Movie Download

Anda boleh mendownload pelbagai movie diblog kami sila klik button download diatas.

Download Mp3 dan Lirik

Anda boleh mendownload mp3 dan lirik disini klik button download diatas.

Get free Download Sotfware

Anda boleh mendapat software diblog kami sila klik button download.

Games

Anda juga boleh mencari games online atau pc disini klik button download.

T-shirt Design

Anda juga boleh menempah design t-shirt sila klik button printing

Bunting dan Banner

Anda juga boleh menempah bunting dan banner disini sila klik button printing.

Novel Bersiri

Anda juga boleh menbaca novel bersiri disini mengikut esp cerita sila klik button novel

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

23 June 2013

Nenek hilang

SKUAD anjing pengesan turut digunakan dalam usaha mencari dan menyelamatkan Zainab.

Sabak Bernam: Kehilangan seorang wanita warga emas sejak Isnin lalu menimbulkan tanda tanya bukan saja dalam kalangan ahli keluarga, malah penduduk kampung apabila dia gagal ditemui sehingga kini.

Zainab Lani, 85, didakwa hilang secara tiba-tiba selepas dilihat membersihkan kebunnya di Jalan Tok Johan, Kampung Bagan Tunjang, di sini.

Sejak Zainab dilaporkan hilang, keluarga dan penduduk dengan bantuan pihak berkuasa menjalankan operasi mencari di sekitar kampung.

Menantunya, Abdul Rahim Basri, 49, berkata kehilangan ibu mentuanya dianggap misteri kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kehilangan Zainab dengan unsur jenayah.

“Emak akan ke kebun setiap pagi dan pulang selepas selesai membersihkan kebun. Kebiasaannya dia pulang ke rumah selepas tiga jam tapi tidak berbuat demikian sehinggalah keluarga sedar kehilangannya,” katanya.

Dua maut langgar pembahagi jalan


BUTTERWORTH: “Hanya kira-kira 30 saat memisahkan saya dengan kemalangan ini, jika tidak saya tak tahu bagaimana nasib saya,” kata Mohamad Solehin Azahari, 19, saksi kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan di Kilometer 138.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Megamall Perai, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, dua maut iaitu pemandu kereta, G Muniandi, 42, dan seorang penumpang yang duduk di sebelah pemandu, Kristina Yusuf, 34, yang berasal dari Medan, Indonesia.

Ketika kejadian, Mohamad Solehin dari arah Juru menghala ke Seberang Jaya.

Menurutnya, sebelum kejadian dia berada tidak jauh dari kenderaan terbabit dan bernasib baik kerana laluan berkenaan ketika itu tidak sibuk.

“Saya dalam perjalanan dari rumah di Jawi untuk membeli makanan di Seberang Jaya. Tiba di tempat kejadian, saya nampak sebuah kereta dari laluan menuju ke Seberang Jaya masuk ke persimpangan Perai.

Padah ingin kongsi cerita



Kuala Lumpur: Mulanya sekadar mahu berkongsi cerita, pengalaman dan perjalanan kehidupan harian dengan kawan rapat dan ‘pengikut’ setia laman sosial. Bagaimanapun, apabila mereka secara sengaja atau tidak memuat naik aksi terlampau dan sama ada klip video atau gambar seksi, ia dengan cepat tersebar meluas di alam maya.

Itulah padah diterima beberapa artis dan selebriti tempatan yang terpalit dengan kontroversi selepas mempromosikan diri di beberapa laman sosial terutama Facebook, Twitter dan terbaru, Keek.

Tindakan itu ternyata mengaibkan diri sendiri apabila gambar dan video mereka yang terlalu peribadi dan tidak sesuai ditonton secara terbuka dimuat naik pula ke laman sosial lain, blog dan media massa.

Antara artis yang terbabit dengan kontroversi ini ialah Sharifah Sakinah, Nabila Huda dan Zarina Anjoulie.


Sakinah dihentam kerana klip videonya yang dimuat naik ke laman sosial Keek seakan mengejek dan mempermainkan individu lain. Nabila Huda pula terpalit dengan video separuh bogelnya dimuat naik ke laman sosial sama manakala Zarina Anjoulie kerana pelbagai gambar seksi dan tidak senonoh miliknya sering dipaparkan di Facebook.

Darurat di Muar, Ledang


KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar setakat jam 11 pagi tadi menurun tetapi masih berada pada paras amat berbahaya iaitu pada 690.

Pada jam 7 pagi tadi, IPU di daerah itu yang sudah diisytiharkan kawasan darurat mencatat bacaan IPU 746.

Selain Muar, Ledang juga sudah diisytiharkan kawasan darurat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan darurat

bencana jerebu di dua daerah itu selepas bacaan IPU melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan.

"Pengiystiharan darurat bencana jerebu ini tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan sekarang," katanya.

Sementara itu, IPU Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat peningkatan masing-masing 415 dan 428, juga melebihi paras bahaya.

Bacaan IPU di dua bandar itu pada 7 pagi tadi masing-masing 357 dan 334.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya

Setakat 11 pagi, sebanyak 2 kawasan mencatat IPU berbahaya, 17 tidak sihat, 30 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik.

IPU tertinggi direkodkan di Malaysia ialah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860.

Sumber MyMetro

04 January 2013

Keagungan masjid lumpur

MASJID Besar Djenne menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk beribadat.

DJENNE merupakan sebuah kota purba yang terletak berhampiran delta Sungai Niger di wilayah Mopti di Republik Mali.

Sejak kewujudannya pada kurun kesembilan, ia pernah menjadi pusat perdagangan dan perkembangan ilmu Islam khususnya ketika pemerintahan empayar Songhai, Sonni Ali.

Salah satu tarikan di kota itu ialah Masjid Besar Djenne yang dipercayai dibina pada kurun ke-13.

Diceritakan pada asalnya masjid itu merupakan sebuah istana dan dijadikan masjid selepas pemerintah Mali ketika itu, Sultan Koi Kunburu memeluk agama Islam.

Pemerintah seterusnya, Sheikh Amadou Lobbo yang menawan Djenne semasa Perang Tukulor, mengarahkan masjid asal dirobohkan pada 1834. Dia kemudiannya merancang sebuah masjid baharu berhampirannya pada 1896.

Bagaimanapun, penjajah Perancis yang berkuasa selepas itu telah mengarahkan pembinaan semula Masjid Besar Djenne di lokasi asalnya pada 1906.

Seorang arkitek tempatan, Ismaila Traore telah diberi tanggungjawab tersebut.

Menggabungkan gaya seni bina Islam dan Sudan, Masjid Besar Djenne tampak unik kerana tidak menggunakan konkrit sebaliknya lumpur sebagai bahan asas binaannya.

Memandangkan kedudukannya yang terletak berhampiran delta Sungai Niger yang sering dilanda banjir, Ismaila telah membina pelantar tinggi berkeluasan 5,625 meter persegi sebagai tapak masjid.

ELEMEN seni bina Islam dan Sudan menyerlahkan keindahan masjid yang berusia lebih satu abad itu.
 Bahagian tiang-tiang masjid menggunakan blok lumpur kering sebelum dilapisi dengan lumpur basah bagi memastikan ia kelihatan licin dan halus.

Dindingnya pula mempunyai ketebalan yang berbeza antara 0.4 meter hingga 0.6 meter.

Dahan pokok palma turut dimasukkan ke dalam binaan dinding bagi mengurangkan rekahan akibat perubahan mengejut suhu di samping bertindak sebagai tangga ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan setiap tahun.

Kiblat masjid itu ditanda oleh tiga menara besar berbentuk segi empat yang dibina lebih tinggi daripada dinding utama.

Menara yang puncaknya seperti kon itu juga turut dilengkapi tangga berputar yang menghala ke arah bumbung masjid.

Ruang solat

Umumnya, terdapat dua ruang solat utama disediakan iaitu ruang terbuka dan ruang tertutup.

Ruang tertutup yang mampu memuatkan kira-kira 3,000 jemaah disokong oleh 90 buah tiang merentasi dewan sembahyang bagi memastikan ketahanan strukturnya.

Aspek pengudaraan dan pencahayaan juga diberi penekanan pada ruang itu bagi keselesaan jemaah. Beberapa buah lubang udara turut dibina bagi menyalurkan udara bersih di samping penggunaan kaca seramik sebagai pencahayaan semula jadi.



KIRI: Setiap tahun ratusan sukarelawan berkumpul dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan masjid.

Biarpun, Djenne jarang menerima hujan, Ismaila turut membina corong bagi mengalirkan air daripada bahagian bumbung ke longkang bagi mengelakkan dindingnya daripada diresapi air.

Masjid Besar Djenne berjaya disiapkan pada 1907, iaitu setahun selepas pembinaannya. Di samping menjadi ruang beribadat penduduk sekitar ia juga menjadi antara mercu tanda di Republik Mali.

Setiap tahun, sebuah pesta khas yang meraikan budaya dan muzik tempatan iaitu Festival Crepissage dianjurkan berdekatan dengan masjid itu. Ratusan penduduk di bandar tersebut berkumpul dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan masjid secara sukarela.

Pada 1988, Masjid Besar Djenne telah diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Lelaki perut besar berisiko kencing kerap

LELAKI obes terdedah pada masalah tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit kardiovaskular.

LELAKI dengan perut besar kencing dengan lebih kerap berbanding mereka yang kurus.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Weill Medical College, Cornell University di New York mendapati kaum Adam dengan ukur lilit perut melebihi 100 sentimeter didapati berdepan masalah tersebut tiga kali lebih besar berbanding lelaki berukuran 90 sentimeter atau kurang.

Mereka juga mendapati ukuran perut turut berkaitan dengan tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, diabetes Jenis 2 selain masalah ereksi serta pancutan.

"Epidemik global obesiti dan diabetes membawa kepada peningkatan mendadak bilangan mereka yang menghidap sindrom metabolik iaitu termasuk obesiti sentral, penolakan glukosa serta paras kolesterol dan tekanan darah tinggi," kata salah seorang penulis British Journal of Urology International (BJUI), Dr. Steven A. Kaplan.

Kumpulan penyelidik itu turut menganalisa hubungan antara saiz perut dan risiko masalah lebih besar dari pelbagai sudut seperti urologi, seksual, metabolik dan kardiovaskular. Ia menunjukkan bahawa ukur lilit yang besar menyumbang kepada 39 peratus masalah prostat selain bilangan antigen prostat meningkat 111 peratus.

Usaha Zoo Negara biakkan haiwan




PADA pandangan mata kasar, tiga ekor gajah di Zoo Negara, Hulu Klang, Selangor itu sama seperti gajah-gajah lain baik di dalam zoo mahupun yang tinggal di hidupan liar.

Namun, bagi penjaga haiwan tersebut, Mohd. Hisham Ahmad, 30, dan Alias Ismail, 36, yang setiap hari menjaga serta memberi makan dapat mengesan perbezaan antara ketiga-tiga gajah itu.

Tiga ekor gajah Zoo Negara terdiri daripada seekor jantan dan dua ekor betina masing-masing diberi nama Bol serta Siti, manakala yang jantan dipanggil Triang.

“Memang apabila melihat gajah-gajah ini tiada beza dengan gajah-gajah lain tetapi jika diperhatikan, boleh melihat terdapat perbezaan ketara.

“Pergerakan Bol lebih ayu dan lembut berbeza dengan Siti yang kelihatan kasar. Siti pun ada gading kecil,” kata Mohd. Hisham ketika ditemui di Zoo Negara baru-baru ini.

Celah Alias, terdapat gelaran yang diguna pakai bagi gajah jantan yang memiliki ciri-ciri betina seperti tiada gading di seluruh dunia iaitu Makna.

Bukan sahaja sifat fizikal tetapi kecenderungan seksual Siti turut menjadi persoalan kerana gajah yang berasal dari Fraser Hill, Pahang itu tampak cemburu setiap kali Triang dan Bol hendak mengawan.

Kata Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhamad Danial Felix, 46, Siti akan menolak Triang apabila gajah jantan itu mahu ‘menunggang’ Siti.

Ketika mula-mula Mohd. Hisham bekerja sebagai penjaga seksyen gajah, dia hanya diberitahu mengenai perkara tersebut oleh pekerja yang lebih senior, namun selepas setiap hari bersama Triang, Bol dan Siti, perlakuan itu dapat diperhatikan.

Maka, pihak Zoo Negara kini sedang membina kandang baharu untuk ketiga-tiga gajah tersebut supaya apabila Triang dan Bol mahu mengawan, Siti boleh diasingkan.

Gajah merupakan salah satu haiwan yang dalam perancangan Zoo Negara untuk dibiakkan pada tahun 2013. Haiwan daratan terbesar itu mempunyai masa bunting yang panjang iaitu sekitar 18 hingga 22 bulan.

ZOO NEGARA mempunyai lebih kurang 500 spesies dalam koleksi haiwannya.
Program konservasi

Zoo Negara merupakan satu-satunya zoo yang mengadakan Program Konservasi Pelepasan Burung Botak Upeh (Mycteria cinerea) di Kuala Selangor, Selangor dan Kuala Gula, Perak.

Taman haiwan yang dilancarkan pada 14 November 1963 itu juga telah berjaya membiakkan empat spesies burung enggang iaitu enggang papan (Buceros bicornis), enggang badak (Buceros rhinoceros), enggang jambul hitam (Aceros corrugatus) dan enggang belulang (Anthtracoceos albirostris).

Kata Muhamad Danial, burung enggang merupakan haiwan yang bersifat monogami sepanjang hayat menyebabkan pembiakan amat mencabar dan ia juga menjadi fokus pada tahun ini.

Selain gajah, orang utan turut menjadi fokus pada tahun ini untuk dibiakkan. Orang utan mempunyai kepandaian yang hampir dengan manusia.

“Kami boleh memasang jantan dan betina tetapi orang utan mempunyai sifat memilih dalam mencari pasangan. Jika tidak berkenan boleh menyebabkan si jantan memukul pasangannya,” terang Muhamad Danial.

Ular sawa juga perlu teliti dalam menjodohkan jantan dan betina untuk pembiakan kerana jika tidak mempunyai saiz yang sama, ular bersaiz besar akan membaham yang kecil.

Tapir, harimau dan binatang seperti rusa pula boleh membiak setiap tahun.

Zoo Negara menggunakan kaedah pembiakan normal untuk semua haiwan yang terdapat di situ yang memiliki lebih kurang 500 spesies.

Menurut Muhamad Danial, terdapat juga beberapa kes di Zoo Negara apabila haiwan mahu melakukan proses pembiakan terbantut disebabkan binatang-binatang itu tidak tahu caranya.

Dalam kurungan

Apabila sampai musim mengawan, kura-kura gergasi Aldabra (Geochelone gigantea) mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat sehingga kedengaran ke pintu masuk utama Zoo Negara tetapi masalah terjadi apabila organ pembiakan jantan tidak masuk ke dalam organ pembiakan betina.


Syawal, bayi badak air yang berumur empat hari ini berenang bersama ibunya, Kibu. Dilahirkan pada 1 Syawal tahun lalu, Syawal hanya sempat hidup selama dua bulan sebelum disahkan mati akibat jangkitan virus.
 Masalah tersebut turut berlaku pada badak sumbu putih (Ceratotherium simum).

“Perkara tersebut berlaku kerana haiwan-haiwan itu membesar dalam kurungan,” terang Muhamad Danial lagi.

Dia menambah, jika mahu membiakkan haiwan di Zoo Negara supaya populasi terutamanya yang terancam boleh meningkat merupakan perkara yang boleh dilakukan.

Namun, terdapat beberapa hal yang mengekang pembiakan berterusan untuk dilakukan seperti makanan dan kawasan peliharaan.

“Sebagai contoh, harimau. Haiwan ini boleh dibiakkan setiap tahun tetapi Zoo Negara mempunyai keluasan terhad dan tidak membesar akibat pembangunan sekeliling.

“Mengikut Akta 716, setiap harimau mesti mempunyai keluasan tertentu. Jika ia tidak diikuti boleh menyebabkan lesen zoo ditarik,” ujarnya.

Spesies seperti rusa yang mudah membiak juga memberi masalah secara tidak langsung kerana memerlukan makanan yang banyak, kenaikan harga tiket merupakan salah satu cara untuk menangani perkara tersebut.

Selain itu, perkara berkaitan seperti sarang atau kawasan kurungan juga memainkan peranan seperti hal yang berlaku pada buaya jenjulung.

Cerita Muhamad Danial, haiwan tersebut sudah lama berada di Zoo Negara tetapi tidak pernah membiak.

Secara kebetulan sekitar tahun 2005, penjaga kurungan zoo tersebut jatuh sakit menyebabkan sarang buaya itu terbiar dan tidak dibersihkan.

“Daripada situ kami dapati ada sesetengah haiwan yang memerlukan sarang yang kotor untuk membiak seperti buaya jenjulung apabila didapati sang betina bunting.

“Pembiakan haiwan memerlukan pemerhatian dan kajian yang panjang dan dalam masa yang sama, kami menjalankan program pendidikan kepada pengunjung dengan memberi penerangan,” terangnya sebagai cara apabila terdapat aduan daripada pengunjung mempersoalkan tahap kebersihan Zoo Negara.

Binatang-binatang yang lahir di dalam zoo juga tidak mudah untuk dilepaskan ke dalam hutan kerana ia sukar mengadaptasi dengan persekitaran.

Sesetengah zoo juga ada memberikan vaksin pada haiwan dalam kurungan, ia boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada spesies sama dengannya dalam hidupan liar jika dilepaskan begitu sahaja.

HARIMAU bintang betina ini antara haiwan yang dalam proses dipasangkan.

Ekosistem hutan juga boleh terganggu jika bilangan haiwan tertentu bertambah mendadak seperti harimau.

Sehubungan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum pembiakan dibuat seperti usia haiwan dalam kurungan.

Penukaran haiwan

Setiap haiwan yang berada dalam kurungan mempunyai fail yang mengandungi maklumat keturunan, tarikh lahir, rekod kesihatan dan negara asal.

Rekod tersebut penting supaya haiwan-haiwan dalam kurungan tidak berlaku pembiakbakaan dalam yang boleh menyebabkan penyakit genetik berlaku.

“Haiwan juga berbeza dengan manusia. Binatang-binatang yang dibiakkan perlu mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) tulen tanpa ada kacukan,” ujarnya.

Selain itu, pembiakan haiwan dibuat apabila terdapat program kerjasama penukaran haiwan dengan zoo-zoo luar negara.

Buat masa ini, pihak Zoo Negara sedang dalam program penukaran haiwan dengan zoo di India. Pihaknya akan menyerahkan zirafah sebagai tukaran harimau putih.

Ketika lawatan di Zoo Negara, terdapat dua ekor anak zirafah yang diberi nama MAS Beacon dan MAS Sinaran sedang asyik menikmati makanan manakala seekor lagi zirafah betina sedang bunting.

Tambah Muhamad Danial, semua haiwan yang dilahirkan tidak boleh dipamerkan serta-merta kepada umum mahupun untuk dirakam.

Anak-anak haiwan perlu menjalani proses latihan paling singkat selama enam bulan bergantung pada tahap kepandaian spesies haiwan.

13 October 2012

Piala Malaysia: Kelantan mara ke final

Sebahagian pemain dan pengurusan pasukan Kelantan
 menunjukkan isyarat tiga selepas berjaya mara ke final Piala Malaysia.

GERGASI Pantai Timur, Kelantan mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0 dalam saingan separuh akhir kedua  di Stadium Shah Alam, malam ini.

Malah ini Kelantan memperoleh dua gol. Dengan kemenangan ini, misi Kelantan dalam mencari kejuaraan treble musim ini semakin tercapai.

Aksi pemain Kelantan dan Selangor pada perlawanan separuh masa
pertama pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. 
Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi percubaan Safiq Rahim. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pasukan pelawat melakukan serangan balas dan percubaan Mohamed Ghaddar pada minit ke-12 menerusi hantaran cantik Nik Mohd Shahrul gagal dilaksanakan apabila tandukannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Selangor, NorAzlan Razali.

Selang seminit kemudian, Ghaddar sekali lagi terlepas peluang apabila tendangannya melambung tinggi.

Memasuki pertengahan babak pertama perlawanan, pasukan pelawat melalui detik cemas  Amri Yahya bangkit melancarkan serangan nyaris merobek gawang Kelantan pada minit ke-22,  begitu pun berjaya didakap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol meskipun percubaan Bosko Balaban pada minit ke-43 masih gagal untuk menewaskan Khairul Fahmi.

Sepuluh minit separuh masa kedua bermula, Kelantan terus ghairah mencari jaringan gol apabila tendangan kencang  Nurul Azwan Roya hampir membolosi gawang lawan, namun berjaya ditolak keluar oleh Azlan.

Kelantan sekali lagi melancarkan serangan menerusi penyerang berbisanya, Modh Idhan Talaha pada minit ke-57, tetapi tendangannya juga ditepis keluar oleh Azlan.

Biarpun ketika Kelantan dilihat lebih menguasai perlawanan, Selangor tetap enggan menyerah kalah apabila Shafiq Rahim terus mara membuat cubaan ke arah pintu gol lawan pada minit ke-64. Bagaimanapun ia mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada minit ke-67, giliran Indra Putra Mahiyudin pula melancarkan serangan. Tendangannya tersasar melepasi tiang gol.

Keghairahan pelawat mencari jaringan gol akhirnya tertunai apabila tendangan pemain import Kelantan, Ghaddar berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Azlan.

Selepas itu, Mohd Badri Radzi menutup tirai perlawanan dengan menjaringkan gol kedua buat Kelantan  sekali gus meranapkan Misi 33 yang dicanang anak buah Irfan Bakti.

Dengan itu, Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia di pentas final yang akan berlangsung 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.



Senarai barisan pemain Selangor

Mohd Razman Roslan
Ramez Dayoud
Adip Aizuddin Latif
Safiq Rahim
Solihin Kanasian
Basko Balaban
Mohd Bunyamin Umar
Mohd Amri Yahya
Norazlan Razali (GK)
Mohd Rozaimi Abdul Rahman
S.Vanood



Senarai barisan pemain Kelantan
S.Subramaniam
Obinna Nwaneri
Nik Mohd Shahrul Azim
Mohd Shakir Shaari
NorShahrul Idlan Talaha
Mohhd Norfarhan
Mohd Nurul Azwan Roya
Indra Putra Mahiyudin
Mohd Daudsu Jamaluddin
Khairul Fahmi Che Mat
Mohamed Ghadar


04 October 2012

Ibu duta kesihatan


SEJAK pengumuman rasminya pada Mei lalu, peraduan Glowing Youthful Mother 2012 mendapat perhatian ramai ibu daripada pelbagai peringkat umur di seluruh negara dan pada akhir Jun, 500 wanita cantik berusia antara 30-an hingga 50-an menjalani uji bakat di Hotel Eastin, Petaling Jaya.

Peserta yang berjaya pada peringkat akhir untuk muncul di tempat pertama akan membawa pulang RM25,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing bakal menerima RM10,000 dan RM5,000.
Peraduan unik berkenaan adalah anjuran Mega Lifesciences Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Malaysia, bertujuan mempromosi kesedaran kesihatan serta menyemai kepentingan amalan penjagaan diri berdasarkan empat kategori iaitu kulit, jantung, hati dan sendi sihat, yang sering menjadi punca masalah kepada ribuan penduduk negara ini.
                                                                                             
Penganjur acara, Sudhir Gandhi, berkata pihaknya percaya ibu sebagai penjaga keluarga adalah ahli masyarakat yang penting dan mampu menjadi duta bagi memupuk kesedaran kesihatan di kalangan orang sekeliling.

“Pengetahuan yang dibawa pulang ke rumah oleh ibu yang menyertai peraduan ini dapat membantu menguruskan dan menjaga kesihatan keluarga mereka dengan lebih baik termasuk memupuk kesedaran penjagaan kesihatan,” katanya.

Proses uji bakat yang diadakan itu antara lain mengambil kira wajah fotogenik, keupayaan berjalan di atas pentas, personaliti, keyakinan diri, bijak menjawab soalan, pengetahuan dan pemahaman mengenai amalan pengambilan makanan berkhasiat dan penilaian kesihatan.

Beliau yang juga Pengarah Rantau Mega Lifesciences berkata, pemenang yang akan dipilih adalah wanita yang mengamalkan gaya hidup sihat serta mementingkan pengambilan makanan nutrien.

“Kami mencari seseorang yang mampu membuat kami tertawan dengan personaliti serta saat yang memberi inspirasi sebagai wanita dan ibu,” katanya.

Seramai 100 ibu yang dipilih bagi proses uji bakat akan melalui undian secara dalam talian oleh Privileged Glow Members (80 mata) dan Glowforever di halaman facebook (20 mata) sepanjang Ogos hingga September.

Undian boleh dijalankan menerusi laman web rasmi peraduan, www.gymc.com.my. Satu pertandingan ala ratu cantik juga dianjurkan pada 2 September lalu di The Square, Publika bagi menyenaraikan peserta akhir.

Hanya 20 peserta akan dipilih untuk berjalan di pentas dan menjawab soalan diajukan pada pusingan akhir peraduan berkenaan yang bakal diadakan pada 3 November ini.

Peserta akan dihakimi juri yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dalam perfileman, televisyen dan fesyen iaitu Amber Chia, Noniswara, Daphne Iking dan Bon Zainal.

Perkembangan terbaru pertandingan boleh didapati di laman web www.gymc.com.my serta www.facebook.com/glowforever.

‘Usah kerat kaki saya’


BUTTERWORTH: “Saya sudah kehilangan kaki kiri dan tidak mahu kehilangan kaki kanan pula,” kata Nasir Khan Md Ismail, 39, yang terlantar di rumah sejak empat tahun lalu akibat kencing manis.
Penjual roti itu menjalani pembedahan pertama pada 2009 apabila kaki kirinya dipotong hingga paras paha dan sejak itu, dia tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga.

Untuk perbelanjaan harian, dia yang menumpang di rumah adiknya di Taman Suka Ria, Mak Mandin, dekat sini, mengharapkan simpati saudara dan rakan untuk menyara isteri dan empat anak berusia antara 3 hingga 18 tahun.
Menurutnya, pada Mac lalu, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Pakar Bagan memaklumkan kaki kanannya tidak dapat diselamatkan dan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan.

Sekadar Gambar Hiasan

“Bagaimanapun, doktor di Hospital Deva Doss, Madurai, India memaklumkan kaki kanan saya tidak perlu dipotong kerana masih boleh diselamatkan. Jadi, setakat ini saya masih mempunyai kaki kanan walaupun tanpa jari dan boleh berjalan dengan bantuan kaki palsu tetapi kos rawatan keseluruhan mencecah RM20,000,” katanya.

Baru-baru ini, Nasir Khan dikunjungi Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang yang menghulurkan sumbangan peribadi RM500.
Nasir Khan berkata, sebelum ini, dia sudah menjalani pembedahan kaki kanan di India dengan bantuan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang menghulurkan sumbangan RM18,000.

Sebaik pulang dari India, dia bergantung pada kerusi roda untuk bergerak tetapi perlu menjalani rawatan sekali lagi termasuk pemasangan kaki palsu yang membabitkan kos RM20,000 termasuk belanja rawatan.
“Saya buntu untuk mencari RM20,000 sedangkan tidak bekerja. Kimma sudah bantu sebelum ini dan berharap sumbangan orang ramai supaya pemasangan kaki palsu di India itu menjadi kenyataan.

“Jika mempunyai kaki palsu, saya boleh berdikari untuk menyara keluarga,” katanya yang bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat dengan masing-masing menghulurkan bantuan RM300 sebulan.

Sementara itu, Chua berkata, buat permulaan, beliau menghulurkan sumbangan peribadi dan akan cuba mencari bantuan lain termasuk melalui Dana 1MCA.

“Syarat untuk menerima bantuan dana berkenaan ialah menerima rawatan di hospital kerajaan dalam negara tetapi Nasir menerima rawatan di luar negara. Saya akan cuba supaya dia turut menerima dana berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nasir Khan di 012-4565021 atau memasukkan wang ke akaun Agro Bank melalui nombor 2-00-7161-00006793-7.

Banteras iklan haram




SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu meningkatkan usaha membanteras iklan haram di sekitar bandar raya ini berikutan peningkatan iklan berkenaan yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Penduduk, Zamani Sulaiman, 43, berkata, iklan haram yang ditampal di sekitar pusat bandar raya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kerana bilangannya semakin bertambah.


Pengawal MBSA sedang membuang posteriklan yang ditampal di public phone

Malah, pihak tidak bertanggungjawab juga kini semakin berani kerana tidak hanya menggunakan kertas pelekat,tetapi material seperti kayu untuk iklan mereka.Katanya, operasi menurunkan iklan haram yang dilakukan pegawai penguat kuasa MBSA itu hanya usaha sia-sia selagi tindakan tegas tidak dikenakan kepada pelaku kesalahan itu yang seolah-olah tidak gentar dengan undang-undang. 

“Setiap hari kita melihat iklan haram baru ditampal sama ada membabitkan iklan perumahan, perubatan tradisional, sewa kereta, pinjaman wang dan sebagainya.“Kebanyakan iklan ditampal di kawasan tumpuan umum dan ini secara tidak langsung mencacatkan pemandangan bandar raya Shah Alam.“Sebagai masyarakat yang menetap di sini saya melihat iklan haram yang ditampal juga akan merosakkan harta benda awam apabila ia ditampal secara berlapis-lapis di papan tanda dan menyukarkan ia untuk ditanggalkan,” katanya kepada Metroplus.


Sarang Ponteng Budak Sekolah

KOTOR...laluan ke Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam dipenuhi sampah-sarap




KUALA LUMPUR: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam, di sini, yang dibuka, baru-baru ini, kini menjadi lokasi kaki ponteng pelajar dari sekolah berhampiran untuk melepak.
Lokasinya yang terpencil dan jauh dari kesibukan jalan utama menjadikan kawasan berkenaan sunyi dan ini menyebabkan segelintir pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil kesempatan ke situ.

Tinjauan Metroplus pada jam 11 pagi di taman rimba itu baru-baru ini, mendapati terdapat sekumpulan remaja mandi-manda dan berbual-bual sambil merokok di pondok di situ.

Ketika ditanya mereka mendakwa berusia 11 hingga 17 tahun dan semuanya berasal dari perumahan     berhampiran taman rekreasi berkenaan.                                  LEPAK...dua remaja dipercayai ponteng sekolah melepak
                                                                                                                         selepas mandi di Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam.  


            Menurut mereka, ibu bapa masing-masing tidak mengetahui apa yang dilakukan kerana bekerja dan pemerhatian juga mendapati pada jam 1 tengah hari kumpulan remaja itu bergerak pulang sama seperti waktu tamat persekolahan biasa.

Peniaga, Muhd Saiful Adnan, 20, berkata, walaupun baru pertama kali ke taman rimba itu, namun dia agak kesal apabila mendapati kawasan itu menjadi lokasi kaki ponteng pelajar sekolah.
Katanya, lokasi yang jauh daripada kawasan perumahan selain tiada kawalan ketat di taman itu menyebabkan mereka bebas keluar dan masuk ke pusat rekreasi itu.

“Sekiranya tiada pengawasan di kawasan itu, kami bimbang pelbagai jenayah lain dilakukan remaja kerana tiada siapa sedar perbuatan mereka kerana ia jauh daripada pandangan masyarakat.
“Malah, saya dapati sudah banyak kerosakan dilakukan di tandas selain terdapat kecurian seperti kipas,” katanya.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu bertindak lebih tegas menangani perkara ini bagi memastikan taman rimba itu terjaga dan memberi keselesaan kepada pengunjung.

Bagi Syed Ahmad Syuhaidi, 24, dia berkata, selain kawasan itu menjadi ‘port’ lepak pelajar yang ponteng, taman itu perlu diselenggara lebih baik bagi menarik orang ramai untuk berkunjung.

“Macam mana orang ramai hendak tahu kewujudan taman rimba ini kerana tanda lokasi tidak kelihatan, malah sepanjang laluan dari jalan utama pula dipenuhi sampah-sarap selain tiada bekalan air dan elektrik.

“Ramai kawan-kawan saya tidak tahu mengenai taman ini dan mereka terkejut sebaik mengetahui lokasinya terletak di Pantai Dalam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, kerjasama semua pihak perlu bagi mengekang aktiviti ponteng di kalangan pelajar dan mereka berhak melaporkan kegiatan itu kepada pihak sekolah.

Katanya, kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat melaporkan jika terdapat kejadian itu bagi rekod sekolah ia sekali gus mengekang perbuatan terbabit.

“Bagaimanapun, pihak sekolah juga boleh mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan perkara ini berlaku antaranya dengan memanggil nama pelajar yang ponteng atau menaikkan nama pada laman web sekolah.

“Dengan ini, pelajar yang melakukan kesalahan itu sedar dan malu untuk mengulangi aktiviti tidak berfaedah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dasar ‘sifar ponteng’ juga perlu dilaksanakan kerajaan bagi menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu seterusnya membudayakan pendidikan di kalangan pelajar.

Sementara itu, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa berkata, sekiranya kegiatan ponteng itu berlaku di kawasan selenggaraan mereka, pemerhatian akan dilakukan pihaknya, namun tiada tindakan diambil berikutan perbuatan itu bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Katanya, sekiranya mereka tidak mengganggu atau melakukan perbuatan vandalisme, pegawai yang ditugaskan di satu-satu kawasan riadah tidak boleh melakukan tindakan kecuali menasihat mereka supaya berkelakuan baik.


Tragedi cerita seram pertama

PILU...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan. Gambar kecil, S Kavi Arasu.


KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang lelaki menonton cerita seram buat kali pertama dalam hidupnya bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 5.3, Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban arah Sungai Besi berhampiran Desa Petaling, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang juga pembonceng motosikal, S Kavi Arasu, 21, maut di tempat kejadian kerana parah di kepala selepas tercampak ke tebing jalan manakala penunggang motosikal terbabit yang identiti belum dikenali cedera parah.

Seorang saksi kejadian berkata, motosikal yang dinaiki Kavi bersama rakannya itu terbabas selepas dihimpit sebuah lori yang meninggalkan lokasi sebaik menyedari kedua-dua mangsa terjatuh.
Menurut sepupu mangsa yang dikenali sebagai Ammu, 21, sebelum kejadian itu, mendiang menghubunginya memberitahu baru selesai menonton sebuah drama seram.

“Mendiang memberitahu saya dia sudah dewasa dan bukan lagi seorang yang penakut kerana berjaya menonton cerita seram itu. Sebelum ini, mendiang langsung tidak menonton cerita seram.

“Saya tidak sangka kata-kata dan tindakannya itu tanda mendiang pergi selama-lamanya,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kilometer 9, Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) arah Petaling Jaya, seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Kejadian jam 7 pagi itu berlaku apabila mangsa, Mohd Nor Azam Idris, 42, terjatuh daripada motosikal sebelum sebuah kereta yang mengekori merempuh dan mengheretnya kira-kira 10 meter.
Mayat mangsa yang tersepit di bawah kereta terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.


Tukang Urut Ghaib Selama 2 Jam

CEKUP...wanita warga China yang ditahan, semalam.



KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penjaga sebuah pusat rawatan refleksologi di Taman Usahawan, Kepong, di sini, cuba memperdaya sepasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya yang menyerbu premis itu selepas dikesan menawarkan khidmat pelacur warga asing dengan menyamar sebagai pelanggan gagal apabila ditahan, awal pagi semalam.Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu selama hampir dua jam selepas pusat refleksologi itu diserbu kira-kira jam 1 pagi terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu menunjukkan dia bertugas di bahagian kaunter. 
                                                                                                                                 BANYAK...kondom yang ditemui penguat kuasa           

Timbalan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit memberi kerjasama dan mendakwa dirinya adalah pelanggan sebelum diarah berhimpun bersama seorang lagi pelanggan untuk pemeriksaan.“Sebaliknya, kami menahan seorang tukang cuci di pusat ini selepas mengesyaki dia yang mengendalikan operasi perniagaan.

“Bagaimanapun, identiti siapa penjaga sebenar terbongkar selepas kami meneliti rakaman CCTV sebelum serbuan dilakukan bagi mengesan tukang urut warga asing yang menawarkan seks berikutan tidak menemui seorang pun daripadanya dalam premis itu,” katanya.

Nik Shahanizam berkata, mulanya anggota penguat kuasa gagal menemui tukang urut wanita terbabit walaupun sudah menggeledah seluruh genap ruang pusat refleksologi itu. yang menyediakan 10 bilik mengurut.

“Kami turut mencari jika terdapat ruang sulit atau pintu khas dalam pusat urut tapak kaki ini termasuk lubang pada siling yang dibuat bagi memudahkan tukang urut wanita warga asing itu melarikan diri kerana ketika serbuan premis ini kosong.

“Berdasarkan rakaman CCTV, kami lihat ada ramai tukang urut terbabit dalam premis, tetapi mereka seakan ghaib dan kami gagal menahan merekaAda kemungkinan mereka mendapat tahu mengenai serbuan ini dan sempat bersembunyi,” katanya.

Menurutnya, seramai 30 penguat kuasa tidak berputus asa dan meneruskan pencarian sehingga keseluruhan bangunan premis setinggi empat tingkat itu walaupun terpaksa beberapa kali turun naik tangga dan memanjat sehingga aras bumbung bangunan yang menempatkan tangki air.

“Kami hampir buntu mencari selepas pemeriksaan di beberapa unit kediaman di tingkat atas pusat ini yang dikatakan dijadikan penginapan tukang urut wanita warga asing juga gagal menemui mereka.

“Namun, selepas berusaha hampir dua jam, kami berjaya menemui 10 tukang urut wanita warga China berusia lingkungan 20 hingga 30-an apabila mereka sendiri keluar dari tempat persembunyian di satu daripada unit kediaman yang sudah diperiksa kerana menyangkakan penguat kuasa sudah pulang,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tukang urut wanita terbabit gagal mempamerkan dokumen perjalanan yang sah menyebabkan semuanya ditahan dan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya bagi proses dokumentasi dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan penyalahgunaan permit kerja, tinggal melebihi tempoh ditetapkan selain tidak mempunyai dokumen lengkap.

“Kami turut merampas satu beg mengandungi kondom yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran, di samping mengambil keterangan daripada dua pekerja pusat urut tapak kaki ini dan dua pelanggan bagi membantu siasatan,” katanya.


Ranking Harimau Malaya paling buruk tahun ini, jatuh ke tangga 162


KUALA LUMPUR - Kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam bulan lepas telah menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam.

Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menunjukkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu berada pada kedudukan ke-162 dunia, jatuh enam anak tangga berbanding 156 yang pada bulan lepas.
Harimau Malaya

Penuruan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Maldives (160), Samoa (164), Nepal (165), Fiji (167) dan Bangladesh (169).

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat di belakang Thailand (139), Vietnam (140) dan Filipina (147).

Di peringkat Asia, Malaysia turun dua anak tangga pada kedudukan ke-27 dari 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,611 mata.

Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan mengumpul 1,459 mata diikuti dengan Portugal yang merampas tangga ketiga daripada England dengan mengumpul 1,259 mata.

England, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, jatuh dua anak tangga ke kedudukan kelima dunia selepas mengumpul 1,196 mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 209 buah negara. - Bernama

Misi Rohingya Malaysia tiba di Myanmar


SHAH ALAM - Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) selamat tiba di Pelabuhan Yangon, Myanmar, 30 September lalu.

Presiden KPIM, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata, 20 kontena yang membawa barang keperluan perubatan akan ditunda dalam tempoh empat hari menggunakan tongkang ke Pelabuhan Sittwi di Rakhine.
"Kumpulan sukarelawan dijangka sampai hari Ahad," katanya.


Bantuan makanan diberikan kepada etnik Rohingya bagi membantu mereka yang tertindas

Pasukan pendahulu itu merupakan sebahagian daripada 57 peserta misi kemanusiaan tersebut, yang terdiri daripada 21 pengamal media, 10 pakar perubatan, lima sukarelawan dan selebihnya wakil KP1M.

Misi berkenaan bertujuan menghulurkan bantuan kepada masyarakat Rohingya dan Myanmar yang kini tertindas dan menjadi pelarian berikutan krisis etnik di negara tersebut.

Menurut Abdul Azeez, kumpulan perubatan diketuai Penasihat Perubatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana KP1M, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman, manakala pasukan media diketuai Ketua Pengarang Berita, Berita Harian, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Setakat ini, KP1M melaksanakan 26 misi bantuan kemanusiaan di luar negara, termasuk di Pakistan, Gaza, Palestin dan Somalia.

Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 25 September lalu.

Harimau Muda bakal berguru di Brazil


JIKA perancangan asal berjalan lancar, skuad Harimau Muda bakal berguru di Brazil yang terkenal dengan rentak permainan samba.

Jurulatihnya, Ong Kim Swee berkata, beliau masih menunggu keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum membuat tindakan susulan.

"Pemain negara mungkin akan kembali semula ke Slovakia dan pada masa sama, kita menerima tawaran untuk menjalani latihan serta bermain di Liga Brazil.
Skuad Harimau Muda berkemungkinan menjadikan Brazil 
sebagai destinasi terbaru 'pertapaan' mereka. - Foto FAM

"Saya harap keputusan dapat dilakukan secepat mungkin bagi kita mempersiapkan jadual terutamanya untuk berdepan pasukan Bawah 23 (B-23) atau (B-21) Brazil kelak," katanya kini membimbing skuad Harimau Muda beraksi di Liga Singapura musim ini.

Begitu pun, Kim Swee enggan mengulas lanjut mengenai pengesahan pemainnya yang dikatakan akan bermain dalam liga negara Latin berkenaan.

Sultan Ahmad Shah: FAM akan pertimbang rayuan Butler

KUANTAN - Mungkin ada berita baik buat jurulatih bola sepak Terengganu, Peter Butler apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan rayuan berhubung penggantungannya selama enam bulan dalam skuad Terengganu baru-baru ini.
   
Presidennya, Sultan Ahmad Shah bertitah pihaknya telah menerima rayuan jurulatih dari England itu dan akan membuat pertimbangan sewajarnya dengan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat.
   
"Saya dimaklumkan Jawatankuasa Disiplin Terengganu telah menerima rayuan itu dan beliau turut membuat rayuan kepada Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

 Sultan Ahmad Shah                                                      "Saya akan meneliti rayuan yang dikemukakan kerana bukan perkara yang mudah untuk menghakimi seseorang kerana perlu memikirkan implikasi atau kesannya kelak," titah baginda kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi melihat pembinaan Jambatan Kampung Kawah, Sungai Lembing di sini hari ini.
   
Sultan Ahmad Shah bertitah keputusan berhubung rayuan jurulatih berusia 46 tahun itu memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru.

"Mungkin di Terengganu dia didapati bersalah, mungkin bila merayu ke FAM lain pula... kita tengok. Ini kerana saya memerlukan masa sebab perkara ini perlu dilihat secara terperinci dan tidak boleh hari ini merayu dan esok (mahu tahu) keputusannya," kata baginda.
   
Dalam pada itu baginda menaruh harapan tinggi kepada skuad bola sepak Pahang untuk memenangi perlawanan menentang Kelab Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.
   
"Harapan saya nak kita menang walaupun kita (Pahang) tidak ada pemain berstatus 'bintang' tetapi kita akan mempamerkan permainan yang mantap dan insyaAllah kita akan menang," katanya. - Bernama


Che Mat Jusoh: 'Saya masih hidup'


KUALA TERENGGANU – Peminat bola sepak negeri ini dikejutkan dengan berita palsu mengenai kematian Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dalam laman sosial Facebook semalam.
Status berbunyi “Berita Terkini: CMJ juga dikenali sebagai Dato Che Mat Jusoh telah pergi buat selama-lamanya akibat sakit jantung kronik.Dato Che Mat Jusoh meninggal jam 3:45 tadi. Pada rakyat Ganu, sila sedekahkan al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ...amin” telah dikemaskini oleh laman sosial kelab peminat bola sepak
Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh                    Terengganu.

Dato Che Mat Jusoh meninggal jam 3:45 tadi. Pada rakyat Ganu, sila sedekahkan al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ...amin” telah dikemaskini oleh laman sosial kelab peminat bola sepak Terengganu.
Bagaimanapun, status tersebut dipadamkan beberapa minit kemudian selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.

Che Mat ketika dihubungi Sinar Harian menganggap ia hanya kerja budak-budak nakal dan enggan memperbesarkannya, walaupun beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berkenaan.

“Saya boleh saman..tapi biarlah, budak-budak nakal saja tu. Awak boleh nilai sendiri (keadaan saya sekarang yang masih hidup),” katanya yang enggan memanjangkan isu tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan pernah berhadapan dengan isu sama sebelum ini apabila ada pihak menyebar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan beliau tenat selepas terjatuh dalam bilik air di Kedah.

“Sampaikan kawan telefon tanya keadaan saya, tapi itu hanya laporan palsu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ia merupakan kontroversi terbaru yang melanda Che Mat selepas kira-kira 500 penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi aman di kawasan parkir di hadapan Pusat Akuatik bermula jam 10.30 pagi bagi menyatakan pendirian mereka supaya satu perubahan besar dilakukan dalam pentadbiran tertinggi PBSNT, Sabtu lalu.

Perhimpunan kumpulan dengan kempen Asal Bukan Che Mat (ABC) bagi mendesak Che Mat meletak jawatan tetap diadakan walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menasihati penyokong tidak berbuat demikian.

Che Mat dalam reaksinya kelmarin pula berkata, beliau tidak pernah tutup pintu untuk berbincang, malah mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu ambil alih pengurusan bola sepak sekiranya mereka benar-benar serius.

Sehubungan itu, katanya, beliau sedia mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama wakil penyokong pasukan Penyu yang baru-baru ini mengadakan demonstrasi mendesaknya meletak jawatan.

Dipetik dari sumber bernama

Dr Rozmey digantung Majlis Perubatan tidak mahu rayu


JITRA - Pengasas syarikat Herba Marketing Sdn Bhd., Datuk Dr Che Rozmey Che Din hari ini akur dengan keputusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menggantung keahliannya selama dua tahun berkuatkuasa 14 Mac lepas kerana melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.Pengeluar dan pencipta formula pelbagai produk kesihatan, pelangsingan badan kecantikan itu berkata beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut kerana tidak lagi bertugas sebagai pakar sakit puan sejak 2008.
Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang juga pengeluar formula 
menurunkan berat badan pada sidang media di pejabatnya 
di sini hari ini.- Foto Bernama


"Saya telah meninggalkan kerjaya sebagai pengamal perubatan sejak 2008 lagi dan menumpukan kerjaya sebagai usahawan. Kes ini dibangkitkan pada 2009 dan hukuman telah berjalan sehingga 2014," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata beliau tidak menyalahkan MMC mengenai perkara tersebut kerana beliau tidak melakukan kesalahan dalam bidang perubatan dan hanya melanggar etika sahaja.


Semalam, Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, dalam kenyataan berkata inkuiri pada 16 Jan lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Beliau berkata Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Bagaimanapun, Dr Hasan berkata Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971.



Dr Rozmey berkata beliau akur dengan tindakan disiplin itu namun mempertahankan tindakannya untuk memperkenalkan diri dalam iklan produk kesihatan sebagai usahawan.

Beliau berkata tindakan MMC terhadapnya itu tidak akan mengganggu perniagaannya kerana semua produk keluaran syarikatnya selamat dan berkesan serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Farmasi dan Pemakanan.

Beliau berkata hasil kejayaan formula baru produknya telah membolehkan keluarannya berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Qatar dan Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).- Bernama


1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites