10 September 2012

Apa,orang sebelah aku tu hantu??

Sekadar gambar hiasan

Jam menunjukkan tepat pada pukul 10.00 malam,waktu yang tercatat didalam tiket bas ekpress untuk pulang ke kampung di Kuala Terengganu kerana ada urusan sedikit.Sementara aku menunggu bas bertolak,aku sempat membaca sebuah buku cerita tentang kisah misteri.Sewaktu didalam bas aku duduk keseorangan dan tiada sesiapa pun berada disebelah aku.Manakala bas ekpress tu,mempunyai 2 tingkat jadi aku duduk tingkat atas dan paling depan betul-betul mengadap cermin dihadapan,kata budak-budak"Tv besar".

Hampir 15 minit bas menunggu seorang penumpang yang sepatutnya duduk disebelah aku,tetapi masih tidak muncul-muncul.Ahkirnya driver bas tersebut mengambil keputusan untuk bergerak kerana takut terlewat sampai.Jadi sambil-sambil aku tengok "Tv besar tu",aku pun mesej la dekat kawan aku,untuk memberitahu yang aku sudah pun bertolak.Tiba-tiba bas berhenti dengan tiba-tiba,nak katakan ada kereta rosak kt depan bas aku naik tu,memang tak adalah.Dengarlah suara drive cakap,"mintak maaf semua,gear bas tak dapat nak gerak".Tak sampai 10 minit bas pun bergerak seperti biasa,sampailah persimpangan highway Green Wood,dekat area Gombak.

Aku pun mula rasa mengantuk,aku pun terlelap seketika.Sampailah kuar dari tol gombak aku pun membuka mata,tiba-tiba aku tengok ada seorang lelaki berada disebelah aku.Dalam otak aku just fikir"mungkin dia kejar kot bas ni",tak sampai 5 minit aku pejamkan mata,tiba-tiba bau darah pulak.Aku buat tak tahu je sebab dekat belakang aku ada awek 2 orang,takut bau darah dia datang bulan ke...Jadi tiba-tiba aku rasa cam nak tegur je orang sebelah aku ni,aku pun tegurlah"Bang kenapa terlambat tadi?",dia senyum.Dalam hati aku ni pelik je aku tengok bro ni,aku pun tanya lagi"mesti jalan sesak kan?",dia masih tak menjawab..Budak perempuan kat belakang aku pun tiba-tiba buat bunyi,"erm erm".Aku ingat dia nak mengorat aku,rupe-rupe dia nk gitau kt aku jangan bising sebab dia nak tido.

Aku pun sambung lah tido sampailah berjam-jam tido dengan aircond yang sejuk lagi nak tunggu nya sampai.Ahkir sekali bas pun berhentilah di Cherating untuk rehat seketika,waktu berhenti aku tak tengok lagi orang kt sebelah kiri aku,aku just tengok kt luar tengok kedai yang mana best.Bila aku pusing tengok bro tu dah takada dah kt sebelah aku,dalam hati aku ingat dia dah turun.Aku pun turun lah,makan nasi ayam sambil cari-cari bro tu,tapi xda lak.Sampai waktu bas nak gerak,driver bas tanya "ada yang masih belum naik lagi ke??",dengan slumber aku cakap penumpang  kt sebelah saya belum naik lagi.Driver tu pun cakap,"kau ni mengarutlah mana ada orang naik dari tadi dan duduk kat sebelah kau!!".Habis yang duduk kt sebelah saya lelaki ni siapa??.Driver bas tu cakap aku mengigau pulak..Aku pun tanye lah awek kt belakang aku"awak ada nampak tak lelaki yang duduk disebelah saya?".Awek tu cakap "mana ada,yang saya nampak awak seorang je tadi..Aku pun dengan tiba-tiba bulu roma naik dah rasa seram sejuk pun ada.

Sewaktu bas  keluar dari tempat rehat dekat Cherating tu,aku tak leh nk tido sampailah tiba di KT takut dia datang balik,sambil aku baca beberapa potong ayat al-quran.Sampailah di Marang aku mulai rasa lega sedikit,waktu tu jam pukul 5.15 minit pagi,tibanya aku di perhentian bas Kuala Terengganu,aku pun bertanya lagi kepada driver bas tu,"pakcik betul ke tak ada orang disebelah saya tadi?".Pakcik tu cakaplah memang tiada sesiapa pun,lepas tu barulah pakcik cerita "pakcik rasa,itu roh budak tu yang nak naiki bas ni tadi kot".Aku pun bertambah terkejut!!habis tadi tu,mungkin memang dia la kot,"kata aku!!".Patutlah saya ada bau darah tadi pakcik,saya ingat budak perempuan dekat belakang saya datang bulan.Drive tu pun cerita satu demi satu tentang kejadian budak yang mati tu.Driver tu cakap,dia kemalangan sewaktu nak pergi ke perhentian bas tadi,dia mati disebabkan,kepala dia pecah.Perh!!makin berdiri bulu roma aku..Tak lama kemudian datanglah kawan aku yang datang menjemput aku pulang..Sambil aku tak terkata apa-apa.. -TAMAT-

Cerita ini tiada berkait dengan sesiapa pun,hanya rekaan semata-mata

0 Terima Kasih Diatas Komen Anda:

Post a Comment

1st page google ranking

Tapak Iklan Untuk Disewa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites