04 October 2012

Tiga ramuan cegah kedut




APABILA usia mencecah 40-an, kebanyakan wanita berasa gusar dengan tanda penuaan yang mula jelas kelihatan.

Wajah dulunya masih kelihatan muda kini sudah menunjukkan kedutan malah ia mungkin menambah tekanan kepada sesetengah wanita.
Perlu diketahui, ketika berada dalam lingkungan usia 20-an hingga 30-an, tanpa disedari garis halus mula muncul secara perlahan pada wajah.

Apabila memasuki usia 30-an, garis kedutan yang dulu hanya kelihatan sedikit kini bertambah jelas khususnya di bahagian mata.
                            Gambar Hiasan

Walaupun kedutan mula bertambah, sebenarnya ia masa terbaik untuk mula melakukan penjagaan wajah dengan produk antipenuaan bagi membantu melambatkan prosesnya.

Terdapat dua faktor penuaan berlaku pada kulit iaitu dalaman dan luaran. Faktor dalaman atau dikenali sebagai proses penuaan semula jadi adalah satu proses yang berterusan dan biasanya bermula pada pertengahan 20-an.

Pada awal usia 20-an, kulit akan mula melambatkan penghasilan kolagen dan elastin yang menyebabkan kulit kurang anjal.

Antara tanda jelas penuaan biasa dapat dilihat adalah kedutan, penipisan kulit, kering dan gatal serta kemunculan garis halus terutama di bahagian dahi atau mata.

Selain dalaman, faktor luaran juga boleh membantu mempercepatkan penuaan disebabkan tekanan dari alam sekitar seperti pendedahan kepada cahaya matahari dan gaya hidup tidak sihat.

Ini termasuk merokok, kurang bersenam, pengambilan alkohol, tekanan, tidur tidak mencukupi dan amalan pemakanan kurang sihat.

Berbanding mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan, ia dapat menjadikan kehidupan lebih ceria, awet muda serta cergas sekali gus membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.

Walaupun penuaan suatu proses berlaku secara semula jadi untuk setiap manusia tidak mengira jantina, mencegah adalah lebih baik daripada merawat bagi membantu melambatkan kemunculannya.

Justeru, Mary Kay Ash memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit TimeWise Plus Regena-Firm bagi membantu mengurangkan tanda penuaan pada kulit wajah bagi mengembalikan keremajaan.

Menurut Pengurus Besar Mary Kay Ash Malaysia dan Singapura, Nasution Abdul Rahman, penjagaan kulit inovasi saintifik terbaru itu menggabungkan tiga ramuan penting kepada pemulihan kulit terdapat di dalam setiap rangkaian terbaru jenama berkenaan.

“Kandungan sel dasar tumbuhan mempunyai fungsi yang boleh membantu melindungi integriti matriks kulit sebagai sumber ketegangan manakala tripeptide 1 pula digunakan bagi menyokong proses kritikal dalam pemulihan kulit.

“Selain itu, kandungan bahan penggalak asid hyaluronic membantu menyediakan ketumpatan kulit muda dan anjal.

“Di dalam rangkaian terbaru ini, ia mengandungi Correcting Eye Cream yang mensasarkan tanda penuaan di bahagian mata bagi membantu meningkatkan penjagaan
di kawasan halus berkenaan,” katanya.

Tekstur krim mata itu juga lebih praktikal kerana memudahkan urutan di kawasan berkenaan bagi membantu mengurangkan sembap, kedutan, lingkaran hitam selain memberi kelembapan selama 12 jam.

Untuk penjagaan wajah dan leher, Intensive Serum pula menampilkan teksturnya yang lebih ringan dan selesa dipakai bagi membantu mengurangkan kedutan.

Ia juga membantu memberi ketegangan di bahagian rahang, menyempurnakan kontur muka dan mengembalikan keanjalan. Rangkaian terbaru itu sesuai dipakai untuk mereka yang mengalami tanda penuaan dan membantu mengembalikan keremajaan kulit.

Semua produk terbaru jenama berkenaan boleh didapati secara eksklusif melalui perunding kecantikan bebas Mary Kay.

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites