04 October 2012

Mendapat hidayah untuk memeluk Islam



NIBONG TEBAL: “Pada mulanya, pak cik tak tahu apa itu Islam tetapi entah kenapa hati tertarik dengan agama ini ketika anak bongsu, Abdul Ghani, 38, mengajak pak cik memeluk Islam.

“Bagaimanapun, pada masa sama, isteri, Siti Khatijah Lim Abdullah, 72, agak keberatan, namun alhamdulillah, akhirnya kami berdua menerima hidayah dan mengucapkan dua kalimah syahadah pada 2003,” kata warga emas, Muhammad Fauzi Abdullah, 80.

Sekadar gambar hiasan

Muhammad Fauzi berkata, banyak cabaran dihadapi dia dan isterinya, terutama tentangan anak sulung dikenali sebagai Tony yang tidak dapat menerima keputusan mereka berhijrah ke agama baru.

Anak keempat, Jenny pula tidak menghalang tetapi belum bersedia untuk memeluk Islam.


Namun, dia bersyukur kerana tiga lagi anaknya yang memeluk Islam sentiasa memberikan sokongan moral kepada mereka berdua dalam menghadapi cabaran sebagai saudara baru.


Katanya, sejak memeluk Islam, dia dan isteri berasa begitu tenang dan berhasrat menunaikan haji, namun kekangan kewangan membantutkan hasrat mereka.

Bagi memastikan hasrat mereka terlaksana, dia berusaha menyimpan wang pencen diperoleh setiap bulan sedikit demi sedikit, ditambah bantuan anak ketiga, Muhammad Shafee, 40, sebelum wang itu mencukupi untuk dia dan isteri menunaikan haji.


“Alhamdulillah, saya gembira tahun ini dapat juga kami menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya mahu berdoa di depan Kaabah supaya kedua-dua anak saya, Jenny dan Tony dibukakan hati memeluk Islam,” katanya yang berlepas ke Makkah Sabtu lalu.

Pasangan suami isteri itu ditemui pada majlis bacaan Yasin dan sumbangan kepada bakal haji di Masjid Bukit Panchor, di sini.


Seramai 72 bakal haji dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal menerima sumbangan berupa wang tunai pada majlis berkenaan.


Terdahulu, sumbangan kepada bakal jemaah haji disampaikan Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites