04 October 2012

Ibu duta kesihatan


SEJAK pengumuman rasminya pada Mei lalu, peraduan Glowing Youthful Mother 2012 mendapat perhatian ramai ibu daripada pelbagai peringkat umur di seluruh negara dan pada akhir Jun, 500 wanita cantik berusia antara 30-an hingga 50-an menjalani uji bakat di Hotel Eastin, Petaling Jaya.

Peserta yang berjaya pada peringkat akhir untuk muncul di tempat pertama akan membawa pulang RM25,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing bakal menerima RM10,000 dan RM5,000.
Peraduan unik berkenaan adalah anjuran Mega Lifesciences Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Malaysia, bertujuan mempromosi kesedaran kesihatan serta menyemai kepentingan amalan penjagaan diri berdasarkan empat kategori iaitu kulit, jantung, hati dan sendi sihat, yang sering menjadi punca masalah kepada ribuan penduduk negara ini.
                                                                                             
Penganjur acara, Sudhir Gandhi, berkata pihaknya percaya ibu sebagai penjaga keluarga adalah ahli masyarakat yang penting dan mampu menjadi duta bagi memupuk kesedaran kesihatan di kalangan orang sekeliling.

“Pengetahuan yang dibawa pulang ke rumah oleh ibu yang menyertai peraduan ini dapat membantu menguruskan dan menjaga kesihatan keluarga mereka dengan lebih baik termasuk memupuk kesedaran penjagaan kesihatan,” katanya.

Proses uji bakat yang diadakan itu antara lain mengambil kira wajah fotogenik, keupayaan berjalan di atas pentas, personaliti, keyakinan diri, bijak menjawab soalan, pengetahuan dan pemahaman mengenai amalan pengambilan makanan berkhasiat dan penilaian kesihatan.

Beliau yang juga Pengarah Rantau Mega Lifesciences berkata, pemenang yang akan dipilih adalah wanita yang mengamalkan gaya hidup sihat serta mementingkan pengambilan makanan nutrien.

“Kami mencari seseorang yang mampu membuat kami tertawan dengan personaliti serta saat yang memberi inspirasi sebagai wanita dan ibu,” katanya.

Seramai 100 ibu yang dipilih bagi proses uji bakat akan melalui undian secara dalam talian oleh Privileged Glow Members (80 mata) dan Glowforever di halaman facebook (20 mata) sepanjang Ogos hingga September.

Undian boleh dijalankan menerusi laman web rasmi peraduan, www.gymc.com.my. Satu pertandingan ala ratu cantik juga dianjurkan pada 2 September lalu di The Square, Publika bagi menyenaraikan peserta akhir.

Hanya 20 peserta akan dipilih untuk berjalan di pentas dan menjawab soalan diajukan pada pusingan akhir peraduan berkenaan yang bakal diadakan pada 3 November ini.

Peserta akan dihakimi juri yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dalam perfileman, televisyen dan fesyen iaitu Amber Chia, Noniswara, Daphne Iking dan Bon Zainal.

Perkembangan terbaru pertandingan boleh didapati di laman web www.gymc.com.my serta www.facebook.com/glowforever.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites