23 June 2013

Darurat di Muar, Ledang


KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar setakat jam 11 pagi tadi menurun tetapi masih berada pada paras amat berbahaya iaitu pada 690.

Pada jam 7 pagi tadi, IPU di daerah itu yang sudah diisytiharkan kawasan darurat mencatat bacaan IPU 746.

Selain Muar, Ledang juga sudah diisytiharkan kawasan darurat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan darurat

bencana jerebu di dua daerah itu selepas bacaan IPU melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan.

"Pengiystiharan darurat bencana jerebu ini tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan sekarang," katanya.

Sementara itu, IPU Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat peningkatan masing-masing 415 dan 428, juga melebihi paras bahaya.

Bacaan IPU di dua bandar itu pada 7 pagi tadi masing-masing 357 dan 334.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya

Setakat 11 pagi, sebanyak 2 kawasan mencatat IPU berbahaya, 17 tidak sihat, 30 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik.

IPU tertinggi direkodkan di Malaysia ialah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860.

Sumber MyMetro

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites