10 August 2012

HUKUM MAIN KUIZ BERBENTUK RAMALAN & TILIKAN DI FACEBOOK


Saya perasan sekarang banyak apps di Facebook yang berupa "RAMALAN"... Walaupun saya mengetahui mereka yang terlibat akan berkata, 




'Barangsiapa mendatangi seorang dukun dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah ingkar dengan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad. (Abu Daud)'

Dan ada setengah rakan kita ni yang menjawab"kemudian mereka mendakwa sekadar suka-suka dan main sahaja, lagi pun mereka tidak mempercayainya.. menganggap sekadar hiburan.. kemudian mereka menggunakan kembali hadis diatas, 'mempercayai apa yang dikatakannya', mereka menganggap tidak termasuk dalam maksud hadis kerana tidak mempercayai ramalan tersebut.."

Tetapi saya tetapi bersangka baik bahawa mereka tidak tahu (bukan bermakna saya lebih tahu)..  Antara apps yang saya perasan adalah;


- "Bila anda akan bertunang"

- "Rahsia Tarikh Lahir Anda"

- "Anda akan berkahwin pada...."


Serta banyak lagi apps. Apa sabda Nabi Muhammad s.a.w tentang "RAMALAN" sebegitu rupa? 

"Barangsiapa mendatangi seorang dukun dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah ingkar dengan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad" 
[Abu Daud]

"Barangsiapa mendatangi tukang tilik, lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu (ramalan), nescaya tidak diterima baginya solat selama 40 malam"
[Sahih Muslim]

Kesimpulan hukum bertenung nasib atau mendatangi tukang tilik ialah:
1. Jika mempercayai tilikannya, kufur.
2. Jika tidak percaya, solat tidak diterima 40 malam.
[Ustaz Rasyid Idris]

Wahai saudara-saudari seIslamku, jauhilah perkara-perkara sedemikian... Boleh jadi kita melakukannya tanpa kita sedari implikasi dan saya tidaklah layak untuk menasihati tetapi yang saya mampu lakukan adalah berkongsi dengan anda semua. Terpulang kepada anda sendiri... Dari kita terpesona dengan ramalan, apa kata kita berusaha dan bertawakal?


Semoga Allah mengampuni kita di atas kejahilan diri saya dan kita semua.... Wallahualam...





0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites