rabu, jam 9 malam, bermula 12 September lalu, mendapat reaksi positif dari peminatnya.

"Sejak kecil, saya ingin menjejakkan kaki ke Jepun. Saya suka apa saja berkaitan negara itu.

"Alhamdulillah, akhirnya impian saya tercapai selepas ditawarkan menjadi pengacara program travelog ini," katanya.

Zizan berkata, pengalaman pertama mengacarakan program travelog itu memberi dimensi baru kepadanya.

"Program enam episod berkonsepkan diari kembara ini memberi peluang kepada saya mengembara ke beberapa destinasi menarik di sekitar Jepun.

“Saya berpeluang mengunjungi Osaka,Tokyo, Kobe, Wakayama, Kyoto, Shirahama dan Yokohama. Antara destinasi menarik yang saya kunjungi termasuk Osaka Aquarium Kaiyukan. Ia adalah akuarium terbesar di dunia.

"Selain itu, saya juga berpeluang melawat istana yang dibina pada abad ke-16, Osaka Castle, menara paling tinggi di Jepun, Floating Garden, Muzium Sumo dan restoran Maid Cafe," katanya.

Rasa malu, hina

Mengakui teruja sepanjang berada di sana, pelantun Bawaku Pergi, ini bagaimanapun meluahkan rasa malu dan terhina setelah melihat gaya hidup masyarakat Jepun yang jauh lebih berdisiplin daripada masyarakat di Malaysia.

"Semasa saya ke taman tema Disneyland, Tokyo, untuk menyaksikan perarakan watak animasi, saya terkejut apabila tamat sahaja perarakan itu, langsung tiada sampah di kawasan itu.

“Bukan itu sahaja, ketika saya menghisap rokok dan membuangnya ke kaki lima, mereka mengambil puntung rokok itu dan membawanya pergi. Saya rasa sangat terhina kerana cara mereka sangat berbeza," katanya.


Bunga dan segala macam karakter


Wajah harimau, tatarias gila-gila dan mimik-mimik yang menggerunkan adalah antara lakaran pelbagai jenis karakter hasil kerja tangan Bunga.


Gadis berusia 23 tahun ini ada cara tersendiri untuk menangani kebosanan yang dihadapi. Window shopping, layari Facebook, tidur sepanjang waktu dan menonton televisyen bukanlah cara si cantik manis, Noor Ezzreen Abdu Razak lakukan sebaliknya dia akan merias wajah sendiri dengan pelbagai jenis karakter antaranya harimau, kucing dan banyak lagi.

Noor Ezzreen Abdu Razak

Melihatkan cara yang dilakukan gadis yang mesra dipanggil Bunga itu sememangnya begitu unik dan pelik sekali. Jarang ada gadis yang mahu lakukan cara sedemikian rupa. Apatah lagi jika tiada kebolehan menata rias wajah, lagilah aktiviti sebegini di tolak jauh-jauh.

Menurut anak jati Hulu Langat, Selangor ini, tiap kali rasa bosan bertandang, dia akan capai alat mekap dan terus conteng pada muka. Dia mengumpamakan wajahnya sebagai sehelai kertas putih yang bebas untuk dilakarkan apa sahaja di atasnya. Segala macam warna ada pada muka Bunga. Ada warna biru, merah, hijau, kuning dan tidak terkecuali warna kegemaran ramai iaitu pink.

Menariknya, lakaran yang dibuat Bunga bukan sekadar contengan biasa sebaliknya ada bentuk yang terhasil. Sekali imbas ada wajah beruang, tupai dan ikan yang cantik dan kiut-miut. Ada juga riasan wajah yang dilakukan Bunga tampak ganas dan amat menakutkan. Kata
Bunga, mekap sebegini senang untuk dilakukan kerana ia menjimatkan dari segi penggunaan warna.

Ekoran sering kali melakukan teknik menata rias wajah, kini Bunga telah menjadikannya sebagai hobi utama pada masa lapang. Setiap kali ada masa, dia akan rias wajah mengikut imaginasinya. Kemudian, hasil riasan wajah tersebut diletakkan di laman sosial Youtube dan Facebook atas permintaan rakan-rakan. Bermula dari situ hasil solekan Bunga kian mendapat tempat di hati masyarakat.

Ramai yang ingin mendapatkan khidmatnya sebagai jurusolek. Ada yang inginkan lakaran wajah bertemakan haiwan kesayangan seperti kucing. Ada juga yang mahukan wajah di mekap dengan rupa menakutkan semata-mata mahu memenuhi kehendak majlis yang dihadiri.
Kebolehan luar biasa itu bagaikan rezeki buat graduan Kolej Masterskill ini. Sesungguhnya Bunga begitu bersyukur sekali.  


Tengok adik, minat terus datang

Cerita Bunga, kemampuannya menata rias wajah dengan pelbagai karakter bukanlah disebabkan dia sering berdampingan dengan alat mekap. Kebolehan tersebut datang dengan sendiri setelah melihatkan adik perempuannya yang sering dipuji cantik kerana pandai berdandan.

"Dari dulu Bunga tidak gemar bersolek. Rimas dibuatnya jika tempek bedak dan pakai gincu. Tetapi ketika menuntut di tingkatan empat, saya pelik sebab wajah adik sering dipuji kerana pandai bersolek.

"Sejak itu, Bunga cuba tiru apa yang telah adik lakukan. Mula-mula pakai eyeliner, blusher dan segala macam mekap lain. Pertama kali rias wajah, ramai cakap rupa saya macam badut dan hantu, tapi bagi saya ok je solekan tersebut.

"Dari situ, saya mula serasikan diri dengan alat-alat solek dan semakin seronok untuk bermekap. Macam-macam yang saya lukis di muka yang akhirnya membuatkan saya berkemampuan melakar apa jua benda," katanya panjang lebar.

Tiap kali ingin bermekap, Bunga beritahu, dia lebih senang melakukannya di rumah kerana ia lebih selesa. Tetapi jika ada pelanggan yang ingin dapatkan khidmat solekan, Bunga lebih selesa mekap di kawasan taman kerana tenang dan luas.

Biasanya, Bunga akan membawa alatan mekap, satu botol mineral dan mangkuk kosong untuk melembapkan span sebelum memulakan solekan. Sepanjang bersolek, ramai pelanggan yang sukakan cara Bunga yang penuh kelembutan. Oleh itu, tidak hairanlah Bunga kini kian dikenali ramai orang disebabkan kebolehan dan keistimewaan yang sukar ditemui pada jurusolek lain.


Keluarga pendorong utama

"Keluargalah yang banyak bagi kata-kata semangat untuk Bunga teruskan minat menconteng muka ini.

"Tidak ketinggalan rakan-rakan yang cukup setia menyokong kebolehan Bunga. Tanpa mereka, mana mungkin Bunga boleh capai tahap seperti sekarang ini," ujarnya.

Kata Bunga, dia hanya belajar sendiri aktiviti menconteng muka. Menyedari diri ada bakat, Bunga merasakan dia perlu mengambil kelas solekan untuk memperkembangkan bakat sedia ada itu. Kelas pertamanya adalah kelas solekan Cikgu Fisol Husin dan Cikgu Suhaib Daud.

Melalui kelas ini, Bunga belajar banyak perkara berkaitan tatarias wajah.

Rujukan di Youtube dan beberapa blog yang menawarkan maklumat sama turut dipelajari dan dipraktikkan oleh Bunga.

Ujar Bunga, idolanya dalam bidang solekan adalah Michelle Phan, seorang mekap artis yang sangat popular di Youtube.

"Hasil solekan dia sangat cantik, moden dan style! Percaya atau tidak, dengan hanya mengupload video di Youtube sahaja, dia kini sudah menjadi duta kepada produk Lancome.          

"Jika ada rezeki, mungkin Bunga juga boleh jadi seperti dia," ujarnya dengan mempelawa pembaca Sinar Harian melayari Facebook https://www.facebook.com/pages/Own-Love-Bunga-Querida/,

20 September 2012

Kereta Lan Pet Pet kene CURI??


Kisah bermula dengan pengurus Lan iaitu Kamal telah meminjankan kereta Lan kepada Wahib,dan Wahib telah menggunakkan kereta Lan untuk membeli roti dan air,apabila kuar dari kedai kereta Lan hilang,jom kita tengok video ni...



04 September 2012

Wawa anak emas MMP

WAWA...kini dipilih menjadi duta produk Lip Ice dan Syahirah.

MON RYANTI...tak kisah melakonkan watak pembantu.

BERNAUNG sebagai residen artis di bawah label produksi terkenal, Metrowealth Movies Production Sdn Bhd (MMP) nyata pilihan tepat buat kebanyakan pendatang baru industri seni. Apatah lagi, produksi milik David Teo ini begitu aktif dalam penghasilan filem dan drama untuk tatapan penonton tempatan.
Malah, sejak beberapa tahun ini filem terbitan MMP dilihat mendominasi tayangan di pawagam. Bahkan, boleh dikatakan setiap bulan ada saja filem terbitannya ditayangkan. Tidak terkecuali, pasti ada ‘muka baru’ turut diketengahkan bakat lakonan mereka kepada penonton.
Justeru, kini nama bintang meningkat naik seperti Wawa Zainal dan Mon Ryanti bukanlah asing lagi di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Biarpun masih baru dan giat menimba pengalaman dalam lakonan, namun tawaran buat mereka membintangi filem nyata tak putus. Ada saja peluang diberikan David.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin kini dilihat umpama ‘anak emas’ buat MMP selepas aktres jelita, Lisa Surihani. Bukan saja berbakat, bahkan wajah jelita Wawa turut membuka ruang kepadanya dipilih menjadi duta produk jenama terkenal. Kini, dua produk dalam genggamannya.

Bersua Wawa pada sesi fotografi dengannya, baru-baru ini, gadis manis berusia 21 tahun itu memaklumkan dia kini menjadi duta produk untuk Lip Ice dan Syahirah. Katanya, tiada apa yang mampu diungkapkan selain bersyukur dengan rezeki diperoleh walaupun pembabitannya dalam industri seni tanah air masih baru.

“Saya mengikat kontrak dengan MMP selama lima tahun. Namun, dalam tempoh dua tahun ini nampaknya saya semakin mendapat peluang untuk menyerlahkan bakat lakonan. Malah, paling tidak saya duga apabila dipilih sebagai duta untuk produk ternama seperti Lip Ice dan Syahirah.

“Kini, saya akui jadual memang agak padat. Selain sibuk dengan penggambaran, saya juga kena turun padang untuk sesi promosi produk. Begitupun, sekarang saya amat gementar menunggu reaksi penonton untuk lakonan dalam filem komedi, Seram Sejuk yang kini berada di pawagam sejak 19 Ogos lalu.

“Saya tak nafikan amat teruja dengan filem ini kerana pertama kali mendapat peluang melakonkan watak utama. Apapun, watak Ros itu memerlukan saya menjadi gadis gedik yang manja. Ia agak sukar, tetapi saya berusaha memberikan lakonan terbaik dan mengikut saja apa yang disuruh pengarah, Azhari Zain.

“Jadi, apa yang merisaukan saya adalah pandangan penonton. Namun, sebagai seorang pelakon yang masih baru, saya sedar banyak yang harus dipelajari untuk menimba pengalaman. Saya harap lakonan akan disukai dan pada masa sama turut bersedia menerima sebarang kritikan penonton,” katanya.

Menyentuh soal persaingan kerana Wawa kelihatan lebih menonjol berbanding pelakon baru di bawah MMP, kata anak jati dari Lahad Datu, Sabah ini, baginya semua orang mempunyai peluang. Katanya, dia juga tidak nampak wujudnya persaingan kerana mereka umpama satu keluarga.

“Kalau ada persaingan pun, ia sesuatu yang sihat. Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum puas dengan tahap lakonan dipersembahkan. Ini kerana, bagi saya setiap watak dilakonkan itu adalah proses pembelajaran. Jadi, rasanya masih banyak kekurangan yang perlu saya perbaiki untuk lebih bagus lagi.

“Kini, saya mengharapkan peluang melakonkan watak berat. Ia pasti lebih menguji sejauh mana mutu lakonan saya. Apapun, saya akan bersabar menunggunya,” kata Wawa yang memiliki lesung pipit. Malah, Wawa juga dikenali menerusi drama seperti Klik, Bunga Dari Syurga dan terbaru, Takdir Qismah di TV3.


Mon ‘setia’ pada watak pembantu

JIKA diukur pada pembabitan Mon Ryanti dan Wawa di pentas lakonan, pastinya aktres kelahiran Johor Bahru ini yang lebih dulu ‘makan garam’ menjadi anak seni. Bagaimanapun, tuah gadis berusia 23 tahun itu nampaknya tidak secerah Wawa. Boleh dikatakan, Mon Ryanti lebih ketara melakonkan watak pembantu.

Oleh itu, apakah pemilik nama sebenar Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee ini benar-benar selesa dengan peluang watak diterimanya? Menjawab persoalan ini, anak kedua daripada tiga beradik itu memaklumkan dia sedia menerima apa saja watak diberikan kepadanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

Katanya, setakat ini, peluang diterima daripada Metrowealth Movies Production adalah adil. Menurut Mon Ryanti, bukanlah dia tidak pernah melakonkan watak utama langsung kerana filem Hantu Dalam Botol Kicap dan Keramat adalah buktinya. Jadi, rasanya tiada salah juga untuk dia terima watak pembantu.

“Sama ada dapat watak utama atau pembantu, saya OK saja. Apa yang penting, setiap watak dilakonkan itu mampu memberi ruang kepada saya memperbaiki kekurangan lakonan. Lagi pun, saya juga masih baru dalam bidang lakonan diceburi dan dalam proses pembelajaran kerana bermula daripada kosong.

“Saya tiada asas dalam lakonan. Namun, atas peluang dan kepercayaan diberikan David, saya sahut cabaran dan mencuba. Kalau diikutkan pun, permulaan pembabitan saya dalam bidang seni ini bermula daripada potongan kaki yang terpilih untuk dijadikan poster filem terbitan MMP,” katanya.

Menurut pemegang ijazah jurusan akaun dan kewangan ini, watak pembantu yang dilakonkan juga bukan sebarangan. Katanya, dia diberikan watak pembantu utama yang dianggapnya penting juga sebagai tulang belakang pada filem dibintangi. Selain itu, apa yang menggembirakannya apabila bergandingan dengan pelakon berpengalaman.

“Berlakon di samping pelakon yang sudah ada nama dan pengalaman ini perasaannya lain. Mereka bukan saja banyak membantu dari segi meningkatkan mutu lakonan, tetapi yang paling utama menyuntik semangat motivasi pada diri saya untuk memberikan aksi lebih baik. Siapa yang mahu lakonan sendiri tenggelam?

“Oleh itu, bagi saya watak pembantu juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Apapun, yang pasti saya tak kisah sampai bila harus melakonkan watak pembantu kerana ia juga rezeki. Malah, saya pun belum mendapat kepuasan daripada lakonan dipersembahkan. Justeru, saya akan terus mencuba sehingga berjaya,” katanya.

Kini tampak jelita dengan penampilan rambut pendek, Mon Ryanti mengakui dia selesa dengan imej baru itu. Katanya, mudah untuk dia mendandan rambutnya berbanding ketika panjang dulu. Apapun, ujarnya, dia memotong rambut menjadi pendek bukan kerana putus kasih tetapi kerana rosak.



31 August 2012

Nora Danish lupa lirik lagu hari Merdeka

Inilah kalau asyik dengan lakonan dan lupa lirik lagu hari merdeka,apapun artis Malaysia memang tidak lupa diri.Kita sebagai rakyat Malaysia harus bangga dengan keadaan Malaysia sekarang yang aman dan makmur.Teruskan bersatu dan jangan pula kita lupa asal kita..

15 August 2012

Mamat Exists ubati rindu


SYAWAL yang bakal menjelma tidak sampai seminggu saja lagi memperlihatkan semua pusat beli-belah sekitar ibu negara menjadi tumpuan warga kota untuk beli-belah.
Suasana meriah tidak ketinggalan terlihat di bazar malam yang semakin terkenal di kalangan masyarakat bandar seperti Uptown @Kota Damansara yang mengadakan pelbagai acara meriah membabitkan artis terkenal. 
Baru-baru ini, pihak pengurusan Uptown turut mengundang Mamat Exists yang sudah lama menyepi diri untuk membuat persembahan di sana. Turut bertindak selaku pengacara adalah Azmeer Chot. Selain persembahan nyanyian, turut berlangsung pertunjukan bunga api, persembahan silap mata, aksi badut dan maskot untuk menghiburkan pengunjung.

Mamat yang seolah dilupakan peminat hari ini sebenarnya masih hebat seperti dulu. Dengan imej semakin matang ramai merindui lagu-lagu hit beliau.

Tidak lengkap ke pentas kalau Mamat tidak menyampaikan lagu Oh Ibu, Rahsia Di Pohon Cemara dan lagu raya yang sangat popular, Ku Pohon Restu Ayah Bonda.

Suara Mamat masih lantang seperti dulu dan ramai terusik dengan nostalgia lagunya.

Seharusnya, Mamat perlu melakukan sesuatu untuk kembali popular.

“Tak sangka masih ada yang ingat kepada saya. Sepanjang tempoh saya berdiam diri, saya melalui pelbagai dugaan hidup. Malam ini saya rasa sungguh gembira kerana dapat menghiburkan pengunjung di Uptown @Damansara ini,” kata Mamat kepada Harian Metro.

Pada majlis itu juga pengurusan bazar malam berkenaan tidak ketinggalan menjemput anak-anak yang kurang bernasib baik daripada PPRT Kota Damansara, orang kurang upaya, ibu tunggal serta anak yatim. Mereka ceria apabila menerima sumbangan dan pakaian daripada peniaga di situ.

Hari ini, 15 Ogos, sekali lagi acara yang menarik akan diadakan dengan persembahan membabitkan artis undangan seperti Nas Adila dan Azwan Lucky.

Acara cabutan bertuah juga menyediakan pelbagai hadiah menarik. Untuk menang pengunjung hanya perlu mengambil risalah, isikan nama, alamat serta sertakan sekali pendapat mengenai Uptown @ Kota Damansara. 


Hos TV bogel dalam gereja

Gambar hiasan sahaja

MISSION VIEJO (California): Hos rancangan realiti dan seni bela diri, Jason “Mayhem” Miller, ditahan kerana disyaki memecah masuk sebuah gereja selepas polis menemuinya berbogel di California Selatan, semalam.
Miller dijangka didakwa di mahkamah hari ini. Paderi Gereja Mission Hills menghubungi polis selepas dia mengesyaki ada seseorang memecah masuk ke situ pagi kelmarin. Sejurus kemudian, polis tiba dan mereka menemui Miller berbogel di kerusi dalam gereja berkenaan. Polis juga menemui bukti dia menggunakan pemadam api dalam bangunan itu. - AP


Cucu penyeri raya Man Kidal

Man Kidal bersama cucunya

KATA orang tua-tua, sayang seorang datuk kepada cucu selalunya lebih daripada sayangnya kepada anak. Kata-kata itu mungkin ada benarnya daripada apa dipamerkan gitaris legenda, Man Kidal, 48, yang akan meraikan sambutan Aidilfitri bersama cucu-cucu di rumah beliau di Damansara Damai, Kuala Lumpur.
Hasil perkongsian hidup dengan Nurlaila Yusof, 48, pemain handalan yang nama sebenarnya Rahman Mahmood itu, dikurniakan tiga cahaya mata - Mohd Sheflee, 29; Farah, 27, dan Nursyahira, 16. Man dan isterinya juga mendapat seorang menantu perempuan berbangsa Jepun, Siti Nurhaliza Kazuyo. 
Man dan Nurlaila kini ada empat cucu, tiga cucu lelaki dan seorang perempuan. Cucu lelakinya adalah Mohd Danial Aiman, 11; Elisya Matsushita, 4; Mohd Adam Maulana, 2, dan Issey Matsushita, setahun setengah. 







Nyata, di sebalik rambut panjang dan selalu dianggap serius di pentas, Man yang berjuang selama 30 tahun dalam permainan gitar sebenarnya seorang datuk yang sangat penyayang dan suka memanjakan cucu-cucunya.

Pada sesi fotografi itu tidak semua cucunya ada bersama kerana ada yang kurang sihat. Suasana tetap meriah dengan gelak tawa Elisya, Danial dan Mohd Adam.

“Inilah dunia saya kalau saya tidak ke mana-mana. Cucu-cucu saya semuanya sangat manja dengan saya. Memang terhibur tengok mereka kerana masing-masing ada telatah tersendiri terutama Adam yang mahu diberi lebih perhatian.

“Walaupun baru berusia dua tahun, Adam sudah menunjukkan kecenderungan beliau mengikut jejak langkah saya yang sukakan gitar. Tengok ni, dia dah pandai mempamerkan lagak memegang gitarnya, Ibanez dan bergaya macam kumpulan Wings!

“Perasaan sayang saya kepada cucu-cucu memang lain. Kalau mereka ada kami sekeluarga akan jadi seronok. Ada masa, saya membawa mereka mandi di kolam renang atau pun keluar bersiar-siar,” kata Man dengan gembira.

Man yang sudah berkecimpung lebih 30 tahun sebagai pemuzik, pernah bersama merakam album sulung Search bertajuk Cinta Buatan Malaysia. Selain aktif menjayakan pelbagai sesi persembahan dan memenuhi undangan mengiringi terlalu ramai artis tempatan, Man tetap kekal bersama Lefthanded.

Bercakap mengenai persiapan raya Aidilfitri, dia berkata, mereka akan pulang beraya ke kampung halaman di Skudai Kiri, Johor Bahru.

“Sudah dua tahun tidak pulang beraya. Biasanya saya akan mengambil ibu datang ke Kuala Lumpur, tetapi tahun ini kami beraya di Johor dan sudah menjadi kebiasaan menziarahi kubur arwah ayah bersama adik-beradik.

“Ada masanya, semangat mahu pulang beraya ke kampung halaman sangat kuat, tetapi kesesakan lalu-lintas yang teruk membuatkan saya tidak selesa meredah kesesakan selama berjam-jam. Kesesakan jalan raya sekarang begitu ketara dan tidak seperti beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya lagi.

Man berkata, setiap kali hari raya, rumahnya pasti dikunjungi rakan-rakan dari pagi sampailah ke tengah malam setiap hari.

“Biasanya, rumah saya sentiasa menjadi tumpuan dikunjungi saudara-mara dan rakan-rakan rapat terutamanya artis.

Antara mereka yang selalu datang adalah Amy Search, Joe Wings, Ramli Sarip, Yazit Lovehunter, Hassan Babylon, Yantzen Rusty Blade, Mohd Nor Hendrix dan semestinya anggota Lefthanded.

“Malah, sebelum hari raya, Fasha (Sandha) selalu datang membeli kuih tart nanas dibuat isteri saya. Kemeriahan raya sangat ketara kerana saat inilah kita dapat berjumpa saudara-mara dan rakan-rakan lama yang jarang dapat bertemu,” ujarnya.

Bagaimanapun, perasaan Man tiba-tiba terusik seketika dan termenung panjang apabila ditanya kenangan tidak dapat dilupakan menjelang lebaran.

Kemudian dia mula bersuara dan berkata, pemergian anak ketiganya, Nursyahida pada 1990 masih tidak dapat dilupakan hingga sekarang, malah sampai bila-bila pun.

“Anak ketiga saya meninggal dunia sewaktu berusia dua tahun dalam satu kemalangan di Karak. Kereta saya naiki bersama Laila dan Farah serta dipandu oleh Man Dayak (pemain dram Lefthanded), dilanggar kereta lain menyebabkan kami semua tercampak keluar.

“Saya cuba mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, tetapi nyawa anak saya tidak dapat diselamatkan lagi. Memang sedih setiap kali terkenangkan tragedi itu, malah ia menyebabkan saya tidak bermain gitar selama dua tahun.

“Namun, saya reda dengan ketentuan Tuhan dan percaya ia ada hikmah buat kami sekeluarga,” katanya dengan terharu.




Nabil dan Zila Belajar masak rendang, kuah kacang

CIUMAN SUAMI...Zila dijangka bersalin pada Disember ini.

SELAIN meraikan kemeriahan Aidilfitri buat pertama kali sebagai pasangan suami isteri, apa yang lebih menggembirakan Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 29, dan isteri, Nazirah Ayub (Zira), 24, adalah debaran menunggu kelahiran zuriat sulung mereka, Disember ini.
Bahkan Nabil turut mengharapkan anak sulungnya lahir pada tanggal 12.12.2012 walau pun doktor menjangkakan kelahiran tanggal 13 Disember nanti. 






Justeru, penyampai radio Suria FM itu berkata, segala persiapan sebenarnya lebih tertumpu pada persediaan untuk menyambut kelahiran bayi mereka tidak lama lagi.

“Persiapan Aidilfitri kami, biasa biasa saja. Raya pertama akan disambut di kampung keluarga Zira di Sungai Siput, Perak. Kami akan pulang pada Jumaat ini sehingga Ahad. Sepanjang di kampung, kami akan menziarahi rumah sanak saudara untuk berhari raya serta mengeratkan hubungan silaturahim.


“Kami tidak boleh lama di kampung kerana saya akan mula bertugas di konti pada raya kedua (Isnin) mengendalikan Ceria Pagi Di Suria bersama Halim Othman dan Kenchana Dewi. Selama tujuh bulan bekerja di radio, saya sangat seronok dan selesa. Saya pun makin mahir dalam konti.

“Ditambah lagi, sekarang pun saya sudah ada segmen sendiri iaitu Detektif TerConan yang ke udara setiap Ahad, jam 3 petang, mulai 29 Julai lalu. Jadi, tak dinafikan ia semakin menaikkan semangat saya untuk bekerja dengan lebih gigih demi memastikan pendengar terhibur.

“Saya pun tidak kisah kalau sampai bila-bila bekerja di radio. Saya bangga kerana Zira cukup memahami dengan tuntutan kerja ini dan apa yang dilakukan adalah untuk keluarga kami juga,” katanya.

Masih aktif menjayakan program televisyen, Nabil turut memaklumkan pada Aidilfitri ini, dia akan muncul dalam lima rancangan TV istimewa iaitu Karoot Komedia X Raya, Warna Raya, Akustika Raya, Bedah Tong Gas Raya dan Eh! Ni Baru Betul Raya. Katanya pada masa yang sama tawaran berlakon pun masih banyak diterima.

“Bagaimanapun, tak semua tawaran saya setuju. Tawaran membintangi filem, saya tak ambil langsung buat masa ini kerana tak sesuai dengan masa. Apa yang paling utama adalah kerana saya tidak dapat beri komitmen. Oleh itu, daripada menyusahkan orang lain dan tamak, lebih baik saya fokus mana yang sudah ada. Saya tidak kecewa atau ralat terpaksa menolak tawaran itu,” jelasnya.

Mengenai dakwaaan dirinya yang semacam sudah kurang popular, Nabil berkata dia bahagia dengan perjalanan kariernya sekarang. Katanya zaman awal dulu dia memang kena menonjol dan sampai satu tahap dia mahu semuanya tidak keterlaluan kerana tanggung jawab semakin banyak.

Kata anak jati Mambau, Negeri Sembilan yang pernah meraih gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini, apa yang membuatkan dia bangga ialah status pelawak di negara ini semakin menjadi perhatian.

“Jadi saya amat berterima kasih kepada pelawak terdahulu seperti Imuda, Sathiya, Datuk Yahya Sulung dan ramai lagi yang sebenarnya menjadi nadi penggerak semangat generasi pelawak baru macam kami. Merekalah pelawak sepanjang zaman.

“Pun begitu, apabila Saiful Apek memecah tradisi pelawak menjadi Bintang Paling Popular diikuti saya, ia satu pencapaian bagi kami semua barisan pelawak dan artis komedi.

Bukan senang nak buat orang ketawa,” ujarnya.

Nabil turut akui doanya dimakbulkan Tuhan untuk memiliki cahaya mata, sebaik dia melaksanakan tuntutan agama dengan membayar zakat.

“Selepas tiga hari membayar zakat, isteri saya Zira disahkan hamil. Semua ini ada hikmah yang besar,” katanya lagi

Sementara itu Zira sama seperti suaminya yang tidak sombong dan mesra. Zira bersyukur bertemu jodoh dengan Nabil yang disifatkan sebagai seorang suami penyayang, rajin, bertanggungjawab dan suka bermanja. Ujar Zira, Nabil juga tidak terlalu cerewet soal makanan dan tidak suka menyusahkannya.

“Sempena Aidilfitri kali ini saya mahu belajar masak rendang dan kuah kacang yang menjadi makanan kegemaran Nabil. Setakat ini, saya masih tak mahir memasak rendang tapi akan terus mencuba. Seronok buat eksperimen di dapur. Nabil sebenarnya lebih suka makanan bergoreng berbanding yang berkuah.

“Apapun, persiapan raya kami untuk tahun ini memang sederhana. Ini kerana macam Nabil cakap, keutamaan kami adalah persediaan untuk bayi sulung yang akan lahir tidak lama lagi. Yang penting, saya nanti kita bermaafan dengan semua orang dan berkunjung ke rumah terbuka,” katanya.

Menyentuh soal alahan dan mengidam, Zira yang mengandung lima bulan berkata dia bersyukur kerana semua alahan awal sudah hilang.

Pun begitu, hingga sekarang dia masih belum menemui apam balik nipis yang diidamkan. Katanya sudah puas juga dia mencari tetapi masih belum ditemui. Namun pencarian itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Saya sebenarnya tidak terlalu sangat melayan soal mengidam. Namun harapnya dapatlah jumpa apam balik nipis tu. Pernah juga dia mengidam nak makan durian dan mi udang. Pun Pun begitu, Zira berkata Nabil kurang setuju apabila dia teringin makan durian kerana durian panas,” katanya.

Ditanya apakah dia akan menjadi suri rumah sepenuh masa, Zira mahu menjadi wanita bekerjaya. Namun semuanya akan difikirkan selepas melahirkan anak nanti.


1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites